Lontong ialah antara makanan kesukaan mak saya.Kalau makan kat luar,jika ada menu lontong memang mak tak akan lepaskan.Sekarang kat Kedah pun dah ada kedai makan/restoran menyediakan menu lontong untuk sarapan pagi.Begitu juga kat pasar malam pun dah mula ada orang jual lontong.Mungkin sebab sekarang dah tak susah nak dapat bekalan tempe dari pasar terutama kat Pendang.Memang pasar
(merket Pendang) ada menjual tempe daun yang segar.Kalau tahun 90-an dulu saya memang akan bawa balik tempe dari KL..beli dan goreng sesiap masuk bekas,bawa balik Kedah..Gigih kan?🤭🤭🤭
Lama juga,lontong menjadi hidangan pagi raya @ rumah mak setiap kali raya.Namun sejak kebelakangan ini Nasi tomato menjadi pengganti lontong di pagi raya.Lontong masih dimasak tapi dah bukan paginraya.Setiap kali raya pasti mak nak juga makan lontong,tak kira la hari ke berapa raya.Biasanya akan masak juga walau sikit untuk mak.Sayangnya balik raya baru ni walau lama bercuti,tapi saya tak bekesempatan nak masak lontong untuk mak.Hanya masak nasi impit kuah kacang sahaja untuk mak.
in shaa Allah,kalau balik lagi,saya cuba penuhi.
Nasi impit pula saya daglh merajuk dengan Adabi..sejak depa dah tukar sukatan baru yang jadi agak lembik tu.hihihi
KUAH LODEH
2 keping tempe- potong dadu
1 batang carrot-potong jejarj
1 biji labu siam-potong jejari
1/2 biji sengkuang- potong jejari
1 cekak kacang buncis/kacang panjang
1/4 kobis hiris
1 paket kecil fungus hitam-rendam
1 paket fucuk - rendam
Sikit suhun-rendam
2 kotak santan Kara
6 cawan air
3 sudu minyak
Garam
Bahan Blend:
1 bawang besar
3 baaang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas
1 ketul kecil halia
1 ketul kunyit
1 genggam bilis/udang kering
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan air + 1 kotak santan dulu dan masak hingga mendidih
3. Masukkan labu siam dan sengkuang.
4. Bila empuk baru tambah sayur lain dan garam
5. Masukkan fucuk dan suhun.
6.Tambah lagi 1 kotak santan dan biar mendidih sekejap sahaja
7. Sesuaikan rasa
SERONDENG KELAPA MEMORI CIK ZAH
1 biji kelapa parut putih
1 asam keping
1 ketul gula Melaka- hiris
1 sudu teh garam
3 helai daun limau purut
1/2 kotak kecik santan ( 1/2 cawan santan pekat)
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu minyak
Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 cawan ikan bilis belah ( buang tulang)
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris kunyit
3 hiri lengkuas
1 batang serai
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend + serbuk kari ( bancuh bersama)
2. Tambah asam keping, garam dan gula Melaka
3. Sesuaikan rasa dahulu sebelum masukkan kelapa parut putih..
4. Tambah santan pekat dan daun limau purut.
5. Sentiasa kacau seperti mengacau nasi goreng supaya bahagian bawah tidak berkerak.
6. Perlahankan api dan terus sangai sehingga berderai..
**Rindu pada rakan lama saya,Cik Zah yang sekarang entah di mana dan entah apa khabarnya.Kali terakhir berhubung melalui FB pun sejak belum PKP.Ketika itu Cik Zah di New Zealand.Semoga Cik Zah dalam jagaan Allah🤲
Ni kalau letak hirisan daging ni...lagi sedap ni
Saya suka serondeng kelapa yang sedikit lembab,sebab tu saya tambahkan santan.Kalori kita jangan fikir dulu ya🤣
wah..dap nye.. memang all the time fav MA ni.. plus dgn serunding kelapa pun..lagi layan la...
ReplyDeleteMakngahhhhh, nak jugak. Raya ni tak buat lontong lagi. Huhuhu
ReplyDeletekena cepat2 balik buat longtong utk mak kak risau duk melelh ayaqliur je hehe...kalau dekat boleh buat muka tak malu minta sebekas yg baki tu ;)
ReplyDeleteKena repeat tu Mak Ngah. Lontong kena ada sambal cengeng lagi umph!. Sy tak sempat lagi nak repeat lontong, harap sempat la sebelum habis syawal.. hihi.
ReplyDeletesedap kak tapi kalau kt sini jarang dapat jumpa serunding kelapa tu menu sampingan untuk lontong. Tapi kalau kt johor biasa menu itu bersama-sama
ReplyDeleteMujoq dah melontong hari tu...kalau dak pi serbu rumah MC dah 😁
ReplyDeleteYa ampun!
ReplyDeleteTeringat kami makan lontong sayur lodeg, sambal sotong dan serondeng kelapa raya kesembilan.
Rasanya saya tak puas makan tu semua....ahaks!
Serondeng kelapa memang sedap sangat rasanya kalau kena cara mengolahnya.
Saya pun suka R&D masakan atau resipi warisan supaya dapat kekalkan kualiti rasanya.
SA suka tengok orang makan lontong tapi x suka makan lontong..haaa..camner plak tu kan...
ReplyDelete