Thursday 25 May 2023

MENU IFTAR PUASA 6

Seminggu dua ni hanya sempat menjenguk rakan-rakan maya tapi tak sempat menyapa.Saya curi masa kunjungi blog rakan-rakan untuk ikuti perkembangan tapi tidak sempat tinggalkan jejak.In shaa Allah ada kelapangan masa saya akan tinggalkan komen.


Pengisian hari ini juga hanya sebagai tanda saya masih ada dan sihat.Tak tau nak isi dengan topik apa.Saya hanya share antara menu iftar saya sepanjang berpuasa 6 dalam bulan Syawal yang baru berlalu.Dah hujung-hujung Syawal baru sempat mengayuh,tapi syukur Alhamdulillah,berjaya selesaikan hari ke 6 pada Jumaat 29 Syawal.30 Syawal tu pulak Jamuan Raya @ Ibis.Maka kira sebagai raya 6 saya la...hihihi


Wrap...ni menu hari pertama puasa sunat Syawal.


Saya hanya guna dada ayam goreng celup tepung pedas hingga rangup.


Tambah sayuran tomato,salad,bawang holland dan picitkan sos kewpie..Alhamdulillah sedap sangat dan mengenyangkan.


Hari ke-2



Adah belikan burger King masa dia balik kerja.
Saya hanya tambah tembikai dan Mangga Harumanis kiriman Achik.Achik poskan 1 kotak mangga harumanis..10 biji semuanya..Alhamdulillah tiap tahun Achik kirim.


Hari seterusnya..Dah lupa hari ke berapa..
Kalau tak silap ni hari terakhir puasa 6 iaitu Jumaat.
Ada 2 orang rakan sekerja dijemput menjadi tetamu Allah..Semoga Fizah dan Ratna dikurniakan haji yang mabrur.


Kuih nona manis dah senget benget..
Seri muka dah berkedut...hihihi
Mangga harumanis.
Buah Tembikai..
Alhamdulillah dah turun harga.Dah boleh dapat RM2.70/kg  berbanding beberapa bulan yang lalu RM6/kg & masa bulan puasa lagi malambung harga tak masuk akal.

Speghetti Olio Oglio .
Juadah iftar hari ke berapa dah lupa juga.Tapi memang juadah iftar puasa 6.


Pastinya ni antara hari Sabtu atau Ahad ni sebab ada petai.Weekday biasa jarang makan petai..hihihihi


Nasi Goreng Sardin ...
Telur rebus
Ulaman.


8 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Mama Cella bersiaran kembali. Rumah kembali berseri.
    Tertunggu-tunggu juga entri terkini.
    Saya sangka Mama Cella balik Kedah.

    ReplyDelete
  2. Memang sedap kan kak buat wrap camtu. Lagi² guna sos kewpie tu. Memang ngam 😊.

    ReplyDelete
  3. musuh utama kepada majlis berkunjung ini ialah masa...kita semua sudah sibuk dengan urusan dunia dan media sosial...bukan orang lain...saya sendiri juga begitu

    ReplyDelete
  4. nasib sempat pecut habis puasa 6 kan kak..byk sgh jemputan open house tahun ni dah masuk zulkaedah pun ada lagi jemputan

    ReplyDelete
  5. sedap2 semua kak, dana masa puasa 6 tak sempat amik gambo kak, ke ada ek hahahha. Tapi dana sahur kurma 3 biji je berbuka pun yg biasa2 je

    ReplyDelete
  6. MC amalkan suku suku separuh ye... Patutlah steady ja :,p
    Tahun ni ramai yg lambat habiskan puasa 6, mgkn cuti raya hari tu lama kot ..

    ReplyDelete
  7. Nona Manis, Harum Manis, yang lain pun semua sedap2.. tahniah, Mak Ngah berjaya juga selesaikan puasa 6.

    ReplyDelete
  8. Amboi juadah puasa 6 dia....mengancam kalbu...

    ReplyDelete