Tuesday, 16 May 2023

MASAK LUNCH & LONTONG UNTUK MAK SERTA MAKAN BUAH KERIANG DOT

 Walau hanya balik seharian sahaja ke Kedah..

Alhamdulillah dapat masak untuk mak.


Habis sahaja urusan di klinik gigi,terus balik sebab Adah ada online meeting..Mak pula bila saya dan Adah bergerak ke klinik gigi..mak terus  merempit balik kampung.Mak tengah gian memancing ikan lampam kat sungai.

Adah terus ke rumah Achik sebab kat rumah saya takda wifi.Saya ke Merket Pendang & beli sikit bahan masakan.Tak beli banyak sebab tak banyaj pilihan.Maklumlah kat Kedah weekendnya Sabtu.Orang membeli belah barangan basah pada hari Sabtu sebab ada pekan nat dan pasar minggu.

Hari Ahad kalau pi merket hanya ada saki baki jualan hari Sabtu.Ibarat macam kita kat KL ni ke Pasar hari Isnin..memang hanya dapat lebihan hari minggu la.


Saya masak Tumis Pedas Bunga Betik.Lauk yang memang dok teringin sejak raya hari tu.Tapi takdan nak masak.


Ada sepokok betik.jantan teruna yang baru belajar berbunga.



Agaknya dari biji benih  pokok betik tepi pagar belakang dapur ni la..


Bila saya petik,dapat la secekak bunga betik jantan.


Ada bunga yang dah mengembang.

Saya petik dan celur dalam air mendidih bercampur sesudu garam.Kemudian saya toskan.Saya dah pernah masak BUNGA BETIK TUMIS PEDAS...kat sini

Tapi kali ni saya guna cili padi yang merah dan juga pucuk betik.


Excited saya masak bunga betik ni untuk mak,tapi mak jamah sesudu & terus mak luahkan..🤣Kata mak pahit benar bunga betik ni..

Laaaa...selama ni saya tengok mak makan segala ulaman yang pahit macam pucuk stang,mengkudu,peria dan lainnya.Rupanya mak kalah dengan pahitnya bunga betik..Alhamdulillah,rezeki saya la dapat makan sayur bunga betik ni puas-puas tak perlu kongsi🤣🤣.Suka betul saya dengan bunga dan pucuk betik.Walau pahit tapi saya suka..


BUNGA BETIK TUMIS PEDAS

1 mangkuk bunga betik & pucuknya.

Minyak,garam dan sedikit perasa.


Bahan Tumbuk:

10 cili padi.

5 bawang merah.

5 bawang putih.

1 genggam bilis 

1 ketul kecil kunyit( saya tambah supaya warna lebih segar)

1. Celur bunga betik + garam dan tapiskan.Jika nak kurangkan pahit,basuh beberapa kali selepas celur.Tapi saya suka pahit bunga betik ni,maka saya hanya tapiskan buang air rebusan sahaja.

2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.

3. Masukkan bunga betik celur dan bahan perasa( saya guna secubit kiub pati ikan bilis)

4. Kacau rata dan sesuaikan rasa.Siap



Saya juga ada beli ikan selayang kat merket.Balik saya lengat(rebus) ikan bersama asam keping dan garam hingga kering airnya.Kemudian saya goreng garing.

Ikan Lengat Goreng ni favourite saya ni..



Buat juga Sambal Tempe Berlado.Kebetulan kat merket/ pasar jumpa orang jual tempe segar.Saya beli 3 bungkus besar.2 bungkus saya buat Tempe Berlado ni + terung goreng dan bilis goreng.Sedap sangat sebab tempe fresh dan bila goreng sangat rangup dan terasa berlemak bila dikunyah 


Memenuhi selera mak yang tak dapat makan lontong pada raya baru ni.Sementara Syawal masih berbaki,saya rebuskna ketupat segera ni untuk mak.

Teelanjur ada tempe segar..terus saya masak lodeh untuk mak melontong...

Sambal bilis memang saya skip sebab dah ada sambal berlado tempe bilis ni..Sambal kacang pun saya tak buat sebab lupa bak beli kacang.
Dapat makan lontong air tangan saya ni...kemain suka mak.Dalam pukul 12 mak balik dari memancing tu terus mak dah tak sabar nak makan lontong.Dua mangkuk mak habiskan sampai lupa nak makan nasi..
Petang pun mak mentong lontong lagi..hihihi.
Aqil yang saya jemput kat sekolah pun terus saya bawa balik rumah saya.Dua kali juga Aqil melontong sebelum ibu dan abahnya datang jemput lepas balik kerja.



Dah lewat petang,saya kerumah Achik nak ajak Achik balik kampung sekejap.Malam kan dah nak balik KL.

Seronok saya melihat rimbunan kangkung hijau dalam taliair tepi rumah Achik 


Kangkung spesis batang hijau ni lebih lembut batangnya.Niat hati nak petik kangkung ni...tapi bila nak masaknya?
Kalau awak tu balik dengan kereta boleh la sumbat dalam bonet bWa balik KL.
Ini kalau dah balik naik bas,sehelai sepinggang  memang tak la jawabnya .
Lenggang Kangkung boleh la🤣



OTW balik kampung..
Sawah menghijau..

Ada yang sawahnya "botak" baru lepas trekta


Walau cuac kat Kedah ni mencecah 35°  tapi Alhamdullillah air bendang tetap mantain tidaklah kering.


Achik bagi buah keriang dot..
Saya ingat kat PH masa makan keriang dot ni..Tapi sayang tak boleh  nak bawa balik sebab buahnya dah tak berapa fresh..ada yang dag lembek kerana  dah simpan dalam peti ais beberapa hari dah.

Ambil garam + kicap manis.


Cari buah yang betul-betul masak dan kembang..Tenyeh pada garam dan kicap...
Nikmati....sambil pejam mata. 
Pastu baru teringat..jap lagi nak balik KL naik bas ni..Jangan perut meragam masa dalam bas dah la...🤭


9 comments:

  1. seronoknya balik kampung..makan mcm2 & dpt masal utk mak...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Mesti puas hati dah dapat masakkan mak lontong. Selagi tak masak asyik teringat2, kan. Rasanya perut ok dah tu.. dah balik KL kan😍

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, buah keriang dot, berzaman dah tak makan MC oooiii... Dulu siap keghabat (panjat) pokok nak amik buah dia 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Nak buat lontong jugak minggu ni. Tunggu abah Ahnaffea cuti baru boleh buat. Kalau tak, tak termakan nanti.
    Tak pernah jumpa buah keriang. Kat selangor ni ada ke ehh. Macam takde je 😅

    ReplyDelete
  5. Dana dah puas makan lontong raya ni kak hehhehehe. Bunga betik pernah terbaca boh apa entah boleh hilang rasa pahit tapi dana tak pernah masak. Teringat emak suka betul buat ulam bunga betik dan pucuk daun betik muda... kita cuba la sikit pahit tak tahan

    ReplyDelete
  6. Seramnya kalau perut meragam dalam bas 😅

    Gitu rupanya cara nak buat ikan goreng rebus. Kena rebus sampai kering air.

    ReplyDelete
  7. Geram plak SA tengok rimbunan kangkung air tu kak...sedapnya kalau dapat petik...

    ReplyDelete
  8. Hari ini saya masak tumis pedas bunga betik, goreng ikan bawal. Yang pahit-pahit itulah ubat kan Mama Cella.

    ReplyDelete
  9. Ingatkan buah dabai td rupanya buah keriang dot... br tau kewujudan buah tu.. sedapnya lontong rasa nk melontong jugak

    ReplyDelete