Balik Kedah pulak dah...Bak kata Dana,macam KL-PD jer🤭
Kisah bermula maghrib hari Sabtu dapat call dari klinik gigi mengatakan gigi saya dah siap.Saya minta pospon hujung bulan..maklumlah fulus dah nyawa-nyawa ikan lepas raya kan..hihihi
Tapi lepas berfikir sejenak,mengenangkan hujung bulan saya perlu ke Kuantan pula untuk urusan yang lebih besar,maka saya terus call klinik bgtau saya pergi klinik tu esok pagi.
Terus minta tolong Adah belikan tiket bas online.Saya tak reti beli tiket online.Kalau kat kaunter saya tahu la..hihihi
Eh,si Adah pun nak ikut juga balik Kedah.Terus kemas-kemas dapur basuh buang sisa makanan semua & geraklah kami ke TBS..Anak jantan sorang tu belum balik kerja,pun saya hanya call bagitau saya nak balik Kedah..
Memang sehelai sepinggang sahaja dua beranak sebab esok lepas selesai urusan kat klinik tu nak terus balik.Isnin kerja kannnn....🤭
@ Terminal Bersepadu Selatan(TBS).Ambil grab car dari rumah ke TBS RM12.Terus gi redeem tiket.Ada masa lebih kurang 15 minit lagi sebelum bas kami 10.45 malam.
Singgah Mynews jap beli sandwich dan air mineral untuk alas perut..walau dah malam perut tetap kena isi..hihihi
Sebenarnya baru perasan Mynews dah ada kerusi & meja bar ni.Tu yang terus duduk alas perut kat situ
Cantik pula kerusi & meja bar dia...boleh tiru ni.🤭
Eh..eh,budak bertuah ni..sempat beli kopi pulak.Nak kena teguk dalam masa beberapa minit sebelum turun ke plaform bawah.
Lepas minum..kelam kabut turun bawah..risau kang nama kena sebut dekat intercom kang🤣
Jom check tiket
Bas Pancaran Matahari pilihan kami. TBS - Pendang RM50 sehala.Kalau bas Cosmic kalau tak salah RM52. Bas Mara Liner under Rm50 tapi saya takmo naik bas Mara Liner sebab ada pengalaman tak seronok.Saya ada la beberapa kali balik Kedah naik bas,tapi Adah selalu ja naik bas & dia recomen bas Pancaran Matahari ni
Luas giler dia punya ruang letak kaki.Siap ada plug,senang nak charge hp atau apa-apa la.
Malam minggu @ KL..Pukul 11.30 malam masih jem belah sana tu.
11++ malam bas berhenti pick up passengers kat Hentian Duta.Semua seat tingkat bawah bas dan tingkat atas penuh dengan penumpang Melayu,Siam dan paling ramai penumpang Bangla.
Saya mula melayan mata dah sebab dah tengah malam.Elok lepas Tol Duta ja terus hanyut..Zzzzzzz..
Tapi tak lama sebab tersedar kerana terganggu dengan bunyian...orang berdengkur..
Aduh..kuat betul dengkurannya penumpang depan selang 2 seat dari kami.Nampaknya peristiwa
BALIK KAMPUNG KEJAP BY BUS DENGAN CELLA.. berulang kembali🤣
Tapi kali ini lebih dahsat kerana ditambah cerita lain lagi...
Tengah saya nak hadam bunyi dengkuran tu..Saya kembali tersedar bila tiba-tiba terdengar kuatnya suara tangisan seorang wanita.Saya tak pasti seat yang mana tapi memang seat arah depan.Agak lama tangisannya.Kata Adah wanita tu menangis selepas dia menjawab panggilan telefon.Mungkin ada berita sedih yang diterima melalui panggilan telefon itu kerana kata Adah,ada dengar dia sebut
" mati".Mungkin wanita tu menerima berita sedih kehilangan insan tersayang semasa dalam perjalanan pulang dan masih dalam bas.Jauh di sudut hati,saya sangat bersimpati dan ingin sekali menghampiri wanita tersebut kerana pasti dia dalam ujian yang berat.Namun dalam masa yang sama,saya juga takut,kerana tidak tahu apa yang terjadi..Semoga Allah mudahkan urusan ya
Tiada siapa berani bergerak dari tempat duduk.Masing-masing hanya diam seribu bahasa termasuk yang berdengkur juga sudah senyap.. Masing-masing hanya memanjangkan leher meninjau gerangan tangisan siapakah itu.
Semakin lama hanya kedengan esakan wanita itu sayup-sayup bercampur deruan enjin bas.Dengkuran lelaki berkemeja pink itu kembali mewarnai hening malam..Aduhhh!!!🤭🤭🤭🤭
Kata Adah...tadi sebelum tangisan wanita tu,riuh dengan penumpang Siam kat belakang kami berbual-bual dalam bahasa Siam.Walau lampu bas dah dipadamkan,ianya tidak menghalang mereka berrbual rancak.Saya pula memang tak dengar sebab terlalu mengantuk.
Kata Adah lagi tak lama lepas penumpang belakang riuh berbual,terdengar pula perempuan berbual menggunakan telefon dengan suara yang kuat.Bukan perbualan biasa tapi katanya macam bergaduh suami isteri kerana dengar perempuan tu jerit minta cerai!!!
Allahu....betapa meriahnya dan penuh warna warni trip kami di malam minggu ini..
Saya hanya dapat mendengar separuh sahaja kerana saya tetap lena Zzzz..Hanya Adah yang tidak lelap kerana dia dok layan handphone.Maka macam2 bunyi dan ceritera terakam memorinya..Sekali fikir dah macam dalam Mak Minah Lodge dalam cerita Seniman Bujang Lapok..Ingat tak kisah Ramlee,Sudin dan Ajis terpaksa berhadapan macam-macam gelagat penghuni Mak Minah Lodge itu🤭🤣
Dipendekkan cerita,menjelang pukul 4.45 pagi kami selamat "mendarat" @ Pendang & Achik sudah sedia menunggu dalam kereta.
Achik bangun awal untuk pick up kami dan juga untuk memasak serta bersiap ke tempat kerja.Maklumlah,Ahad memang hari bekerja @ Kedah..!
Kami pinjam Myvi Achik untuk urusan saya ke klinik @ Alor Setar nanti.
Ada siap beli sarapan Nasi Lemak Kuning Kedah lauk ayam RM2.50
Adah juga beli Apam Ayu Coklat Cheese ni 4pcs RM2..Kalau kat KL ni..4pcs RM4.Baru ja minggu lepas Adah order apam ayu coklat cheese ni untuk potluck tempat kerja dia..50pcs =RM50
Lepas sarapan,kami dua beranak ke Alor Setar untuk appointment klinik gigi tu.Dalam pukul 10.30 dah selesai..
Alhamdulillah,saya sudah kembali yakin mengukir senyuman walaupun tanpa lipstick..🤭
Tetiba Makngah pi jemput dia balik sekolah.Dia tengah bermain dengan rakan-rakan kat pondok tepi gate sekolah..Tetiba Makngah masuk terus pegang lengannya..
Termangu seketika,melihat Makngah datang pick up dia dari sekolah.Maklumlah,dia bukan tau pun saya balik..hihihi
Dipendekkan lagi story yang panjang ni...
Adah & Achik..Nampak macam Achik lagi slim dari Adah ni..🤭
Malamnya,sekali lagi menyusahkan Achik untuk hantar pula kami berdua kat bus stand bertolak lah balik pulak KL dengan bas pada pukul 11.30 malam.Perjalanan balik KL lebih lama berbanding perjalanan balik Kedah semalam tu.
Sampai TBS pagi tadi anak jantan sorang tu dah tunggu kami kat lobby TBS.
Balik mandi,bersiap tukar baju terus gerak ketempat kerja.Drop off Adah kat stesen MRT.Nasib baik Adah masuk kerja pukul 9..sempat la lagi sampai ofis sebelum jam 9.
Saya pula dah excuse masuk kerja lewat sikit sebab baru sampai dari Kedah kan.. saya sampai tempat kerja tepat 8.30 pagi..
Mengantuk jugaklah setelah 2 malam hanya tidur dalam bas🤭
Malam ni boleh tidur pulas telentang atas katil. Lepas ni dah tak yah la pakai niqab pi kendughi, hehe.
ReplyDelete🤭🤣Alhamdulillah...
DeleteFuh! Saya yang cuma membaca kisah perjalanan mamaCella pun ikut rasa penat dan berbaur rasa lucu, sedih.
ReplyDeleteTahniah dah dapat gigi baru. Tak payah berniqab 😁
🤭🤣Tu la...
Deletenawaitu berniqob tu dah ke lain..🤭
Mcm2 kisah pulak dlm bas.. sekali sekala best jugak layan mata dlm bas.. hehehe
ReplyDeleteBetul tu Kakmim..
DeleteSaya pernah baca kat China katanya ada perkhidmatan naik bas pusing2 hanya untuk tidur..Macam best la
Kat putrajaya kan mmg ada bas yg pusing 1 putajaya tu... masa mula² husband sy sampai di putrajaya dan masa tu x bawak kereta lagi, boleh dia pusing putrajaya naik bas tu sampai tertidur... sampai driver bas yg kena kejutkan dia.. to kill the time ronda naik bas pun bolehhh... hehehe
Deletetak selesa kan tdo dlm bas., huhu
ReplyDeleteBetul Wak..tapi kadang syok layan tidur dalam bas🤭
DeleteGelak sendiri saya baca celoteh Mama Cella dari naik bas, dalam dan balik semula ke KL naik bas.
ReplyDeleteLawa dah giginya, tambah manis senyumannya🥰
😁senyum sepanjang hari.Pelik kawan-kawan yang tak tau cerita tu tengok saya tersenyum memanjang🤣..
DeleteSeronoknya balik kampung naik bas...
ReplyDelete