Entri sebelum ni dah lompat Syawal ke -4.
Ni patah balik entri Syawal ke-3 semula..hihihi
Pusara ayahanda...
( pic copy dari story Achik)
Raya ke-3 baru berkesempatan menziarah bersama Achik.Perkuburan kampung saya ni tidaklah besar kerana penduduk pun bukan ramai sangat pun.Kalau +-x÷ pun rasanya dalam 300 orang sahaja kot.Menurut emak saya,dulu zaman komunis mengganas,kampung kami pernah menjadi kubu komunis dan semua penduduk kampung dipindahkan ke "Kampung Baru" iaitu perkampungan lain yang dikawal homeguard.Tahun 70-an barulah penduduk kampung kembali semula ke kampung bila kampung telah selamat.
Ini pula pusara arwah kakak kami.Kata emak kakak meninggal semasa saya berumur 5 tahun dan kakak berusia 6 tahun.
Panas betul perkuburan ni
Walau dibakar saban tahun namun masih bersisa,menggambarkan betapa besarnya banir keriang tu.
Ada peristiwa yang saya tak dapat lupakan tentang kubur ni.Masa tu tahun 80-an saya darjah 5 dan Achik darjah 1.Masa tu kami masih tinggal dihujung kampung ni kat rumah lama berhapiran rumah tokwan di kampung lama.
Suatu hari waktu maghrib,kami kehabisan bekalan minyak tanah untuk diisi dalam pelita.Kampung kami memang tiada bekalan elektrik sehingga 1988 baru ada bekalan elektrik.
Biasanya ayah beli stok minyak 1 tong besar.Tapi nak dijadikan cerita stok tu habis.Waktu maghrib baru perasan.Mak suruh saya dan Achik naik basikal ke kedai beli minyak tanah(kami sebut minyak gas)
Satu-satunya jalan nak ke kedai runcit tu kena lalu bawah pokok keriang besar tepi kubur ni la.Masa tu kubur belum ada pagar.Jadi,jalan memang tepi benar dengan kubur tu.kena lalu bawah rimbunan pokok keriang tu.
Masa pergi kedai tu masih samar kerana baru maghrib.Tapi masa nak balik suasana dah gelap pekat & memang kena lalu tepi kubur ni.Bila hampir kawasan kubur ni saya pesan dengan Achik suruh peluk botol minyak gas dan pegang seat basikal kuat-kuat kerana saya nak kayuh pecut laju-laju.Memang saya kayuh sekuat hati masa melintasi kubur tu.Tapi saya rasakan basikal seakan bergoyang.Saya tidak berani menoleh kiri kanan.Bila lepas sahaja kubur,bila saya toleh ke belakang,rear carrier
(tempat duduk belakang basikal) kosong.
Aduh,mana Achik?
Dalam ketakutan saya terpaksa. berpatah balik.
Samar-samar nampak kelibat Achik sedang terduduk menangis tepi kubur sambil peluk botol minyak gas !!!
Rupanya masa saya pucut tu Achik terjatuh. Dah la tepi kubur pulak tu!!!
Patutlah rasa bergoyang🤣🤣
Sekarang memang kelakar bila diingat.Tapi masa melalui tu hanya Allah yang tahu betapa kecut perut kami.
Masa ziarah kubur hari ni saya menceritakan semula kepada Achik tapi Achik kata dia dah ingat-ingat lupa.Saya memang akan ingat la..🤭😄🤣
Sekarang kawasan kubur dah dipagar dan jalan juga sudah diubah jauh sikit dari kubur.Kawasan cerah belah kiri tu kubur la tu.Pokok besar hujung tu ielah pokok sentul.Juga pernah jadi port kami bermain zaman kanak-kanak dulu kerana masa tu sebelah kanan yang berjaring hitam tu dulunya kawasan surau dan sekolah dewasa.Menjadi medan seluruh kanak-kanak berkumpul bermain longgokan pasir depan surau.Sekarang surau tu dah dirobohkan dan dipindahkan berdekatan rumah mak. Tapak surau lama tu juga sudah dipagar jaring hitam tu oleh manusia durjana yang mengekploitasi rizab kubur/ surau menjadi kawasan tanaman duriannya..!!
Syukurlah Allah memberi rezeki dan takdir yang lebih baik kepada kami.Ketika saya tingkatan satu,emak dan ayah mengambil keputusan berpindah dari kampung lama kepunyaan tokwan ni ke tanah sendiri milik mak dan membina rumah baharu di sana.Jika tidak..bayangkanlah kami masih tinggal di sini..Tak sanggup nak ingat dan lagi tak sanggup nak membayangkan jika kami masih tinggal diperkampungan lama yang terpencil ni.Selepas tokwan meninggal dan kami juga berpindah,kampung lama ni sekarang hanya ada 2 buah rumah.Upah saya pun ,saya tak akan berani tinggal kat sini,even siang hari sekali pun...hihihi
Menjejak telaga yang menjadi sumber minuman dan mandi.Sayangnya sudah tertimbus namun kesan mata air telaga tu masih ada alur yang airnya masih mengalir dicelahan semak tu.
Gegelung sisa peninggalam dari telaga lama tersebut.
Pohon rambai yang lebat berbunga ini masih tegap berdiri walau sudah lebih lebih 30 tahun kami meninggalkannya.Dulu,jika musimnya.. sambil ke telaga,kami akan kait buah rambai masak.
Nun di tepi bendang pusaka tokwan,sayup kelihatan kampung seberang di kaki bukit.Dulu atas bukit tu kalau musim menuai padi@ musim angin timur akan ada orang pasang bebaling besar yang dibuat daripada kayu.Waktu malam sunyi memang kedengaran dengung dari bebaling kayu tu seakan bunyi enjin kapal terbang
Kami berjalan lagi hingga ke tepi kebun rumbia(pokok sagu) yang menghadap bendang tanpa padi..
Kami berdua melempar pandangan ke segenap penjuru,namun terdiam seketika melayani kenangan masing-masing.
Dulu ditengah baroh tu ada paya yang airnya tidak pernah kering.Paya memang banyak kat Kedah..Sebab tu banyak kampung kat Kedah terutama kat Pendang ni banyak bermula dengan paya..Antaranya Paya Sena,Paya Mak Inson,Paya Kelubi,Paya Rawa,Paya Kercut,Paya Nedam dan banyak lagi payanya😄
Musim kemarau orang kampung akan gali kolam ditengah paya.Seluruh kampung akan mandi,membasuh dan dapatkan bekalan air minuman dari paya tersebut.Juga digali parit untuk lembu kebau dapat minum pada musim kemarau.Pernah beberapa kali ada lembu yang terperangkap dalam tanah jerlus paya kerana cuba minum dari parit berpaya ( paya tu kami panggil "yoi").
Bila.ada lembu yang jerlus,seluruh kampung turun ke paya membawa tali untuk tarik lembu keluar dari " yoi".
Yoi tu tanah paya gambut yang tidak padat.Tanahnya longgar kerana kandungan air dibawah tanah.Jika terperangkap..makin bergerak akan jadi makin tenggelam.Memang ngeri bila diingat tapi Alhamdulillah belum ada manusia terperangkap kerana masing2 sudah tahu kawasan bahaya dan biasanya ditanda dengan pancang kayu.Cuma lembu la selalu terperangkan bila kehauasan dan nampak kawasan berair mereka akan menerpa tanpa sedar bahaya menanti.Namun kini kawasan tersebut sudah tidak lagi berpaya seperti dulu.
Memandang ke parit di hujung kaki kami berdiri...Jelas kelihatan
" Ikan Kemeras" berenang Ini bukan anak ikan tapi memang ikan dewasa.Saiznya memang macam tu.Tompok putih atas kepalanya memang sangat saya ingati.Dulu kami selalu memancing ikan kemeras menggunakan benang serat batang pisang yang kami ikat ulat daun terung belanda sebagai umpan dihujungnya.Batang joran pula hanya batang ranting pokok kapal terbang atau ranting kayu sahaja.Tidak perlu mata kail pun.Bila ikan kemeras ni cuba menelan ulat tu kena cepat-cepat angkat joran dan ikan kemeras akan jatuh atas darat bila ia melepaskan gigitan pada umpan ulat terung.Seronok mengail ikan kemeras ni.
Saya dapat pic ikan kemeras ni dari Google yang lebih jelas.
Kat tempat rakan-rakan ada ke ikan ni?
Mungkin namanya lain mengikut tempat tapi tompok putih atas kepala ikan tu lah trade mark ikan kemeras..
Oh,rindunya masa lalu namun tidaklah ingin mengulanginya...kerana kenangan lalu banyak yang pahit untuk dilalui tapi seronok untuk dikenang.Maka biarlah ia hanya kekal menjadi kenangan.Sungguh kami tidak berhasrat kembali ke masa lalu..!
Hampir ½ jam menjejak kenangan,kami mengatur langkah menuju ke kereta kerana cuaca teramatlah panas membakar kulit.
Saya seakan berada bersama menyelusuri plot kenangan itu.
ReplyDeleteSyahdu dan rindu!
Tak pernah jumpa ikan kemeras.
Nostalgia sungguh coretan kali ini.
Sy pulak kalau diberi peluang, nak kembali ke zaman kanak-kanak. Walaupun hidup susah tp happy je sokmo, main je kerjanya haha....
ReplyDeleteIngatkan siapalah yg goyang gerek tu, rupanya achik dah jatuh ye. Laju sungguh la MC jatuh tu ...
Sy dulu lalu gak kubur utk pi mengaji kelas agama di masjid. Tp dulu rasa selamat w/pun jalan sorang², takdak org jahat atau orang asing, sekampung tu kira ada pertalian saudara. Yg takutnya binatang bisa & hantu 😂
SELAMAT HARI RAYA buat MC sekeluarga 🌜⭐
#laju sungguh MC kayuh (typo hehe)
Deletedalam duka ada suka tergelak saya baca achik tertinggal nasib belum sampai rumah kak kalau tak lagi lama tinggal achik di tepi kubur tu...
ReplyDeletekenangan sungguh kan kak,kadang rasa macam biarlah kenangan lama berlalu tanpa ada ingatan sebab terlalu pahit untuk dikenang..
selamat hari raya maaf zahir batin untuk akak sekeluarga
Kampung lama tu memang ada 2 keluarga je ye kak, kalau dana pun sheram jugak kalau nak bermalam, bukan je takut hantu betul tapi takut dek hantu kepala hitam. Kisah kubur waktu kecik tu memang banyak kisah kan kak, mana ada yang tak takut kubur kat kampung. Dana masa kecik pun suka mengail ikan dengan pokok buluh bemban kak, kadang nyauk ikan je seronok betul kalau teringat.
ReplyDeleteSeronok saya baca imbauan masa lalu mamaCella. Boleh buat cerpen/novel!
ReplyDeleteOrang yang membesar dengan kekayaan alam semula jadi, gaya bahasanya lebih indah. Macam mama Cella 😁
Betul, rindu kenangan tapi tak sanggup melaluinya. Sy tergelak juga baca kisah Achik jatuh tepi kubur, berbanding Achik, Mak Ngah lebih baik memorinya, sama dgn kakak sy, kadang, ada benda dia cerita sy tak ingat. Lama2 bila baca coretan Mak Ngah ni, terasa sebak, berapa jauhnya kita meninggalkan masa lalu.
ReplyDeleteKak lin pun rindu masa lalu.. ada ayah, mak n adik beradik.. semua kami lalui bersama dgn berlapang dada.. tp skrg, sejak adik beradik berkahwin, bkn bole berjumpa sllu.. semua ada komitmen msg2.. Allahu, rindunya.. 😪
ReplyDeleteXde semalam xde lah hari ni.. mmg seronok mengimbau kenangan... ada suka ada duka.. ada kelakar... senyum sorang baca kenangan akak dan adik-beradik... rindu zaman kita dulu-dulu kan
ReplyDeleteha ha .. kelakar je kisah jatuh basikal tepi kubur plak tau, kalau MA dah meraung dah tu...
ReplyDeleteseronoknya balik kampung kan..
al fatihah buat arwah2...