Friday 17 August 2018

SOSEJ MASAK KICAP

Sosej Masak Kicap...
Mmm....sedap...
Kalau yang suka sosej la
Macam aku...
Macam abang..
Macam kakak...
Tapi x macam mak aku
Mak aku x suka sosej


Lauk mak aku masak semalam punya semalam..
Haaa....jawapan KBAT sikit
Sebab baru tadi cikgu buat kuiz menggunakan soalan KBAT.
Aku suka soalan KBAT..
Lauk Sosej Masak Kicap ni mak aku masak untuk dinner
Lately ni aku dah banyak makan waktu malam sebab nak siapkan kerja Seni dan Sivik..
Tapi tadi timbang   turun 2kg plak..
Harap2 cuti seminggu Raya Haji ni jangan naik angka sudaaaa..!!
Hahaha...
So walaupun makan kena berpada jugak lah..
Walaupun lauk Sosej Masak Kicap ni sedap
Tapi xleh makan banyak
Dan xleh la selalu makan fastfood camni
Kena banyak makan sayur kan
Tapi gajah tu makan tumbuhan jer pun x kuwus2 jugak kan....
Hahahha

SOSEJ MASAK KICAP
10 batang sosej
2 biji kenta
1 bawang holland
2 bawang putih
1 hiris halia
1/2 cawan kicap manis
1 cekak suhun- rendam
1 sudubrempah soto/ rempah sup
1 cili merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
1 hiris limau nipis
2 sudu minyak

1. Kupas dan potong kentang.Goreng hingga masak
2. Potong serong sosej dan goreng sekejap sahaja.Angkat
3. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bawang besar,bawang putih dan halia.
4. Tambah rempah soto dan 1 cawan air.
5. Masukkan kicap manis,garam,lada sulah dan cili potong.
6. Bila mendidih masukkan kentang goreng, sosej gorwng dan suhun yang sudah direndam dan masak hingga suhun jernih
7. Sesuaikan rasa


Haaa...ni sebab x cukup pedas dari lada sulah..
Tambah lak chilly flakes...
Pu  x berapa pedas sangat..
Cili padi xde...


Telur Dadar Kacang Buncis
Sedapppp....
Mak aku cakap sepatutnya Telur Goreng Kacang Panjang..

TELUR DADAR KACANG PANJANG
2 biji telur
5 batang kacang panjang/ 10 kacang buncis
1 sudu bawang besar dadu
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/4 cawan minyak

1. Potong kacang panjang nipis2
2. Pukul telur dan masukkan kacang panjang hiris
3. Tambah garam,lada sulah dan pukul kembang
4. Panaskan minyak hingga betul2 panas berasap supaya telur dadar mengembang cantik
5. Bila nampak bawahnya mula garing ,perlahan kan api
6. Dengan hati2 terbalikkan telur dadar dan ulang balik2kan beberapa kali hingga kedua2 belahnya garing rangup.


Ni versi malam tadi
Sebab Telur Dadar Kacang Panjang ni sedap sangat..
Mak akuasak lagi malam tadi..
Licinnnnnnn....


Haaaa....bajet2  diet seimbanv
Kena makan banyal sayur..
Sup Sayur Sawi Putih..
Pun sedappppp
Sorang semangkuk...
Tapi aku hanya suka daunnya
Mak aku lak sula batang sawi tu..
Mmm....selamat...x membazir
Licinnnnnn...

SUP SAYUR SAWI PUTIH
2 pokok sawi putih
3 cawan air
1 ulas bawang putih - cincang
1/4 bawang holland - cincang
1 sudu ikan bilis- goreng garing
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah


1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih cincang
2. Masukkan air dan ikan bilis yang sudah digoreng siap2
3.Guna api perlahan dan biar mendidih perlahan selama 10 minit supaya perisa ikan bilis keluar dan kuah akan jadi sedap
4. Bila nampak kuah menjadi keruh dan sedikit berkurangan,masukkan batang sawi yang sudah dipotong.Daunnya dimasukkan kemudian.
5. Masukkan garam,lada sula dan daun sawi
6. Sssuaikan rasanya...

** Pesan mak aku...
Ikan bilis boleh digoreng  banyak siapw dan simpan dalam botol dan simpan dalam peti ais.
Bila nak masak sayur jenis sup..atau untuk masak mee sup simple just renih kan ikan bilis goreng dalam kuah dengan api perlahan.Ikan bilis akan menjadi tawar kerana semua perisa ikan bilis akan larut dalam kuah dan menjadikan kuah sedap..

Kata mak aku petua tu dikongsikan oleh Pn Wong...
Hee...Aku tahu Pn Wong tu kawan kerja mak aku la...
Mak aku cakap Pn Wong cerita itu rahsia kebanyakan orang Cina memang gunakan cara yang sama untuk masak kuah sup dan kuah mee suah yang sedap...tanpa perlu guna MSG..
MSG tu apa?
Mak aku kata MSG tu Ajinomoto..
Tapo xkan MSG tu maksudnya Ajinomoto plak..
Cam x berapa  kena jerr..
Jap aku nak search....
Ooo....MSG tu..
Monosodium Glutamate...
Mmm..macam perisa la...seperti ajinomoto..
Patut la mak aku cakap Ajinkmoto
Actually Ajinomoto tu salah satu MSG..
Bukan maksudnya Ajinomoto jer..
Ok...bye ....!


No comments:

Post a Comment