Thursday 16 August 2018

AIR JAGUNG

Air Jagung
Manis Bersari...
Lemak Berkrim...
Haaa.....
Beberapa hari.ni panassss sangat
Tengok mak aku jemur baju pukul 6 petang..
Pukul 8 malam dah kering..
Memang panas la kan...


 So...
Jom minum Air Jagung
Haaaa....actually Air Jagung ni mak aku buatkan hari Ahad lagi
Kakak cakap nak bawa bekal Air Jagung ni gi kerja
Kakak simpan dalam freezer
Pastu kakak lupa nak bawa..
Hahahaha...sebab tu hari ni pun ada lagi


 Jagung fresh tu just posing jerk..
Bukan guna pun..
Sebab Air Jagung lebih sedap guna Jagung Krim
Tapi yang ni mak aku kata guna Jagung Kernel
Alaaa...isi jagung dalam tin yang dicampur air
Mak aku kata lebih sedap guna kernel
Sebab kalau guna Jagung Krim
Ada macam keras2 dari pulur jagung tu rasa macam fibre



Antara bahan untuk buat Air Jagung Sedap ni




AIR  JAGUNG BERKRIM 
( untuk 1 jug besar)

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan gula-( jika nak lebih manis)
1 tin jagung cream
1/2 botol pati jagung (+- 1 cawan)
1 sudu teh perisa jagung star brand ( xde stok)
1 sudu besar pati sirap rose
1 sudu terh garam halus
1 botol 1.5 lier air mineral

1. Dalam jug besar masukkan  pati jagung,perisa jagung ,susu pekat dan susu cair.Kacau sebati
2. Tambah garam,jagung cream dan sirap rose .
    **** tujuan dimasukkan sirap rose ilah untuk mendapatkan wana oren yang cantik.Jika  x campur
             sirap rose Air jagung hanya warna kuning pucat...x berapa menarik..
3. Tambah air minerak dan sesuaikan rasa...Jika suka lebih manis tambah gula @ sirap gula plain.
4. Tambah ice cube & siap dihidangkan

*** Untuk nampak seksi....letak sedikit jagung cream/ kernel  atas minuman semasa menghidang..

No comments:

Post a Comment