Monday 13 August 2018

MEEHOON SUP RAJA BERSIONG

Meehoon Sup Raja Bersiong
Haaa...ganas x nama makanan nih??
Bapak ganas kan...Raja Bersiong tuh..!!
Haaaa.....ada ceritanya Mee Hoon Sup Raja Bersiong ni



Actually Mee Hoon Sup ni mak aku cakap versi Soto Ayam
Tapi dah makan ngan Mee Hoon jer
Sebab xde Nasi impit pun
Malam Khamis masa aku tengah siapkan homework
Tengok mak aku tengaj layan channel AFC 703
Mak aku memang suka la layan channel 703..707...727 & 550
Aku dah boleh hafal channel favourite mak aku
Kalau TV x tutup & tenganon channel tu ...dah tahulah orang terakhir yang tengok TV tu mesti mak aku..
hahaaa....
Masa mak aku tengah tengok Tv tu sambil buat homework aku pun layan jugak la bila mak aku asyik kata sedapnya Mee Hoon Sup Soto dalam TV tu
Program Taste With Jason..
Alaaa...aku sampai dah cam muka mamat Singapore yang jadi hos tu..
Kalau celebriti Singapore yang aku dah cam...Jason...Sitoh...Pornsak memang selalu inteframe la dlam channel 703 & 707
Dia macam food review jugak la tapi versi empire food
Malam tu about Mee Hoon Sup Soto di Johor
Pakcik yang masak tu memang Jawa Johor
Mak aku cakap kalau soto memang Johorlah tempat asalnya
Johor ada banyak pengaruh makanan dan atnik
Sebab kat Johor ramai orang Jawa,Bugis,Arab bagai
Kalau belajar Sejarah kan dolu2 Johore Riau memang antara kerajaan yang kuat dan Kepulauan Melayu serta Tanah Melayu memang dari rumpun yang sama
Bak kata perbandingan

Rumpun bak serai..
Junjung bak sirih
Berinduk bak ayam
Itulah kita di Nusantara...........




Mee Hoon Sup Soto ni  mak aku masak hari Sabtu petang
Pagi mak aku ada hal
Aku ikut mak aku..
Pastu tengahari mak aku hantar gi kenduri kahwin kakak Nadhirah kat dewan arena tu
Pastu balik kenduri abang lak ajak aku temankan gi My Town..
Pastu abang ajak tengok citer Hantu Kak Limah 3
Hahahaha...dah lama aku x layan citer  melayu kat wayang
Tapi dah abang ajak teman ...aku ikut jer lah
Abang yang belanja kan.....xkan nak tolak
Haaa.....habis tengok citer tu ...baru plan nak gi makan  dah abang kata bos abang call minta tolong..
Abang terus hantar aku balik & terus gi jumpa bos dia
Maka sebab tu lah agaknya aku rasa Mee Hoon Sup Raja Bersiong ni sedap banget
Mungkin sebab aku memang tengah lapar giler kot..
Hahahaha....

Rasanya 2..3 kali aku ulang makan
Aku tengok abang...pukul 4 pagi pun kelentang kelentung kat dapur panaskan kuah sup
Memang sedap laaaa.....
Mak aku cakap guna Rempah Soto yang mak Ismail selalu bagi tu memang sedap
Rempah soto dari Johor
Memang mak Ismail orang Johor la pun..

Ni la Rempah Soto sedap tu
Mak Ismail yang kasi
Mak aku selalu guna untuk masak Soto..Sup..
Masak Kicap pun mak aku masukkan
Aku suka bau rempah dia sedapppppp


MEE HOON SUP RAJA BERSIONG
1/2 ekor ayam
1 sudu garam
2 hiris halia
1/2 cawan minyak

Bahan Blend:
1/2 paket rempah Sup soto
1 bawag besar
5 bawang putih
1 batang serai
2 hiris lengkuas

1. Rebus ayam dengan 10 cawan air hingga ayam empuk
2. Keluarkan ayam dan carik-carikkan isi ayam
3. Tulang-tulang ayam masukkan semula kedalam kuah sup
4. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
5. Masukkan bahan blend yang sudah ditumis dan ke dalam sup dan kacau rata
6. Masukkan garam dan sesuaikan rasa


Bahan Tabur:
isi ayam disiat
daun sup + daun bawang
Bawang goreng
Kacang tanah goreng
limau nipis

Untuk Sambal Kicap Sedap boleh tengok step by step KAT SINI...

RESIPI SAMBAL KICAP CILI PADI

1 cawan cili padi hijau
3 ulas bawang putih 
1 sudu teh garam
1 cawan kicap manis
1/4 cawan cuka 
4 sudu makan gula
3 sudu minyak untuk goreng  

1. Panaskan minyak dan goreng cili padi serta bawang putih
2. Angkat dan biar sejuk sekejap
3. Blend cili dan bawang putih goreng bersama kicap,cka,garam dan gula
4. Sesuaikan rasa



Hendak pergi ke Pekan kangar,
Pergi bersama dengan Cik Nyonya,
Marilah kawan bersama mendengar,
Raja Bersiong nama ceriteranya...

Kalau kawan-kawan hendak mendengar cerita saya...
Ayuhlah bersama pasang telinga..

                                             RAJA BERSIONG...
(C&P dari sini....) aku x tahu cerita ni lagenda atau cerita dongeng..

Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa ini ialah sebahagian daripada Kerajaan Sriwijaya. Nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Baginda ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima Raja Bersiong.

          Baginda amat gemar memakan masakan gulai bayam. Pada suatu hari, Baginda telah pergi berburu. Tukang masak Baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak gulai bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk gulai bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan yang lain. Apabila pulang daripada perburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan gulai bayam bercampur darah tadi. Baginda terasa kelainan pada masakan gulai bayam kali ini. Masakannya terasa amat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan Baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudian telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam satu bekas dan dimasukkan ke dalam masakan gulai bayam untuk santapan Raja Bersiong.
           Sejak hari itu, Raja Bersiong tidak boleh hidup tanpa menyantap darah manusia setiap hari. Habis banduan di dalam penjara yang dipancung dan diambil darahnya. Sesudah penjara Baginda kosong, Raja Bersiong menitahkan para pengawal untuk menculik kanak-kanak yang tidak bersalah. Kanak-kanak ini dibunuh dan darah mereka diambil untuk disantap oleh Raja Bersiong. Penduduk negeri berasa sangat marah akan baginda, tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa. Pada suatu malam, dua batang taring atau siong telah tumbuh di dalam mulut Raja Bersiong kerana kegemaran Baginda menyantap darah. Raja Bersiong berasa sangat bangga. Baginda mahu musuh-musuh takut kepada Baginda dan rakyat jelata berasa hormat kepada Baginda. Sementara itu, Baginda terus menangkap kanak-kanak dan rakyat yang tidak bersalah untuk dibunuh dan diambil darah mereka.


           Sekumpulan nelayan telah memberontak dan menyerang istana Raja Bersiong, tetapi mereka telah dikalahkan oleh tentera Raja Bersiong. Salah seorang nelayan yang terkorban ini ialah adik kepada salah seorang menteri Raja Bersiong. Menteri ini terkenal di kalangan orang istana dan rakyat. Menteri ini berasa amat dukacita akan kematian adiknya. Beliau kemudiannya telah menunggu Raja Bersiong pergi ke hutan untuk berburu bersama seratus orang pengawalnya. Menteri ini telah mengumpulkan bala tentera yang berjumlah beribu-ribu orang untuk memberontak dan mengusir keluar Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong pulang daripada perburuannya, beliau terkejut melihat ramai tentera yang telah mengepungnya diketuai oleh Menteri. Baginda mengarahkan pengawal-pengawal untuk bertarung dengan tentera pemberontak yang diketuai oleh Menteri, tetapi pengawal-pengawal telah belot dan menyertai tentera menteri. Baginda menjadi takut kerana tinggal berseorangan lalu telah melarikan diri ke dalam hutan. Baginda telah mangkat di dalam hutan tersebut.


Kawan-kawan semua...
Begitulah ceritanya kisah Raja Bersiong ..
Semoga kawan-kawan mendapat pengajarannya..
Hahahaha...macam tu la  aku masukpertandingan bercerita masa sekolah rendah dolu..
Haaa...kalau ada pertandingan bercerita...sajak...pantun...pidato..
Memang aku akan masuk
Sejak aku standard 3 sampai standard 6 emang aku akan masuk apa saja pertandingan kat sekolah..
Aku pernah masuk Pesta Pantun  Berkumpulan la....Peringkat Zon dapat Johan..
Pernah  jugak la  jadi wakil sekolah aku tau untuk pertandingan bercerita peringkat zon
Tapi aku TAK MENANG..
Hahaha....bukan kalah tau...cuma x menang jew..
Hehehehe
Untuk sekolah menengah ...
Minggu ni la ada pertandingan Sajak Patriotik
Aku dipaksa Cikgu Johari suruh masuk..
Hahahaha... kena pakasa sebab hari tu aku dah dihantar ke...APRASIASI SASTERA kat sini....
Haaa....kena la masuk

Ok sambung lak citer Mee Hoon Sup Raja Bersiong....


Ni la sebabnya nama Mee Hoon Sup Raja Bersiong mendapat nama
Tuh...jari mak aku dah macam kes jari tukang masak Gulai Bayam Raja bersiong tu juga
Tapi  mak aku cakap xdelah sampai darah tu masuk dlaam sup..!!!
Hahahaha....kalau masuk pun bukannya aku tahu..!!
Kikikiki...
Mak aku cakap masa tengah hiris daun sup..
Dah terhiris hujung jari sampai berdarah dan darah xnak benti..
Ngeri aku tengok darah yang menitis tu..!
Sudahnya kerja2 mencuci pinggan mangkuk aku la kena buat



Mmmm...Mee Hoon Sup Raja Bersiong ni memang sedap la walaupun mak aku cakap x cukup bahan pun
Agaknya ada ada juga darah yang menitis dalam ni kot..
Hahahaha...
Ok..
Wassalamu.....

2 comments:

  1. Dik,

    Jason tu orang kite, bukan dari Spore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa....yer ker..?
      Alamak...kiter baru tahu..
      TQ tau sis Bunga....
      Sebab betulkan info...
      Say sorry to Jason..!

      Delete