Saturday 18 August 2018

MEE GORENG KOPI O

Mee Goreng vs Kopi O
Mee ni actually Mee Kering Goreng
Bukan Mee Goreng Kering
Haaa.....beza tau
Sebab ni ialah Mee Kering
Ala....mee kering  ni memang dh jadi stok ke-2 yang sentiasa ada kat dapur selepas  pasta


Sepinggan Mee Goreng  dengan sebiji telur mata
Secawan Kopi ..
Ni bukan hari ni nyer
Tapi baru nak post hari ni
Mee Kering Goreng tu actually mee lebiha bawa bekal
Balik petang tengok ada lagi dalam kuali
Mungkin kakak yang x bawa bekal
Atau abang yang x sempat makan

Asalnya mee ni hanya ada isi ayam dan sayur carrot sahaja...pastu tabur daun sup masa bawa bekal
Ni sebab feel mee baru dimasak..
So...alter skit..
Tambah sayur sawi  putih + tomato cerry..
Tabur daun sup...
Make up skit dengan lemon slice
Goreng Telur Mata kasi seksi skit..
Aummmm....
Kopi O tu just pinjam Kopi O mak aku jap letak kat tepi kasi nampak hot skit
Tapi aku x minum pun Kopi O tu
Just makan Mee Goreng vs Air Kosong..
Hahahaha...
Kopi O tu mak aku vs kan dengan Cream Creaker


Ni versi asal Mee Kering Goreng tuasa waktu bawa bekal
Dah masa nak panaskan sebab takut jadi mee kering goreng kering
So...tambah la skit lagi kicap nak bagi basah boleh kacau goreng



Sekali rasanya yang dah alter ni lagi sedap lak
Atau sebab perut yang tengah lapar..
Hahaha....rasanya sebab perut ni yang tengah lapar..
Kikikiki....

Mee Kering ni lah
Ok sebab Mee Kering Goreng mak aku dah selalu masak ..
Just c&p jer lah


MEE KERING GORENG
10 keping mee kering
1 keping dada ayam- hiris
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Limau/lemon hiris

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rendam mee kering dalam air panas lebih kurang 5 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan daging rebus yang dihiris nipis.Masukkan juga air rebusan daging.
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6. Masukkan pula mee yang sudah direndam dan ditapis
7. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
8. Sesuaikan rasa dan tutup api..
9. Masukkan daun sup daun bawang..
10. Perah limau sebelum makan..






No comments:

Post a Comment