Monday 27 August 2018

KARI TUNA vs PETAI JERUK



Kari Ikan Tuna
Lauk lunch kat Kedah hari Selasa
Hari ke-2 kat Kedah balik cuti Raya Haji minggu lepas
Mak aku yang masak
Aku suka kari nenek masak
Tapi masa ni nenek bz tengah buat Ketupat Palas kali ke-2 selepas Ketupat Pertama tak lepas ISO..hahaha
Tapi mak aku masak pun still sedap
Cuma kalau nenek masak memang lagi kick..!
Aku x tahu naper kari nenek sangat sedap
Mak aku pun x boleh lawan kari nenek


Ikan Tuna ni nenek yang beli
Nenek beli kat Pasar Lambak
Tapi aku x ikut pun.
Nenek gi sorang jer merempit ngan motor baru
Haaaa...jangab x tahu nenek aku kalau ride motor kalah aku ngan kakak
Kalau ngan abang xleh la sebab abang lagi laju..
Heeee..
Nenek x kasi ikut sebab nenek kata nenek x berani nak bagi aku bonceng kat belakang sebab nanti nenek nak wat willy...
Hahahaha...mana ada...
Nenek kata sebab takut aku bored sebab hari Selasa tu mesti ramai orabg & nenek kata kena beratur panjang nak beli santan untuk buat ketupat..
Balik Pasar Lambak nenek terus uruskan masak Ketupat Palas
Kakak lak kat umah Achik
Aku basuh dan jemur kain baju
Mak aku la masak untuk lunch
Kari Ikan Tuna ni


KARI IKAN TUNA
1 ekor ikan tuna - potong- potong
10 batang bendi
2 asam keping
1 cawan santan pekat + 2 cawan air
1 sudu teh garam
2 paket kecik serbuk kari  extra pedas
1/4 cawan minyak

Bahan Tumis:
3 bawang merah kecik
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur

1. Bersihkan tuna dan basuh bersih
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum dan bawang garing
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.Masak hingga naik minyak
4. Masukkan ikan tuna,garam dan asam keping
5. Bila ikan nampak kecut baru dimasukkan  santan + air dan masak hingga mendidih
6. Setelah mendidih baru masukkan bendi supaya tidak berlendir
7. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak dengan cantik
8. Sesuaikan rasa dan siap

Ikan Kembung Gorebg
Request dari mak aku
Nenek auruh mak aku goreng 2 ekor jer sebab nenek x suka ikan kembung goreng
Nenek auruh mak aku goreng Ikan Pekasam dan Ikan Masin u tuk nenek


Ulammmmm.......
See...
Petai....


Ulam Raja
Petik belakang dapur jer
Gumuks Pokok Ulam Raja
Nenek kata baru tanam semula selepas kena racun dari jiran sebelah
Kata nenek nasib baik ada lagi simpan benih Ulam Raja ni .
Pokok Kacang Botor x dapat diselamatkan
Pokok Kunyit..nasib baik terlindung sebalik pokok serai..
Pokok Ubi Kayu habis daunnya kerinting
Pokok Pegaga nasib baik sebab terlindung tembok pagar..
Paling kesian pokok pisang dan pokok betik jirang selang serumah
Nenek cakap kesian jiran tu sebab pokok pisangnya hampir berbuah dah
Pokok betik jiran tu pun sama..
Daunnya kerinting dan buahnya bantut..
Mmm seperti kata Upin & Ipin.....kesian..kesian..kesian..



Haaa....Ulam paling win
Petai Jeruk
Haaaa...tau ke camaner nak buat Petai Jeruk
CARA BUAT JERUK PETAI kat sini ...
Nenek buatkan khas untuk kitorang
Sesappppp
Saya suka...saya suka...
Memang sedap Petai Jeruk ni
Hari tu aku lebih banyak makan Petai Jeruk sampai lupa pada Petai Mentah


Tapi Petai Mentah xper
Boleh lagi makan lepas ni
Petai jeruk susah nak dapat..
Dah la sedap
Sampai ni pun aku terbayang lagi Petai Jeruk nenek tu
Lupa nak minta kat nenek untuk bawa bakik balik KL...
Takper...hujung tahun nani balik lagi..
Nenek kata hujung tahun ni ada kenduri kahwin..
Yesssss.
Ok bye

6 comments:

  1. salam,

    sedapnya kari daging...ikan pekasam, sup. ulaman..
    Dah lama tak makan petai tapi semalam dapat petai dari kl. makan adalah dalam 20 butir mata petai untuk lunch and dinner.
    berangin kepala kejap. perut pun terasa anginnya...

    today angin selatan(farting).Walaupun begitu masih makan petai.

    best menu awak di kampung.


    Kesian tanaman nenek diracun.

    Tu sebab kena buat pagar kayu tu .. supaya element seperti racun tak masuk kedalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa....sis nor dah dapat makan petai...
      Sedap kann...
      Kiter pun suka sangat petai...

      Tu lar nenek ada cakap nak tinggikan tembok pagar belakang sebab nenek kata nak tanam sayur...

      Tapi kiter lupa nk citer kat nenek about trellis tu

      Delete
  2. fwd gambar pada nenek kat wasap

    ReplyDelete
  3. pesan kan mak suruh buat urap kelapa dengan ulam raja.. sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa...udap yang macam kerabu tu kan....naper x cakap awal2 masa lum balik KL...heeee..sebab miter memang suka kerabu2..
      MMmmmm....mesti nenek pun suker....
      alaaaaaa

      Delete
    2. /...la awak pun lupa pasal trelis kat nenek... sebuk pening daging korban dan petai....heheheheh

      Delete