Sunday 15 July 2018

NASI GORENG PETAI CILI PADI

Hari Khamis
Balik  dari sekolah..
Mak aku tanya nak makan nasi atau nak mender lain..
Sebab dah pukul 4.30 petang
Kalau nak makan nasi mak aku cakap beli ner Nasi Ayam Penyet kat simpang tu
Kalau nak mender lain ...
Kena la ronda dulu cari


Tapi sudahnya makan Nasi Goreng Petai
Sebab masa nak benti beli Nasi Ayam Penyet
Nampak ada orang jual petai tepi jalan
Mak aku cakap terliur tengok petai
Mak aku soh aku beli Nasi Ayam Penyet 1
Beli Petai 1 ikat
Aku tanya kalau beli petai nak masak bila
Mak aku cakap nak masak hari ni juga sebab teringin nak makan petai..
Mmm....aku x jadi beli Nasi Ayam Penyet
Aku pun naj juga petai
Biarlah weekday pun
Aku nak juga makan petai..


Selamat rm6 sebab x beli Nasi Ayam Penyet
Tapi belanja rm5 untuk beli petai
Walaupun dah lapar nak makan nasi
Tapi aku sanggup x beli Nasi Ayam Penyet sebab nak makan petai


3 papan petai=rm5
Isi dia besar2
Tengok mak aku ambil isi petai
Tanya nak buat apa
Mak aku cakap cadang nak masak Sambal Petai
Tapi perut dah lapar..
Nasi dah masak
Tapi cili nak masak sambal belum ready


 Sudahnya mak aku cakap elok shortcut jer
Tumbuk sambal buat Nasi Goreng Petai
Lagi cepat boleh makan..
Mmm....i like it..!!


NASI GORENG CILI PADI CAMPUR PETAI
2 cawan nasi
2 papan petai - ambil isi sahaja
2 sudu minyak

Bahan Tumbuk:
5 cili padi
2 bawang kecil
1 bawang putih
segenggam ikan bilis
1 sudu teh garam

1. Panas minyak dan tumis bahan blend
2. Masukkan isi petai
3. Tambah nasi dan gaul rata
4. Masak hingga nampak nasi naik wap dan berasap
5. Sesuiakan rasa dan siap

2 comments:

  1. salam,
    nasi goreng petai tu .. sedap.. nasi goreng kampung diletak kankung, petai dan ikan bilis dan cili padi.
    tapi kat sini, petai takde stok. tempoyak tak jalan lagi belum ada lagi petai frozen dari siam.

    kalau sini nak buat nasi goreng petai ikan bilis, petai kena hiris kecik kecik ..dah la kecut kena hiris lagi..
    dlm gambar petai awak letak besar besar cili sebii sebijik..

    jgn lupa kemam beberapa butir beras hilang aroma ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciannya sis nor..
      Mesti windu bau petai kan...
      Nanti kalau kiter dapat study kat oversea..mst windu petai macam sis nior jugak...sebab kiter pun hantu petai juga..so kiter faham la...
      Nanti kiter bawakan sis nor petai frozen..hahaha

      Delete