Tuesday, 24 July 2018

KARI IKAN BERTELUR

Kari Ikan Bertelur
Bukan ikan tu yang ada telur
Tapi kari ni yang ada ikan dan ada telur
Lauk hari Ahad
Selalu Ahad lauk special
Mak aku masak awal pagi lagi
Sebelum hantar aku gi umah Auni tu.
Mak aku suruh makan nasi siap2 sebelum gi umah Auni..
Tapi pagi2 sangat x lalu nak makan nasi
Aku just makan roti sapu butter + milo panas

Mak aku cakap maska Kari Ikan Bertelur ni  sebab masak awal xde stok ayam untuk abang
Tapi kena masak awal sebab nak hantar aku gi umah Auni tu jauh..
Nanti lambat balik..
Pukul 9.30 kakak dah nak makan nak gi kerja
Kakak tengah cuti sem
Tapi kakak kerja part time
Abang pun nak makan sebelum gi kerja
Sebab abang x makan ikan
MAk aku cakap campurkan jer Kari Iakn ngan telur Rebus
Jadi la Kari Ikan Bertelur
Anehkan Ikan bertelur ayam..
Hahaha....

KARI IKAN BERTELUR
5 biji telur - rebus keras
1 ekor ikan tongkol - + 4 keping
2 asam keping
10 cili padi
3cawan santan cair
4 sudu minyak
2 sudu rempah kari ikan
garam secukupnya

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar cincang
2 bawang putih cincang
1 sudu teh halba campur

1 pelepah daun kari

1. Kupas kulit telur..Bersihkan ikan...
2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga harum..
3. Massukkan serbuk kari yang dibancuh dengan 1 cawan air..Tumis dan masak hingga naik minyak..
4. Masukkan ikan  dan telur rebus,asam dan garam
5. Masak hingga nampak isi ikan masak
6. Masukkan santan dan biar mendidih beberapa minit
7. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit
8. Suesuaikan rasanya dan masukkan cili padi


Ikan Goreng fav aku ni
Balik dari rumah Auni dah nak maghrib
Tengok ada ikan goreng..
Mmmmmm



Mak aku juga buat Sambal Tempoyak Ikan Bilis
Mak aku cakap ni versi sambal mentah
Tak masal



Makan ngan Ulam Petai
Sekarang aku dah x pedulik weekday @ weekend
Aku belasah jer petai
Hahaha
Sejak dah tahu...sis nor kata lepas makan petai kunyah beras
Heeee


Nasi  Putih
Kari Ikan Bertelur
Ikan Goreng
Sambal Tempoyak
Ulam petai
Walllaaa...
Biar la nak cakap aku kampung pun
Walaupun aku lahir di KL
Tapi taste aku memang kampung
Selain Kari Telur macam ni
Mak akupernah masak Kari Telur yang pekat
RESIPI KARI TELUR SEDAP kat sini..
Ok...bye..!

2 comments:

  1. salam

    beras tu di kemam dalam mulut macam makan gula gula.. bukan kunyah...
    sebab beras ni powerful absorb bau dan etc. kalau jatuh phone dalam air.. nak keringkan masukkan phone dalam bekas beras dua hari ok...dry...


    eh kena beritau abang awak... sebab dia masalah berkaitan joint tulang kaki etc dan lelaki dia kena makan ikan, very good for him...

    mau menangis melihat lauk pauk diatas...ikan goreng, sambal cili tempoyak.. petai... hancur diet kalau lagu ni hari hari. isshh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa...ingatkan beras tu kena kunyah..kikiki..sib baik kita x telan terus..
      Abang kiter memang makan ayam jer...Tapi ikan pari abang makan sebab abang kata macam ayam.

      Haaa...kalo x mo deit hancus..jangan balik Msia dalam waktu terdekat sebab musim durian dan petai..hwa..hwa..hwa..

      Delete