Tuesday, 31 July 2018

KAENG SOM IKAN SIAKAP


Kaeng Son Ikan Siakap
Kaeng Som tu apa?
Mmmm mak aku cakap Kaeng Som tu bahasa Thailand
Sebab ni masakan Thailand
Mak aku cakap kalau ikut Bahasa Siam kampung kat Kedah Kheng bermaksud GULAI
Som plak bermaksud MASAM
Kalau ditranslate word by word kiranya GULAI MASAM la
Tapi dah translate penuh mak aku cakap jadi Gulai Asam Rebus boleh kot
Mak aku cakap macam juga Khaoa Phat...
Khao tu nasi...phat tu tumis
Tapi kalau translate penuh xdelah jadi Nasi Tumis
Tapi kita sebut Nasi Goreng...
Kalau kat Pahang pun mak aku cakap ada GULAI MASAM
Sesetengah tempat diPahang memanggil Gulai Tempoyak Ikan Patin tu sebagai Gulai Masam Ikan Patin
Mmmmmm....Kaeng Som ni ada la juga iras2 Gulai Tempoyak Pahang
Sebab Pakcik Selalu juga masak
Mak juga ada cakap Kaeng Som ni hampir sama ngan Asam Rebus
Tapi ni versi Thailand la...



Kaeng Som ni ak aku cakap kalau kat Kedah Siamese sebut  Kheng Som
Selalunya hanya dimasak menggunakna Ikan Air Tawar macam ikan keli ikan patin,haruan etc
Tapi mak aku cakap selalunya kalau kat Restoran Makanan Thai mereka akan menggunakn Ikan Siakap sebeb Ikan Siakap juga ada spesis Air Tawar..
Air Tawar tu mean dari sungai...tasik..kolam...sawah padi
Kalau Ikan Air masin macam ikan kembung..tenggiri..tongkol tu dari laut la
Naper x buat guna ikan  laut jer..
Mmm...mak aku cakap Thailand pun macam Malaysia juga
Ada penduduknya yang tinggal berhampiran pantai
Ada yang tinggal jauh dipedalaman
AYang tinggal dikawasan pantai  dan bandar biasanaya senang nak dpat ikan laut
Yang jauh dipedalaman biasanya lebih senang dapat ikan air tawar dari sungai...tasik dan sawah padi
Mungkin ni masakan kawasan pedalaman Thailand..
Achik pernah citer kalau kat Thailand mereka sangat menghormati binatang
Contohnya gajah akan dilayan dengan baik dengan memberi makan dan mereka mengelak dari membunuh gajah
Sesuailah dengan ngera Thailad digelar Negara Gajah Putih
Haaa.....camaner aku tahu..?
Uittt.... Sejarah tu sebject fav aku wei..!!


Semangkuk Kaeng Som Ikan Siakap
Mak aku masak hari Ahad
Sebenarnya hari Ahad aku x lunch kat umah pun
Aku gi sekolah sebab ada Hari Usahawan
Pastu petang habis hari Usahawan aku ngan Nik..ngan Auni gi CS tengok movie
 "Mission Imposible 3"
Bukan nak dapat kuar ngan kawan-kawan
Dah kuar gi Hari Usahawan....terus amik bas MRT gi CS
Petang mak aku amik
Balik sampai rumah terus makan Nasi lauk Kaeng Som ni
Haaa...lapar dowh..!
Hari Usahawan maknan semua mahal
Pastu xde pilihan sangat
Aku just beli Cheese Cake jer
Kat CS pun x sempat makan
Kejar show pukul 2.10..
Aku ingatkan 1 jam jer
Dah wsap mak aku amik pukul 3.30
Sekali dalam cinema baru perasan pukul 4 x habis lagi
Hahahaha...bising la mak aku..
So..habis jer movei kelam kabut naik bas sebab mak aku cakap dah ada depan bus stop
Sib baik ballik umah ada lauk ni
Semua pic pun by folder mak aku
Resipi bagai opkos la by mak aku
Aku mana reti nak masak Kaeng Som bagai ni



KAENG SOM IKAN SIAKAP
1 ekor siakap
2 asa keping
1 cawan air asam jawa+ 3 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula melaka
1 ikat kangkung
1/2 biji nanas masak

Bahan Blend :
15 cili api merah
1 cili merah
1 sudu teh belacan
1 batang serai
1 hiris lengkuas
1 ketul kecik kunyit
2 bawang putih
2 bawang  merah

1. Rebus nanas bersama bahan blend,air asa + air,garam,gula dan asam keping hingga nanas empuk dan nampak jernih
2. Masukkan ikan siakap dan biar mendidih hingga nampak mata ikan tersembul menandakan ikan sudah masak
3. Sesuaikan rasanya
4. Masukkan kangkung yang dipotong panjang2 dan terus matikan api
5. Kacau supaya kangkung tenggelam dalam kuah dan terus hidang supaya kangkung kekal rangup



Ikan Siakap
Nilah ikan yang disebut dalam pantu...
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Cakap bohong lama2 jadi pencuri..
Haaaaa......tapi ikan ni dah siap siang
Mak aku cakap sebab kat umah xde pisau besar
So,suruh penjual ikan tu siang dan potong sesiap
Kata nak aku suri rumah sekarang  beruntung kerana semua ikan,ayam bagai boleh terus minta penjual siang
Kata mak aku kalau zaman mak aku remaja
Mak aku kata ikan..ayam...semua kena siang sendiri..
Mak aku kata ayam bukan takat kena siang sendiri tapi kena sembelih sendiri
Cabut bulu ayam sendiri
Kena siang Sendiri
Kena masak sendiri
Kena makan ramai2
Hahahahaha...sib baik kena makan ramai2
So...aku boleh la pilih part makan ramai2 tu
Kikikikiki.....


Mak aku kata ni siakap air tawar..
Mmmm...aku ingatkan ikan siakap ninikan air masin
Tapi mak aki cakap ada yang spesis air masin dan ada juga spesis air tawar yang dibela dikolam
Mmm...macam buaya jugak la
Selama ni aku ingat buaya hanya tinggal di sungai air tawar macam kat Sarawak kan sungainyabanyak buaya..
Bila tengok Nat Geo Wild baru aku tahu buaya juga tinggal di laut terutama dilaut Australia..
Huh....ngeri  bai...!!




Nanas ni mak aku cakap seeloknya guna nanas madu yang manis..
Tapi ni Nanas Sarawak yang mak Wanna bagi hari tu
Separuh mak aku dah masak asam pedas dengan ayam
Ni separuh lagi mak aku cakap sengaja simpan nak masak Kaeng Som ni


Kena potong2 la
Kalau masuk seketul tu memang x senonoh la..
Nanti xde orang nak amim buat menantu...!



Kangkung dulu naik sekarang dah turun..!!
Hahahahaha....ingat tak lagu ni famous beberapa tahun  lepas...
Kalau x hengat cari kat youtube...
Aku ingat sebab dulunselalu nyanyi ngan Izz




Bahan untuk blend..
Mak aku cakap wajib guna cili padi merah menyala tu..
Sebab cili ni baru pedas menyengat
Kalau cili padi hijau pedas dia x sama
Kat pack tu dia tulis Cili Padi Bangladesh..
Hahaha...Abangla pun makan pedas rupanya
Patut la Abangla sekarang dah jual petai..
Hahaha...tingat citer abangla jual.petai la pulak...
Heeee....
Mak aku cakap ada serai,lengkuas & kunyit..
Mana..??
Haaa...mak aku kata lupa nak interframe sebab masak sowang2..
Haaaaa....nampak x betapa pentingnya haku..??
Hahaaha .



Bahan blend



Rebus nanas bersama bahan blend,air,air asam jawa, asam keping,garam,gula


Bila nanas dah masak masukkan ikan
Mak aku cakap kalau nak tahu ikan dah masak tengoklah matanya
Kalau matanya tersembul keluar itu tandanya ikan dah masak...
Ooo......
Pasti sesuaikan rasa masam,masin,manis dan pedasnya ..



Masukkan kangkung yang dikerat panjang dan terua matikan api..
Selam kangkung dalam kuah supaya sedikit masak tapi masih rangup...
Agaknya Kangkung Masak Kaeng Som ni lah yang diminta rombongan Sultan Melaka masa mengadap Maharaja Yung Lo zaman Sultan Mansur Shah dulu..
Ingat lagi x citer tu..?
Haa..aku ingat lagi  sebab mak aku selalu cerita pasal Sejarah Melayu dan Sejarah Melaka
Masa rombongan  Melaka tiba di China untuk mengadap maharaja China...
Mereka tidah dibenarkan melihat wajah maharaja China yang bersemayam diatas takhta
Semua telah diarahkan supaya menundukkan kepala..
Tetapi dengan sedikit muslihat iaitu dengan mengatakan orang Melaka makan sayur kangkung yang tidak dikerat maka rombongan dari Melaka perlu mendongakkan kepala.
Kerana untuk makan sayur kangkung yang panjang dan diangkat tinggi2 ,kena lah dongak kepala....
So...dah dongak kepala...
Sambil menyelam...sambil lah minum air...!!
Hahahaa....
Mak aku cakap orang2 zaman dahulu banyak menggunakan muslihat akal untuk menguji dan menunjukkan kebijaksanaan sesebuah kerajaan..
Contohnya dalam Cerita Nujum Pak Belalang
Ingat x citer Nujum Pak Belalang..?
Kalau x ingat tengok lah kat youtube
Tapi aku x suka tengok kat youtube
Aku lebih suka tengok kalau ada tayang kat TV
Baru rasa cam live
Kalau tengok kat youtube rasa fake jer .
Hahahaa...padahal citer dia sama juga...
Hahahaha


Masa mak aku upload dalam Family Group..
Kakak siap request suruh hantar Kaengsom ni kat tempat kerja untuk lunch..!
Achik plak kata nanti nak bawa kitorang gi Floating Market kat Thailand...
Tapi mak aku cakap kalau nak pergi..
Aku..abang dan kakak kena sendiri buat pasport..
Huh..ratus2 juga nak buat pasport..
Mak aku xper lah dah ada pasport..
Tapo mak aku kata mak aku kalau xde pasport pun menang boleh gi..
Mak aku,nenek,Achik,Haikal dan Aqil xyah buat pasport sebab kalau mykad Kedah xyah pasport..just border pass jerk..
Sebab negeri2 yang border memang hanya perlu border pass
Huhuhu.....aku mykad WP Kuala Lumpur  xleh guna border pass
Kakak...abang pun sama...
Huwaaaaaaaaa......

5 comments:

  1. salam

    adek manis,


    jangan lupa ini baca .. kasi tau sama emak...


    https://www.senheng.com.my/pensonic-200l-freezer-pen-pfz202.html

    Cakap la kat mak time to invest satu chest frezer. Sekarang senheng tengah sale.200 litre nampak ok saiz.....

    Kalau mak ada freezer ni next Ramadan boleh simpan butter sekali beli banyak banyak especially masa sale. ...utk buat cookies kuih.
    Infact mak dah boleh buat cookies doh Dan simpan Dalam freezer sebulan dua sebelum puasa. So Tiba bulan puasa boleh cut and bake Aja.

    Actually kalau ada lebih dia boleh keep doh ready throughout the year. Kawan punya mak buat cookies business, biscuits.. doh sentiasa ada dalam freezer. Bila sentiasa ada doh, selalu orang order tak tunggu bulan puasa.
    Bulan puasa doh dah mixed and bekukan. siap siap bila tiba waktu potong terus baked. Save a lot of time.
    So it is good investment..kegunaan harian Dan business.
    So ada ruang untuk letak makanan stock harian...

    ReplyDelete
  2. The Naga Viper was created in England by chilli farmer Gerald Fowler of The Chilli Pepper Company in Cark, Cumbria.[3] It is claimed to be an unstable three-way hybrid produced from the Naga Morich, the Bhut jolokia and the Trinidad scorpion, some of the world's hottest peppers.
    ni dari bangladesh.

    bhut jolokia - jolok buntut.. mereka buat paste jual dalam small jar, saya pakai sesudu teh masak sardin tin besar sudah sangat pedas.

    The Naga chili, locally known as Naga Morich, is a chili pepper cultivated in Bangladesh and Northeast India. It is one of the hottest known chilli peppers, and is closely related to the Bhut jolokia.


    The Naga chili, locally known as Naga Morich, is a chili pepper cultivated in Bangladesh and Northeast India. It is one of the hottest known chilli peppers, and is closely related to the Bhut jolokia.

    Jamaican scotch bonnett too can be extremely hot. pehang pun boleh pijar tangan.

    ReplyDelete
  3. About ice box tu..bestnyer kalau mak kiter beli...
    Boleh letak ice cream banyak2..
    Tapi mak kiter cakap lagi besar ice box tu dari rumah...huhuhu

    Naga cgilli ok lagi nama dia..
    Tapi x voleh blah bhut jolokia tu memang lawaks...
    hahahaha...
    Jamaican scotch bonnett kiter pernah tengok kat TLC & AFC..cute jer tapi extremely hot yer..
    Haaa...kiter lu. pernah rasa..
    Tapi bhut jolokia tu cam best jer..
    Jenuh sakit perut ..
    Mana lagi pedas ngan Korean Food..?

    ReplyDelete
  4. salam

    korean chillie tak pedas. Sebab dia pakai capsicum merah dan cayenne pepper.. mana nak pedas. masuk mata tak pedih sebab pedas cuma pedih garam cuka marinate aja hahahah

    tangan pijar toksa cakap la

    icebox .. ada saiz kecik.. heheheh
    bhut jolokia dia buat paste tumis. letak sesudu teh sikit bukan penuh sambal sardin tin besar dah pedas.
    scotch bonnet beli kad kedai pakistan sekali tu balik ingat nak bakar dengan ikan dan campur dgn air asam.. potong aja dah rasa pedih gas dia.. di mata..
    makan ikan rasa pedas pedas giler.. itu belum betul Cili.. so lepas tu ada kawan makan; mak oi messi toilet nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scotch bonnet tu boleh tanam kat Malaysia tak..
      Cam best jer...
      Kalau ada jual leh beli bagi nenek amik iji dia tanam...
      Nenek mesti suka tanam mender2 rare tu .
      Hari tu balik raya nenek tanam pokok avocado & pokok rock melon...
      Sekali jiran baru datang semvur racun rumput habis pokok nenek tanam pun kena racun tu...
      Pokok jadi layu dan mati...
      Cian nenek frust tengok pokok2 tu x dapat diselamatkan lagi ...huhuhu

      Delete