Thursday, 15 June 2017

BENGKANG UBI KAYU

Bengkang Ubi Kayu..
Kuih maka kau masak untuk iftar semalam...
Iftar hari ke 19...
Mak aku kata ada orang panggil BINGKA
Mak aku pun  panggil BENGKANG
Kalau kat kampung nenek panggil kuih ni TAPIOCA CAKE..
Hahahaha... tu kampung nenek Francis Laight tu..!!


Kuih Bengkang Ubi ni aku kureng sikit...
Kalau Bengkang putih yang nenek buat kat kampung aku suka..
Mak aku cakap tu namanya Bengkang Tepung Beras
Nenek buat siap bakar dalam periuk ada bara api bawahnya dan atasnya nenek tutup ngan zink..
Atas zink tu ada api sabut kelapa..
Haaa...tapi itu dah beberapa tahun yang lepas la..



Bengkang Ubi Kayu ni mak aku masak dah petang giler dah pun...
Ni pic yang potong cantik ni snap masa dah malam ..
Lepas dah iftar semua dah..
Sebab masa iftar tu kuih ni x keras lagi..
Masa tu panas lagi...
Kuih ni akan jadi lembik masa panas..
Dah sejuk baru cantik bila potong..
MAsa iftar mak aku makna guna sudu jer..


Mak aku jer yang suka sangat KUih Bengkang Ubi ni...
Mak aku cakap nenek..Achik pun suka..
Tapi setipa kali mak aku masak Bengkang ubi ni mesti aku ingat Zamir..
Sebab Zamir pernah cakap kuih Bengkang ubi yang mak aku bagi tu sedap...
Tu dah 3 tahun lepas la...
Ada aku citer KAT SINI...

 

Gigih betul mak aku  nak makan Bengkang Ubi Kayu ni..
Sampai rumah semalam dah dekat pukul 5...
Mak aku dengan gigihnya mengerjakan ubi kayu dan proses membuat bengkang pun berjalan..
Haaaaa.....pukul 5.30  mak kau serahkan tugasan menyudahkan bengkang ubi tu pada oven..
Ayat standard mak aku ..."Biar oven yang meyudahkan kerja"
Sian oven tu....
Membakar la bengkang tu sampai  dekat  pukul 7.00 malam...
Sebab tu la tengok mak aku makan kuih tu pakai sudu jer sebab masih panas masa berbuka tu...


BENGKANG UBI KAYU-
1 cawan ubi kayu- yang dah blend dan dah tapis
1 kotak santan
1  cawan gula
sikit garam
sikit pewarna kuning
1 sudu butter @ marjerin

1.Kupas dan basuh ubi kayu.
2. Potong2kan  anggaran sebesar ibu jari supaya senang nak blend.
3. Blend ubi kayu yang dah potong bersama air secukupnya supaya senang nak blend.
(xpe air ni  x kisah kalau terlebih pun sebab nanti nak tapis)
4. Tuang ubi yang dah blend dalam penapis santan atau pengayak tepung.
5.Air tu jangan buang.Biarkan mendap.Mendap tu maksudnya biarkan hingga airnya jadi jernih & bawahnya ada macam tepung putih..
6. Buangkan air yang jernih tu perlahan-lahan & ambil tepung yang mendap tu campur sekali bersama ubi yang dah tapis.
7. Campur semua bahan dan gaul sebati
8. Sapu loyang dengan butter dan tuangkan adunan ubi
9. Bakar dlam oven 200' selama 1 jam - 1 1/2 jam
10. Biar sejuk baru potong


Ubi kayu yang dah 4 hari dibeli..Mak aku cakap dan ada yang rosak pun


1.Kupas dan basuh ubi kayu.



2. Potong2kan  anggaran sebesar ibu jari supaya senang nak blend.

3. Blend ubi kayu yang dah potong bersama air secukupnya supaya senang nak blend.
(xpe air ni  x kisah kalau terlebih pun sebab nanti nak tapis)



4. Tuang ubi yang dah blend dalam penapis santan atau pengayak tepung.



5.Air tu jangan buang.Biarkan mendap.Mendap tu maksudnya biarkan hingga airnya jadi jernih & bawahnya ada macam tepung putih..



Tekan-tekan ubi tu supaya airnya turun



6. Buangkan air yang jernih tu perlahan-lahan & ambil tepung yang mendap tu campur sekali bersama ubi yang dah tapis.
Hasil mendapan ubi selepas airnya ditbuang



7. Campurkan ubi tapis,pati mendapan,santan,garam dan gula...Gaul sebati



8. Campur sikit pewarna kuning


9. Sapu loyang dengan butter/ margerine


10. Tuang adunan tadi dlam loyang


11. Bakar suhu 200 selama 1 jam..jika belum garing,,,tambah masa masak


12. Bila garing atasnya keluarkan


13. Biar sejuk dulu baru potong


Kuih yang dah siap

No comments:

Post a Comment