Ni la kuih yang aku ter ngut2 nak makan dari malam tadi...
Haaa..jangan tak tau yang aku tau nama kuih ni kerana aku salah seorang peminat Kuih Tepung Bungkus..
Mak aku kata selera aku macam selera orang tua...sebab kata mak aku jarang la kanak-kanak baya aku yang suka makan kuih ni...
KAT SINI LAGI CANTIK KUIHNYA....
Pagi tadi, mak aku buatkan Kuih Tepung Bungkus ni untuk aku...Hmmm xsempat sejuk..panas-panas lagi baru angkat dari pengukus aku dah x sabar nak makan...Tepung tu x berapa licin & ada sedikit melekat pada daun pisang..Kata mak aku kalau kuih yang betul2 canttik tepungnya langsung x melekat pada daun....
Lagi pun panjang ceritanya pasal Kuih Tepung Bungkus ni..
Semuanya bermula malam tadi...Aku tengah study BM...pastu aku tanya mak aku pasal perkataan "Lemak Manis.." pastu mak aku kata susah nak gambarkan sebab kalau makan baru tau rasa dia...Tetiba aku teringat Kuih Tepung Bungkus yang memang rasanya aku tau lemak dan manis..
Terus aku request kat mak aku nak makan Kuih Tepung Bungkus...& nak malam ni juga...haaaaa
Terkezut mak aku...!!!!
Memala,m buta aku nak makan Kuih Tepung Bungkus...!!
Hahahahaa..
Tapi memang aku teringin sangat sebab rasa macam nak makan sangat2...Teringat kalau balik kampung selalu beli kuih ni..Achik,,Pakcik..nenek & mak aku memang selalu beli kuih Tepung Bungkus ni...
Tapi kat KL ni jarang plak aku nampak orang jual...
Tak tau la orang yang jarang jual...atau aku yang jarang gi cari orang jual...hahahaha
Kerana aku nak juga Kuih Tepung Bungkus tu...mak aku kata nanti pagi esok mak aku akan buat sebab ni dah malam....
Mak aku kata mak aku nak masak inti kuit tu dulu supaya sejuk & esok pagi boleh terus buat kuih tu..
Hmmmm...esok pun ...esok lah.....
Janji mak aku buatkan sebab memang rasa nak makan gilerrrrrr nih..!!!!
Makanya pukul 8.30 malam tu mak aku pun mula lah aktiviti memasak inti kelapa untuk Kuih Tepung Bungkus.. Kata mak aku ..nasib baik ada bahan2nya dalam peti ais...
Pesan mak aku...Kuih Tepung Bungkus ni ada 4 bahagian atau langkahnya yang perlu dibuat iaitu
1. Inti Kelapa
2. Bebola Tepung Pulut Berisi Inti
3. Dadih atau Tepung Beras yang Lemak Masin
4. Proses Bungkus & Kukus
1. INTI KELAPA :
.Ni bahan nak buat Inti Kelapa...
Ada Gula nissey..haa gula kelantan la... nak guna 2 keping je tau..
Ada daun pandan & kelapa parut yang putih... ni 1 biji kelapa parut putih...hmm baru beli petang tadi kat kedai mamak tu mak aku kata nak buat kuih apam...dah jadi lain dah..hahahaha
ada lagi agi bahannya iaitu gula pasir,sikit garam & tepung gandum..
Ah nak senang citer ni bahannya...
Inti Kelapa:
1kelapa parut putih ( dalam 3 cawan la)
2 Gula Kelantan ( Gula Melaka)
3 sudu gula pasir
1sudu kecik garam
1/2 cawan air
2 daun pandan
2 sudu tepung gandum
i. Masak gula pasir,gula kelantan,garam,daun pandan & 1/2 cawan air hingga mendidih & agal pekat..
ii. Masukkan kelapa parut putih & gaul rata....
iii. kacau hingga agak kering..
iv. Taburkan sesudu tepung gandum & kacau rata..
v .Tambah lagi sesudu tepung gandum & kacau hingga tidak melekat pada kuali..
**** kata mak aku tujuan ditabur tepung gandum supaya senang nak bentukkan inti & supaya rasa inti seperti dibuat dari kelapa yang tidak terklalu tua..
Kata mak aku lagi...inti yang sedap sepatutnya dibuat daripada kelapa yang kulitnya sabutnya masih basah & bukannya kelapa masak yang sabutnya sudah coklat dan kering...barulah hasilnya sedap..Tapi itu kalau kat kampung boleh la pilih kelapa..Kalau kat bandar ni belasah je kelapa apa yang ada...hahahaha.
Sebab tu kena letak tepung supaya intinya tidak lah nanti rasa berhampas bila dikunyah..
Hmmmm...susahnya nak buat inti dia....ingatkan senang jew...huhuhuhu
2. BEBOLA TEPUNG PULUT BERISI INTI KELAPA:
i. Ni pagi plak nyer citer,,,inti tu malam tadi nyer...Haa asekarang ada 2 jenis tepung..Yang ada tulisan purple kat kiru tu tepung pulut..Yang semua tulisan merah kat kanan tu tepung beras...Jangan tak tau plaks...!!!!
ii. Kalau nak buat anggaran 20 bebola gunakan 1 cawan tepung pulut dibancuh dengan sikit air & agak-agak la ,,uli hingga jadi nacam play dough....macam nak buat Buah Melaka tu...Mak aku kata kalau ada tepung pulut hitam campurkan je dalam 2 sudu,,nanti tepung tu jadi la colour purple...
20 bebola tu = 10 biji Kuih Tepung Bungkus sebab sebungkus kuih menggunakan 2 biji bebola yang berinti
iii. Bulat- bulatkan inti sebesar guli & balut dengan tepung pulut yang macam play dough tadi..
iv. Buat hingga habis....Pandai-pandai la agak sebab setiap kuih memerlukan 2 bebola berinti kelapa..
4,DADIH/ TEPUNG LEMAK MASIN
ii. Kacau atas api perlahan hingga mula pekat & nampak meletup-letup macam lumpur gunung berapi yang meletup-letup pans tu,,,,hahaha
4. BUNGKUS & KUKUS
i. Sebaiknya daun2 pisang bi sediakan awal2..Kalau daun fresh ,,layur sekejap atas api hingga nampak berminyak supaya tidak koyak..Koyakkan anggaran selebar tapak tangan orang dewasa..agak-agakla bera[pa helai nak guna.Yang sebelah kanan tu daun yang nampak gelap tu..daun pisang frozen...jangan x tau daun pisang tu dah 6 bulan bersemadi dalam peti ais...Kata mak aku... dah macam duduk oversea dah...guna daun pisang frozen...hahahaha
ii. Bebola yang berisi inti siap sedia untuk digunakan..
** Tak perlu nak adjust2 bebola tu sebab bila bungkus bebola tu akan sendirinya cantik terletak..
iv , Bungkus semuanya hingga selesai
v. Susun atas pengukus...
vi. Kukus anggaran 15-20 minit & biar sejuk sebelum makan...
Kalau makan juga waktu panas-panas...melecur lidah...x tau....ayoooo...x tau.....
Penat dah...nak teruskan study...huhuhuhuhu
UNTUK NAK BUAT TEPUNG BUNGKUS VERSI BANYAK BOLEH KLICK SINI
Tq sis.. mncuba jgk dgn resepi ni
ReplyDeleteSemoga berjaya
DeleteNak cuba la...nak posa dah..halalkan ilmu.terima kasih
ReplyDeleteIlmu yang baik sila panjangkan semoga menjadi pahala..
DeleteSelamat berpuasa
Kampung awak kat mana ya??
ReplyDeleteKat Kedah
Delete