Sunday, 28 September 2014

KUIH TEPUNG BUNGKUS....BANYAKNYAAAA...!!!

Kuih Tepung Bungkus.....
Minggu lepas nyer citer,,,
Mak aku masak kuih ni banyakkkkkkk...
Betulllll....!!!!
Dekat 100 biji..!!!
Aku suka sangat Kuih Tepung Bungkus ni...Sebelum tu mak aku dah buat dah untuk aku sebab aku nak makan kuih ni waktu malam2 buta..hahaha..
Ni untuk aku ngan abang makan...
Kuih Tepung Bungkus yang mak aku buat kali ni lagi sedap & feel nak makan sebab bebola yang ada inti kelapa tu mak aku guna tepung pulut hitam..nampak warna purple dia cantik sangat & lemak masin..manis kuih ni memang aku suka lah...Walaupun mak aku selalu kta ni kuih untuk orang tua..tapi aku tetap suka..
Mak aku buat banyak sebab mak aku kata ada kawan mak aku pesan nak 70 kuih ni untuk majlis bertunang...
Eh,orang bertunang makan kuih ni jugak ke...?
Bukan ke bertunang makan kek tang tingkat2 tu...?
Hmmm...x tau lah aku....
Dari malam tu dah nampak mak aku masakkan intu kelapa...banyakkkk..
 Daun pisang pun mak aku dah layur siap2 malam tu sebab mak aku kata esok pagi kena buat kerana kuih tu kena hantar sebelum pukul 2 petang...Hmmm..bukan Kuih Tepung Bungkus je,... tapi mak aku kata nak buat juga Karipap Sabah & Kuih Talam Tokyo...
Waaaaa.semua kuih oversea tu..
Sabah...oversea la tu kan...
Jepun...pun oversea..
heeeeee...
Mak aku kata kena simpan resipi ni sebab senang nak agak kalau lain kali nak buat banyak2..
Aku kan anak yang baik....tulis je apa yang mak aku suruh...jangan degilll..hehehehe

KUIH TEPUNG BUNGKUS...( untuk anggaran 80 biji)
Inti Kelapa:
2 biji kelapa
500 gm gula merah berkualiti supaya x berpasir
500 gm gula pasir
1 sudu garam halus
4 daun pandan
4 sudu tepung gandum...
2 cwn air

1. Masak semua gula,air,garam,pandan hingga pekat..Tambah kelapa putih & bila sudah agak kering taburkan tepung gandum....

Tepung Dadih Lemak Masin :
1pkt tepung beras cap teratai
1kg santan pekat
Air secukupnya untuk cairkan santan
2 sudu garam
( Ratio... 1: 3.5)nanti akan faham la tu..

Tepung Bebola Pulut Hitam
1 pkt tepung pulut putih
1/2 cawan tepung pulut hitam
Air secukupnya

Tips Nak Buat Banyak2...heee


1. Intinya..
i. Biar sejuk dulu...Pastu gentel bulat2 sama saiz supaya kuih sama saiz...Gentel macam nak buat tat nanas tu kata mak aku la...hee
ii. Agak2 le jumlahnya sebab 1 kuih nak guna 2 bebola...So nak buat 80 biji kena gentel 160 la...haa banyak tu..tapi kena la sabar...mana ada kerja yang senang kan...

2. Tepung Bebola
i. Campur & gaul tepung pulut biasa & tepung pulut hitam & bancuh dengan air hingga agak2 boleh dibentuk..Macam play dough tu..
Tepung ni x nampak hitam sangat walau dah campur tepung pulut hitam..Warnanya hanya kelabu asap je kata mak aku...Tapi jangan risau kerana masa kuih dah masak nantu warna dia akn jadi gelap warna purple2 gitew,,,!!!
ii Buat bebola kosong untuk senang nak buat anggaran bilangannya..Ingat tu...1 kuih nak guna 2 bebola..So kalu 80 kuih kena la ada 160 bebola...huhuhuu
 iii. Ambil bebola kosong tu & balut inti yang dah digentel...Buat jew sampai habis....x yah nak merungut2....Ingat tu 1 kuih nak ada 2 biji bebeola..So 80 kuih ken la gentel 160 ..huhuhuhu

3. Dadih Lemak Masin:
i. Sebab nak buat agak banyak...Mak aku kata elok guna kuali besar supaya senang nak kacau .
Haaa...pesan mak aku...
part ni kena betul2 ambil perhatian sebab santan & tepung nak kena pandai agak..Kata mak aku..dulu2 nenek ajar mak aku buat kuih ni agak2 je..xde sukat timbang bagai...Kata mak aku nenek ajar bancuh semua tu & guna sudip kayu untuk lihat agak..Jika tepung yang dah dibancuh tu ada nampak kesan butir2 tepung halus pada sudip kayu tu maka cantiklah sukatannya..
Hmmmm...faham..???
Jujurnya..memang aku sepatah habuk pun x faham apa yang mak aku terangkan tuh...
Nasib baik lepas tu mak aku kata dia dah sukatkan supaya lebih senang...
hahaha..pun aku bukannya faham sangat...
Tapi mak aku kata nanti dah tua2 nanti akan faham...
hah..pulak..?
Cuma kata mak aku
Rationya  1: 3.5
Maksudnya 1 bahagian tepung  kena guna 3.5 bahagian santan
Contonya 1 cawan tepung kena guna 3 1/2 cawan santan...
ii. Selepas dah bancuh santan,tepung.air & garam..kacau atas api sedrhana jangan henti..
Kacau hingga mulai pekat
iii. Kacau hingga meletup2 macam kawah gunung berapi..heee.
Nampak macam mak aku kacau bubur Asyura pun ada...
Kata mak aku lagi.kena kacau hingga tepung tu masak baru cantik,,,

4. Siapkan Kuih
i. Angkat kuali tu dari dapur & masa masih panas2 tu masukkan bebola yang dah berisi inti kelapa...
Jangan letak bebola terlalu banyak ...nanti sesah nak cedok sebab kalau banyak sangat masa cedok nanti takut bebola tu pecah sebab bebola tu mentah & belum masak...so dia mudah pecah..
Pasal tepung dadih tu mula membeku..jangan risau kerana tu memang kerja dia kena beku..hahaha
Cedok je & teruskan bungkus  hingga selesai..
Jangan risau kerana bila masak nanti ...tekstur kuih tu akan jadi licin dengan sendirinya...
Haaa...macam magic je kan..
Hmmm...dah itu pesan mak aku....mestila aku percaya & sebab aku anak yang baik..aku akan ikut..heee
ii. Bentang sekeping daun pisang yang dah dikoyakkan selebar tapak tangn & daun pisang tu dah dilayur & lap terlebih dahulu..Cedok   2 biji bebola dalam dadih lemak masin tu & pastikan cedok bersama tepung dadih tu...
Xyah nak adjust bebola tu supaya berada ditengah2 kerana bila dibungkus nanti pandai2 la bebola tu cari port yang selesa untuk landing...hohohoho...
Tepung yang masak cantik tidak akan melekat pada daun pisang tu...
Nak bagi nampak kemas pepandai la gunting dua2 hujung daun tu sepaya kemas...
 iii. Bungkus sampai habis & kukus anggaran 15- 20 minit
Takyah lama2 sebab tepung dadih tu dah masak..Kukus tu untuk masakkan bebola berinti dalam tu je & untuk eratkan hubungan antara bebola tu dengan dadih tu,,heee
Pastu angkat & sejukkan atas redai supaya daun tu kering dari wap & cepat sejuk...


iv.. Haaa..kan dah cakap...bebla tu tadi kelabu asap je..sekarang dah nampak warna purple sebab guna tepung pulut hitam...Bebola tu pun pandai je landing ..hee
Nyum3.....sedap...tapi  tengok proses mak aku buat kuih ni banyak2 camni....
hadoiiii...x tau la kalau aku mampu buat ke x sebab akku yang tengok pun rasa penat...
Tapi mak aku kata...kena sabar & kena buat dengan penuh kasih sayang,,,baru kuih tu sedap..hee
Hmmm...dah mengantuk la......



6 comments:

  1. Wahh..pagi2 ni bukak blog awk..terliur..pergggggghh..tq for sharing ;)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..pagi2 sudah datang bawa rezeki..hee

    ReplyDelete
  3. tkasih sis kongsi resepi. boleh ke inti dh siap balut tepung pulut tu simpan dlm peti ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru reply..
      Nak kata x pernah try simpan dalam peti ais.mak kata x berani nak bg jawapan..hahaaa ..kena try & error la

      Delete
  4. Terima kasihh sebab share resepi ni ...saya suka kuih ni..semoga murah rezeki

    ReplyDelete