Wednesday, 22 October 2025

CUTI DEEPAVALI BALIK KEDAH NAIK BAS

Plannya cuti Deepavali 2025 nak  balik Kedah hari Jumaat malam bas pukul 10.45 malam @ TBS.- Pendang


Dek agak kelewatan beli tiket..semua tiket malam dah habis.Hanya ada tiket siang hari Jumaat..Tapi siang macamana nak balik kita masih kerja & Cella pun ada kelas.

Nak ambil bas hari Sabtu kalau TBS - Pendang paling awal 10.45 pagi..Akhirnya deside beli tiket untuk perjalanan. awal pagi Sabtu 

 TBS- Alor Setar pukul 7.25 pagi



Tiket bas pun la ni dekat-dekat nak sama harga tiket flight.hihihi
Cuma bagusnya sekarang banyak pilihan bas dan banyak trip ke setiap destinasi.Dulu zaman saya masih study tahun 90-an...bas Pendang- KL belum ada..Yang ada bas Alor Setar - KL.Itupun hanya ada perjalanan. malam pukul 9 malam & hanya beberapa syarikat bas.

Sekarang banyak betul syarikat bas ekspres keseluruh destinasi dalam semenanjung .Cuma kalau lambat beli dimusim perayaaan kena redho dengan apa saja pilihan yang ada.

Kami pilih ke Alor Setar 7.25 pagi boleh la sampai awal sikit berbanding  tiket 10.45 pagi ke Pendang dijangka sampai pukul 5.45 petang.


Anak jantan tu drop off kami kat TBS pukul 7.10 pagi..Nasib baik Cella dah redeem tiket awal-awal.Tengok kat TBS tu kat kaunter redeem timet panjang macam keretapi Senandung Malam ..hihihi
Kalau tidak...mau tertinggal bas..

Kebetulan...bas kami kat platform 1 memang betul-betul kat depan escalator...
Jenguk je dari atas..nampak bas dah sampai walupun baru 7.15 pagi..
Tak sempat nak beli roti bagai ...


Tepat 7.25 bas Cosmic terus gerak meninggalkan TBS....

Dengar je driver terima call ...Macam ada penumpang tertinggal bas...Tapi takpa bas akan transit kat Hentian Duta.


Betul......7.46 bas menyusur masuk Hentian Duta.Sempat la turun lelaju beli roti dan air buat alas perut.Bila naik bas tengok semua seat dah penuh..Eh,ramai juga naik kat Duta..
Dalam 10 orang juga penumpang kaum India....Balik raya la tu...Isnin kat Deepavali🤭

Dijangka sampai AOR pukul 1.55 tengahari.Konon nak naik bas pink dari Shahab Perdana ke Pendang.Dah servey timing katanya bas pink setiap 1 jam ada trip ke Pendang.Kalau tak pun naik ja bas MARA merah putih tu.



Tapi lepas Tol Duta...

Baru sampai Rawang ...jalan dah mula sesak....musim perayaan kan...nak exspect apa kan...

Jangkaan awal akan tiba di AOR pukul 1.55 kan....

Tapi pukul 2.00 pm baru lepas Sg Perak...Bas hanya singgah Hentiian Sebelah Taiping selama 15 minit sahaja...Turun gi toilet..beli beli sosej & buah potong..bas dah horn panggil penumpang naik bas dah nak gerak...


Konon sampai AOR  nak naik bas pink kan...tapi itu hanya perancangan sahaja.Tepat 4.29 bas masuk Shahab Perdana...


Turun ja bas....dah nampak Aqil dinluar sana baru  keluar dari kereta memuju ke arah kami 
Kesudahannya  Haikal @ Aqil tolong pick up kami kat Shahab Perdana...hihihi

 Maghrib tu masa otw balik dari beli kue teow untuk mak kat  Tanah Merah Pendang ...berselisih dengan bas Cosmic kat Pendang sekitar jam 8.15 malam..Itu rasanya bas yang bertolak dari TBS pukul 10.45 pagi la tu yang sepatutnya tiba di Pendang 5.45 petang..





6 comments:

  1. Lari la waktu sampai ye kak...apapun bagus jugak naik bas..tak penat..sepanjang jalan boleh tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....Naik bas ni kita serahkan seoenuhnya tugas memandu kepada driver bas🤭🤣

      Delete
  2. Tersasar jauh ETA. Tu la kita fikir, agaknya semua orang dah bertolak hari Jumaat, Sabtu malam tu memang langsung tak jammed dah. Aisehmannn.. takde rezeki lagi kita nak ke Pendang makan ketupat nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...
      In shaa Allah ada rezeki dapat jumpa

      Delete
  3. Lamanya tak naik bas express. Rasanya last masa belajar dulu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas ekspress sekarang selesa sepadan dengan harga...🤭

      Delete