Plannya cuti Deepavali 2025 nak balik Kedah hari Jumaat malam bas pukul 10.45 malam @ TBS.- Pendang
Dek agak kelewatan beli tiket..semua tiket malam dah habis.Hanya ada tiket siang hari Jumaat..Tapi siang macamana nak balik kita masih kerja & Cella pun ada kelas.
Nak ambil bas hari Sabtu kalau TBS - Pendang paling awal 10.45 pagi..Akhirnya deside beli tiket untuk perjalanan. awal pagi Sabtu
TBS- Alor Setar pukul 7.25 pagi
Kami pilih ke Alor Setar 7.25 pagi boleh la sampai awal sikit berbanding tiket 10.45 pagi ke Pendang dijangka sampai pukul 5.45 petang.
Tepat 7.25 bas Cosmic terus gerak meninggalkan TBS....
Dengar je driver terima call ...Macam ada penumpang tertinggal bas...Tapi takpa bas akan transit kat Hentian Duta.
Dijangka sampai AOR pukul 1.55 tengahari.Konon nak naik bas pink dari Shahab Perdana ke Pendang.Dah servey timing katanya bas pink setiap 1 jam ada trip ke Pendang.Kalau tak pun naik ja bas MARA merah putih tu.
Baru sampai Rawang ...jalan dah mula sesak....musim perayaan kan...nak exspect apa kan...
Jangkaan awal akan tiba di AOR pukul 1.55 kan....
Tapi pukul 2.00 pm baru lepas Sg Perak...Bas hanya singgah Hentiian Sebelah Taiping selama 15 minit sahaja...Turun gi toilet..beli beli sosej & buah potong..bas dah horn panggil penumpang naik bas dah nak gerak...
Konon sampai AOR nak naik bas pink kan...tapi itu hanya perancangan sahaja.Tepat 4.29 bas masuk Shahab Perdana...
Kesudahannya Haikal @ Aqil tolong pick up kami kat Shahab Perdana...hihihi
Maghrib tu masa otw balik dari beli kue teow untuk mak kat Tanah Merah Pendang ...berselisih dengan bas Cosmic kat Pendang sekitar jam 8.15 malam..Itu rasanya bas yang bertolak dari TBS pukul 10.45 pagi la tu yang sepatutnya tiba di Pendang 5.45 petang..
Actually kami balik 2 beranak sebab nak ambil kereta.Masa balik kampung cuti Hari Malaysia sebulan yang lalu masa mak.nak buat kenduri naik rumah bari tu....saya tinggalkan kereta kat Kedah...saya balik KL naik bas sebab masa tu pun long weekend & jalan dah pastilah jem..Fikir 10x nak drive sorang-sorang..maka awal-awal dah beli tiket bas untuk balik KL by bus.....Itula ceritanya balik Kedah naik bas
Lari la waktu sampai ye kak...apapun bagus jugak naik bas..tak penat..sepanjang jalan boleh tido
ReplyDelete