Di mana-mana ofis,masjid dan juga lain-lain tempat...bila hari Jumaat..biasanya ramai yang mengambil kesempatan berkongsi rezeki terutama dalam bentuk makanan.
Dulu kalau singgah menumpang solat kat masjid nampak infaq minuman kat tangga/ lobi masjid segan nak ambil takut orang kata kebulur.(padahal orang tak kata pun)Tapi sejak sejak dah berumur banyak ni..kalau nampak ada orang infaq minuman macam tu,saya akan ambil juga walau sikit...ambil berkat kata orang..kerana yang menginfaq pastinya mengharapkan agar minuman/makanan infaqnya habis diminum dan seterusnya mendapat keberkatan....wallahua'lam.
Lagipun kalau orang yang memberi tu nampak pemberiannya tidak habis atau langsung tidak disentuh pasti kecil hatinya...sebaliknya jika pemberiannya habis dan disukai pasti hatinya berbunga riang serta lebih bersemangat untuk memberi dan terus memberi...
Kerana bagi diri saya.....:
"Memberi Tidak Diterima Lebih Sakit Berbanding Meminta Tidak Diberi"
Ni antara infaq Jumaat dalam nentuk makanan @ tempat kerja
hari ini...
Ada nasi lemak bungkus,mihun,pulut inti,kek dan beberapa jenis kuih...
Tak tahu siapa yang menyumbang kerana yang penyumbang akan bawa dan terus letak di meja pantry sebelum berlalu untuk punch card.
Kalau hari Jumaat memang penuh meja pantry...
Hari lain pun ada tapi tak semeriah Jumaat.
Hari ini ada beberapa bungkus pulut inti..beberapa bungkus nasi lemak ayam percik,beberapa bungkus mihun,beberapa bungkus kue teow dan paling banyak nasi lemak daun pisang.
Nasi Lemak Daun Pisang tu titipan ASP(Zura) yang subuh-subuh tadi dah fly ke K.Trengganu untuk majlis nikah anak terunanya.
Zura minta Milah belikan nasi lemak bungkus tu di Kajang..Jauh belinya nasi lemak tu.Dah beberapa kali Milah tunaikan permaintaan kawan-kawan yang kirim minta belikan Nasi Lemak Kajang yang memang sedap.
Tapi nak dijadikan cerita...hari ini semua nasi lemak tu menjadi rezeki Cik Tong Sam Pah.
Kisahnya masa Mizah membuka salah satu bungkusan nasi lemak tu untuk dimakan...tercium aroma yang tak menyenangkan...senang cakap bau basi.Masa tu tak ramai yang makan kerana ramai sedang berjemaah membaca yassin.
Bila dibuka bungkusan yang lain pun sama baunya..Semua pun dah tak berani nak ambil nasi lemak daun pisang.Maka,makanan lain yang luak dulu.Nasi Lemak Daun Pisang tak berusik dah..
Milah rasa bersalah kerana ini kali pertama terjadi.Sebelum ni elok jer bila Milah beli dan bawa ke tempat kerja.Milah risau nanti apa pula kata Kak Zura kerana nasi lemak yang Milah beli semua basi.
Saya redakan rasa bersalah Milah,mengatakan ini bukan salah Milah...Milah pun kalau tahu nasi lemak tu basi..takkan Milah nak beli.....kannnn.
Cuma nanti elok diberitahu kepada penjual tu untuk tindakan selanjutnya...Bukan untuk claim semula bayaran nasi lemak tetapi untuk penjual dapat mengenalpasti punca kejadian & cuba atasi masalah tersebut.
Juga tak berani nak salahkan penjual tu kerana kita tidak tahu sotuasi sebenar. Penjual pun semestinya tidak ingin kejadian itu berlaku tetapi kadang kesilapan kecil boleh menjadi penyebab.
Kaitan dengan Yang Berat Itu Amanah ialah saya melatakkan diri saya ditempat Milah...
Milah dah tunaikan amanah Kak Zura untuk tolong belikan nasi lemak tu..tapi apakan daya benda nak jadi..
Saya letakkan diri ditempat K.Zura.Niat ikhlas nak belanja rakan-rakan makan nasi lemak.Tapi..
Saya letakkan juga diri ditempat penjual tu..Bertungkus lumus membuat persiapan jualan dari awal..masak nasi...masak sambal..bungkus nasi ..buka gerai.. & jual.Pasti hati berbunga bila jualan dibeli orang.Tapi bila berlaku insiden
begini...apa yang mereka rasa agaknya?
Entahlah...macam sinetron...macam bangau oh bangau
Apapun pasti ada hikmahnya kepada semua...Kena kembali kepada rukun iman yang ke-6
Murah rezeki yang memberi infaq. Yang menerima infaq juga moga diberkati.
ReplyDelete