Thursday, 30 October 2025

PERTANDINGAN MASAKAN ANTARABANGSA

Baca tajuk macam hebat kan....Tap baca dulu sampai habis...

Ni cerita hari Isnin ..Pengalaman baru di tempat kerja baru.Big bos yang plan untuk meraikan perpisahan orang kanan bos iaitu K.Nah.Katanya,budaya sini memang macam tu..Kalau ada yang akan berpindah atau bersara depa akan buat satu aktiviti untuk kebersamaan sebagai kenangan terakhir bersama yang akan meninggalkan .Berkebetulan juga dengan Persidangan ASEAN,maka ,tema  makanan Aantarabangsa  menjadi pilihan.Tambahan pula K.Nah orang kanan big bos dan perpindahan ni diluar jangkaan memandangkan K.Nah hanya berbaki setahun lebih sahaja lagi untuk bersara wajib..Saya sebagai salah sorang warga yang masih baru di sini teruja dengan aktiviti yang dijalankan .
Haaa....dah tahu kan...ini pertanding dalaman tempat kerja kami sahaja bertemakan makanan antarabangsa ...bukan pertandingan peringkat antarabangsa..hanya makanan sahaja antarabangsa
hihihihi....
Kena masak dua maincourse , satu dessert & 1 minuman


Ada 6 kumpulan:
Hadiah sagu hati 2 buah hamper besar
Depa masak 
*Pasta Olio
* Lasagna
* Panna Cota
*Minuman saya tak ingat...cari pic pun tak jumpa




Hadiah sagu hati ..2 buah hamper besar
Hanya ni je pic yang saya ada untuk kump Jepun..
Nama makanan pun saya takdan dengar & takdan nak rasa..yang saya ingat dessert depa ada mochi.Beberapa orang peserta depa pakai kimono



Haaa ..depa Johan!!
Depa bawa balik 11 hamper yer..
11 hamper!!! 
Hadiah katanya  ditaja oleh salah satu syarikat guaman  kat sini.
Mesti sedap-sedap belaka masakan depa tapi sayangnya tak sempat nak tengok & tak swmpat rasa.Sebabnya kumpulan Korea pemarkahan paling awal...so,lepas ambil markah depa pakat makan & kemas...Kumpulan Thailand dah pukul 4 lebih baru juri sampai...takdan nak lawat negara lain.


Saguhati....juga dapat 2 hper besar

Negara paling sporting..Masak Nasi Ayam seperiuk ..siapa sapa nak tapaw pun boleh..
Syyy yang pakai telekung tu bukan pakaian rasmi Singapura tapi sebab  baru sudah solat asar..Asar kan awal sekarang..

Ini jer saya jumpa pic yang jelas sikit
* Nasi Ayam & pelangkap
*Sayur Pakcoy Sos Tiram
* Yong Taufu
* Paitei
* 2 jenis munuman..
Sedap betul minuman depa tapi tak ingat nama.
Saya sempat rasa masakan depa..memang sedap dn kenyang makan




Nai Johan...Tempat ke-2
2 hamper besar
Sesuai dengan  negara Indonesia cowok-cowoknya pemalu taknak bergambar tapi function banget...panjat pokok kelapa ambil kelapa muda bagai untuk deco.Juru cakap pula pelatih lelaki dari OUM sedang intern sini..dengan sleng jawa pekat dia🤣
Saya sempat rasa menu depa
* Nasi Liwet
*Soto Ayam Suwir
*Pegedil
*Kolak Pisang + Talas
*Minuman Air Kelapa & Teh Botol



6. Makanan Negara Thailand-group saya la ni🤭

Semua kumpulan diketuai kaum Adam..Kat sini memang ramai lelaki dan memang sangat function  ye!..Depa serba boleh dan memang takkan biar kaum wanita yang lemah ini buat kerja berat
Pertandingan di mulakan selepas Zohor hingga asar sekitar pukul 4 & sebelum pukul 5 petang Majlis Penyampaian Hadiah selesai


Kumpulan saya iaitu Masakan Thailand  diketuai Bak & Kamal...menyediakan


1. Appetizer
Somtam ( Salad Betik Muda)

Air tangan Mizah...Orangnya tenang tapi
 memang handal masak memasak..



2. Main Course
Tomyum Nam Khon- Tomyam Air Kelapa

Air tangan Bak  memang menggoda.Lelaki yang serba boleh..Pes dia Bak buat sendiri yer...



3. Kapong Neung Manao( Siakan Steam Limau)

Ni pun Bak juga punya idea bersama Ta...



4.  Khao Pad Sapparot - Nasi Goreng Nanas..


Yang ni cakap la dengan bangganya nak habaq ..masak & plating tu saya yang buat...hihihi
Saya masak sekuali besar penuh...memang saja masak banyak supaya semua group lain pun boleh merasa...Depa kata sedap..Taktau la ikhlas atau sekadar nak amik hati sebab nasi gorwng tu licin...saya hanya sempat rasa sesudu sahaja...So,saya anggap lah kata depa ikhlas cakap sedap🤣🤣🤣🤣
Nanti saya nak masak kat rumah pula & saya share resipi rahsia tu🤣


5. Thab Thim Krib( Red Ruby)

Ni air tangan Jiha...Jiha.  ni antara warga baru juga kat sini iaitu lewat sebulan dari saya.Tengok Jiha bawa baru saya tahu adanya buah nangka dalam tin .Srlama ninkalau buat thab thim krob memang guna nagka segar.Ruoanya ada nagka tin dan rasa lenih sedap u tuk topping thab thim krob ni..Kata Jiha brand Hosen..



6 Thai Soda Lime
Minuman dari soda,limai nipis dan bunga telang..

Nama Restoran kami..*Suan Rak Thai* yang bermaksud Teratak Kasih Thai.
Buka. Chan Rhak Ter yer😍💕

Di sini staf tidak seramai tempat kerja lama..Tapi kebersamaan sangat terasa.Mungkin kwrana ramai lelaki dan memang function..hahaha suka sangat guna ayat tu sebab memang depa function.Pagi-pagi bancuh air .lepas makan memang depa cuci pinggan cawan..Meja kerja depa juga kemas..
Hari Isnin yang tak sempat nak Monday Blues..hihihi
Pagi kerja macam biasa..Petang teamwork.
Sedar-sedar dah 4.30 pm..
Mana dengan jalan banyak tutup sebab ASEAN Summit.Nasib baik memasing sempat lepas..
Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment