Pada 5 Oktober saya ada beli 2 biji limau bali.Sebiji kopek kat rumah & sebiji lagi plan nak bawa ke tempat kerja..
Esoknya 6 Oktober masa nak.pi kerja,masuk dapur nak ambil limau bali...Tengok kat meja takda..tengok kat sinki tak ada..
Puas mencari ke sana sini tak ada.Balik kerja cari lagi merata dapur selongkar...Dalam kabinet pinggan..bawah meja..kot la jatuh ke..bawah dapur...bawah sinki...hinggalah ke bilik tidur............( walaupun tak logik kan🤣)
Beberapa hari saya masih mencari hinggalah akhirnya redho mungkin dah terbuang bersama plastik sampah..Tapi kalau buang dengan sampah takkan tak perasan kan..besar kot limau bali tu...hihihi
Tiga minggu sudah berlalu...dah dua kali beli limau bali sebab sekarang musim dia...saya suka limau bali terutama yang masam manis.
Hinggalah semalam 26 Oktober,masa mengemas dapur ambil bakul ubi kentang atas peti ais....
Ya Allah......di sini rupanya buah limau bali tu menyorok....di dalam bakul ubi kentang tertutup dengan glove ketuhar yang besar dan bewarna hijau ..20 hari menghilang,tiba-tiba muncul dalam bakul ubi kentang..!
🤣🤣🤣
Mula dah masukkan dalam plastik sampah kering...sebab kulit bahagian kepala limau bali tu dah berubah warna coklat muda dan macam dah benyek kulitnya...
Tetiba terfikir ...baik kopek dulu buah limau tu sebelum buang..Mana tau tiba-tiba mengandungi emas macam dok baca dalam buku fikayen zaman kanak-kanak dulu...
Mana tau kan....Siapa tahunkan...entah-entah buah limau bali berisikan ketulan emas !!
🤣🤣🤣🤣
Taknpun entah-entah,bila kopek..muncul Putera Katak jelmaan kerana disumpah ibu tirinya dan dihangutkan ke sungai...Dijumpai oleh penjual limau bali.....Siapa yang beli limau tersebut dan berjaya buka limau tersebut...akan menamatkan supahan dan katak akan berubah menjadi Putera Raja yang kacak.Perempuan yang mengopek limau bali itu akan dijadikan permaisuri oleh Putera Katak tersebut😍😍🐸
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣




Cantik jer isi dia... Itulah nama nya rezeki .. kalau dah ditakdirkan ke dalam mulut.. hilang mcm mana pun pasti merasa jua hihi.. sedap la pulak tgk limau bali tu.. 😅
ReplyDeleteAlhamdulillah..masih ada rezeki untuk makan buah bali itu :)
ReplyDelete