Monday, 27 October 2025

MISTERI LIMAU BALI👻

 Pada 5 Oktober saya ada beli 2 biji limau bali.Sebiji kopek kat rumah & sebiji lagi plan nak bawa ke tempat kerja..

Esoknya 6 Oktober masa nak.pi kerja,masuk dapur nak ambil limau bali...Tengok kat meja takda..tengok kat sinki  tak ada..

Puas mencari ke sana sini tak ada.Balik kerja cari lagi merata dapur selongkar...Dalam kabinet pinggan..bawah meja..kot la jatuh ke..bawah dapur...bawah sinki...hinggalah ke bilik tidur............( walaupun tak logik kan🤣)

Beberapa hari saya masih mencari hinggalah akhirnya redho mungkin dah terbuang bersama plastik sampah..Tapi kalau buang dengan sampah takkan tak perasan kan..besar kot limau bali tu...hihihi


Tiga minggu sudah berlalu...dah dua kali beli limau bali sebab sekarang musim dia...saya suka limau bali terutama yang masam manis.


Hinggalah semalam 26 Oktober,masa mengemas dapur ambil bakul ubi kentang atas peti ais....

Ya Allah......di sini rupanya buah limau bali tu menyorok....di dalam bakul ubi kentang tertutup dengan glove ketuhar yang besar dan bewarna hijau ..20 hari menghilang,tiba-tiba muncul dalam bakul ubi kentang..!

🤣🤣🤣


Mula dah masukkan dalam plastik sampah kering...sebab kulit bahagian kepala limau bali tu   dah  berubah warna coklat muda dan macam dah benyek kulitnya...


Tetiba terfikir ...baik kopek dulu buah limau tu sebelum buang..Mana tau tiba-tiba  mengandungi emas macam dok baca dalam buku fikayen zaman kanak-kanak dulu...

Mana tau kan....Siapa tahunkan...entah-entah buah limau bali berisikan ketulan emas !!

🤣🤣🤣🤣

Taknpun entah-entah,bila kopek..muncul Putera Katak jelmaan kerana disumpah ibu tirinya dan dihangutkan ke sungai...Dijumpai oleh penjual limau bali.....Siapa yang beli limau tersebut dan  berjaya buka limau tersebut...akan menamatkan supahan dan katak akan berubah menjadi Putera Raja yang kacak.Perempuan yang mengopek limau bali itu  akan dijadikan permaisuri oleh Putera Katak tersebut😍😍🐸 

🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣


Dipendekkan merapu tu....
Inilah rupa isi limau bali tu...

Isinya masih cantik...dan sangat manis serta berjus....
Sedap sunggu limau bali misteri ni..
Tak jadi lah nak buang...terus makan....
Kita tunggu sehari dua lagi...kot-kot dengan memakan limau misteri ni...wajah akan kembali muda dan jelita seperti puteri raja🤣

Ni kulit limau tu..bahagian atas dah berubah warna...tapi isi masih elok rupanya....

Tapi bila teringat misteri ni...teringat lagu Kumpulan Wings tahun 90-an dulu....
"Misteri Mimpi Syakila"
Tapi saya ubah lirik jadi Misteri Limau Bali..
Selamat menyanyi....🤭


MISTERI BUAH LIMAU BALI
(nyanyi menggunakan melodi lagu Misteri Mimpi Syakila- Nyanyian Kumpulan Wings)

🎼Di manakah menghilang,buah limau bali.....
Hanyut tak nampak bayang,kutercari-cari....
Harum tiada wajah mengelilingi aku..
Letih sungguh mencarimu....
🎶🎶🎶🎶

Tiba-tiba kau menjelma,
Dimasa aku tak cari..
Kau di siniiii......
Walau hilang tiga minggu..
Kuanggap engkau tak kembali...
Oh misteriiii......

🎵🎵🎵🎵🎵🎵
Buah Limau Baliiiii....
Mana kau pergi....
Akupun tak tahu.....
Oooooooo......

🎼🎼🎼🎼🎼🎼🎼

Limau Bali Oh Limau Bali....



6 comments:

  1. Cantik jer isi dia... Itulah nama nya rezeki .. kalau dah ditakdirkan ke dalam mulut.. hilang mcm mana pun pasti merasa jua hihi.. sedap la pulak tgk limau bali tu.. 😅

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..masih ada rezeki untuk makan buah bali itu :)

    ReplyDelete
  3. macam mana boleh duduk dalam bakul kentang tu kak?hahaha betul2 misteri ni

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. misteri sungguh. Petua awet muda tau makan limau Bali ni tapi kena makan dari umur 12 tahun, kalau baru nak makan sekarang dah tak mujarab petuanya tu, hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Siap cari dalam bilik tidur tu. Hahaha!
    Tak sangka pulak ya, kulit luar memang dah buruk. Isi elok lagi. Kalau dah rezeki, memang tak ke mana.

    ReplyDelete
  6. Buah favourite ni...seronok baca kak punya cerita...

    ReplyDelete