Tika dan saat ini saya sedang menaip entrinini sambil menikmati semangkuk mee maggi kari..
Niat asal pagi tadi nak puasa Khamis...tapi kecundang di tempat kerja dek tergoda mihun goreng Ila bawa.Makannya beberapa suap sahaja tapi puasanya terbatal sudah..
1. Panaskan sesudu minyak & tumis seulas bawang putik cincang
2. Masukkan 1 sudu makan rempah kari ikan.Biar sekejap & tuang pula 1mug ++ air
3. Campak beberapa kaki cendawan kecil & sikit sayur.+ juga perencah mee maggi kari
4. Masukkan mee maggi & masak 2 minit...siap
Semalam hujan berserta angin kuat time balik kerja.
Hari ni dok bayang dah nak makan megi kari ni time hujan..
Eh,tak hujan wak!
🤭
Allah lebih berkuasa mengatur hujan panas...kita hanya perlu terima dengan penuh syukur..
Niat nak masak megi juga sebab malam ni Cella ada dinner dengan company intern dia...so,dia tak dinner kat rumah...Maka,kita masak megi jer lah
Cie tengahari tadi balik rehat teringin makan mi numee perisa ayam. Tumis jugak dengan bawang. Letak cili padi. Nikmat betul dapat makan.
ReplyDeleteCantik cili merah hijau menghiasi mee maggi.
ReplyDeleteNakalnya Azman Akob tu hihihiii.
Makan bila hujan memang sedap ni.
ReplyDelete