Monday 28 November 2022

SARAPAN PULUT KELAPA IKAN PEKASAM & DIMSUM

Selamat bercuti peristiwa semua...Lebih seminggu dah PRU15 berlalu..Hari ni kita bercuti peristiwa..


Saya masak pulut kelapa ikan pekasam....
Juga kopi O


Pulut kukus ni saya tak rendam pun pulutnya ..
Saya ikut cara mak 


Tak banyak pun masak sebab semalam hanya tinggal berdua dengan Adah. 

Goreng ikan pekasam.


Kelapa bergaram.


Teringat ada dimsum frozen..dah berbulan beli tapi asyik lupa.


Kukus beberapa ketul dimsum beku


Ngeri pula nak makan bila tengok warna dia..hihihi


Kalau perasan semua pinggan mangkuk kertas pakai buang .
Hihihi.....
Sebenarnya dua tiga hari lepas tetiba sink tersumbat..Saya cabut salurannya dan jolok dengan getah paip ikut macam dah pernah buat masa SINK TERSUMBAT
Sayangnya tak berapa menjadi kerana sejak dua menjak ni juga tekanan air kat rumah ni terlalu perlahan..macam ekor tikus..hihihi..
Kalau nak buat macam tu tekanan air kena laju.Terpaksa la pilih jalan singkat dengan cara beli "Super Clog"
Kena tunggu weekend la nak buat sebab paip sink rumah saya ni jenis lubangnya kat dinding tingginya dekat 3kaki.Kalau kat lantai boleh terus tuang saja..boleh ja terus buat.Ni kat dinding nak kena pakai corong dan kena buat dua orang..Sorang pegang corong dan sorang tuang.
Tunggu weekend tenang-tenang baru boleh buat..hihihi
So pepagi masak dulu..bawah sink tu saya tadah baskom .Kena masak juga sebab kena  heavy breakfast la kan sebab lepas tu nak jadi plumber🤣
Sementara nak tunggu  super clog buat kerja tu tak boleh la nak membasuh kat sink..
Tu yang  guna pinggan kertas pakai buang tu..hihihi...
Selepas isi perut terus singsing lengan.Potong getah paip bagi pendek sikit dan buka penutup paip sink yang macam shower tu baru nampak tekanan air macam laju.Pasang getah paip...jolok dalam lubang tu..Godok-godok godok...bunyi air dah laju.
Pasang semula saluran bawah sink...selesai
Alhamdulillah....dah settle masalah...

18 comments:

  1. Oh... patutlah semuanya pakai paper plate... dimsum tu mmg rare sbb kalerful.. nnt update ceta akak jd plumber ye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Nanti nak buat partime jadi plumber baru boleh ceta..🤣

      Delete
  2. Wahhh.. jadi plumber pulak ya. Haiii.. sedap tu pulut dengan kelapa, lama tak makan. Last makan kat Warung Tepi Sawah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat bulan 12 ni nak balik Kedah sat...Nak try jugak la warung tepi sawah tu

      Delete
  3. Uiiii... mengancam sungguh sarapannya, pulut kelapa ikan pekasam, ada kelapa bergaram lagi. Lepas sarapan moh kita pi menoreh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sarapan pulut...ubi rebus ke..mula la teringat cikgu selalu cakap lepas sarapan nak pi noreh🤭

      Delete
  4. Hebat MC, serba boleh ni... Kalau sy idaklah reti bab plumbing ni.
    Smlm gi Aeon, nak cari dimsum tapi terbeli sushi pulak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita macam la gempak..padahal baiki sink tersumbat ja pun..🤭🤣🤣
      dimsum & sushi..macam ada perkaitan jugak kan

      Delete
  5. Wauwauwauuuu..hebatnya kakkk 👍. Dah jimat duit upah plumber kan. Upah plumber jaman ni bukan yasher² rate diaaa. Hahaha
    Amboiii, menggoda selera betul pulut tu. Kalau ade sambal tumis lagi sedap tuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ulah plumber tu yer Jaja...bukan yasher2...
      Tapi yang sikit2 boleh la buat sendiri...Yang selebihnya tak reti jugak saya...hihihi

      Delete
  6. serba boleh akak ni hebat sgh..kalau saya mau terkebil2 je biji mata tak tau nak buat apa
    ingatkan aka balik kedah cuti peristiwa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mudah2 boleh la Afzan..hihihi..
      Tu la..mula ingat nak balik juga..Congak-congak...tak jadi lah..Tunggu bulan 12 lah balik makan kenduri kat kampung

      Delete
  7. sama la update menu pulut pagi ni.. tapi menu bfast weekend lepas
    dapnye pulut ngan ikan masim..emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok pulut kuning MA lagi mengancam...comel

      Delete
  8. nasib x makana pulut tapi SA makan dim sum tu...leh tahan gak harganya kan...ada kawan jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan jugak la harga dimsum tu..3 pack RM100..
      Sebenarnya beli sebab malu alah kerana dah makan tester🤭

      Delete