Friday 18 November 2022

LIMAU BALI.....LIMAU KEDAKSA & CERITA SEDIH


Beli sebiji  yellow pamelo..Hihihi
Buah limau bali...Taktau memang asalnya dari Pulau Bali Indonesia ka macamana?


Isinya merah pucat...Tapi rasa dia saya sangat suka kerana anak kombinasi masam dan manis yang seimbang.

Kalau masam sangat jenuh nak makan.Kalau manis sangat pun tak sedap juga...baik makan tembikai...hihihi



Tu haaaaa.....
Isi dia meghelit....
Shining....


Cuma sayang sikit takda pencicahnya...


Saya beli sebiji...
Agak murah jugak la sebab kalau tak silap sebiji ni RM8..Biasa memang RM10- RM15 sebiji
Saya bawa pi tempat kerja sebab kalau kat rumah saya sorang la makan...Bawa pi tempat kerja memang wassalamu...


Limau ni yang kulit dia warna kuning kalau kat kampung saya dipanggil "Limau Kedaksa".

Kalau yang kulit hijau tu dipanggil Limau Bali.

Ni Limau Bali...saya download dari oldpost...
Bezanya.. nampak tak tu kulit luar limau bali warna hijau manakala isi Limau Bali ni agak kasar terutama bahagian hijungnya agak keras macam kematu sikit.. Bijinya pun besar-besar.


Kalau Limau Kedaksa memang tak jauh beza.Cuna kulitnya bila masak warna kuning dan isinya lebih lembut berbanding isi limau bali.
Bagi kami...dua limau ni walaupun nampak sama tapi ada bezanya..Macam juga buah manggis dengan buah mesta..Memang lain-lain walaupun nampak sama tapi ada beza...
Tapi ni panggilan orang kampung saya la...nak bezakan antara Limau Bali dan Limau Kedaksa.Kat lain saya tak tau tapi biasanya kalau kat gerai buah dua-dua tu dipanggil Limau Bali.

Limau Kedaksa ni ada cerita sedih 

Kisah salah seorang penduduk kampung saya iaitu Cu Som
( bukan nama sebenar)..
Saya memang tahu sejak saya kecil lagi memang   tahu Cu Som tak makan Limau Kedaksa.Cuma saya tak tahu kenapa Cu Som tak makan Limau Kedaksa.Kalau Limau Bali Cu Som makan pula..
Kat kampung lama kami,dekat rumah Tokwan..ada sepohon Limau Kedaksa yang sentiasa berbuah lebat.Tapi bukan kepunyaan Tokwan.Pokok tu kepunyaan Tok E' dan Tok Alus iaitu mertua Cu Som.
Selalunya  kami beramai-ramai menyicah makan Limau Kedaksa dan pelawa kepada Cu Som..memang Cu Som tak mau.Bila tanya kenapa Cu Som  tak makan..Cu Som akan  jawab dia tak suka Limau Kedaksa.

Hinggalah beberapa tahun lalu,saya nampak Cu Som makan Limau Kedaksa...Mestilah saya pelik..
Bila tanya sejak bila Cu Som makan pula Limau Kedaksa ...dia hanya senyum kelat.Saya "paksa" Cu Som jawab dengan jujur.Nak paksa pun ada la caranya..kan..hihihi

Akhirnya Cu Som mengalah.. perlahan-lahan dia cerita.
Katanya hanya baru kali ini dia tergerak untuk menceritakan kisah yang sudah lebih 50 tahun dia pendam dalam hati.Kisahnya ketika  mengandungkan   anak sulongnya iaitu D...Cu Som mengidam Limau Kedaksa.Kata Cu Som masa tu umurnya 18 tahun.Kata Cu Som dia  nampak ada beberapa biji Limau Kedaksa dipohon rumah mertuanya..tapi dia  malu nak minta...maklumlah orang dulu - dulu walau dengan mertua sendiri pun masih malu-malu.Dia suruh  suaminya Tok Kassim
(Al-Fatihah untuk arwah) minta sebiji dari emaknya (mertua Cu Som)kerana Cu Som mengidam nak makan.Kalau tak dapat sebiji,dapat seulas pun jadi la..

Lanjut Cu Som lagi..dia sangat teringin Limau Kedaksa.

Selepas menyampaikan permintaan kepada suaminya.Tok Kassim segera ke rumah  Tok E dan Tok Alus yang cuma  terpisah dengan pagar kawat berduri..Cu Som menanti penuh harapan.Namun bila nampak suaminya pulang...tidak nampak pula Limau Kedaksanya..
Kata suami Cu Som, emaknya tidak benarkan mengambil Limau Kedaksa itu.Limau itu hendak disimpan untuk menantu sulongnya ( biras Cu Som) yang juga  sedang mengandung tetapi mereka tinggal di kampung lain.

Kata Cu Som...dia menangis semahunya kerana kesedihan yang amat sangat.Pada pandangannya ..tidakkah boleh berinya sebiji atau seulas kerana buahnya bukan sebiji tetapi beberapa biji.Bukankah Cu Som juga menantu mereka...mengandungkan cucu mereka?
Sudahlah rumah mertuanya hanya terpisah dengan pagar kawat dan pokok Limau Kedaksa itu pula di tepi pagar bersempadan rumah Cu Som yang mana setiap hari Cu Som akan nampak buah Limau Kedaksa itu dari rumahnya.Selama mengandung Cu Som menjeruk rasa melihat Limau Kedaksa idaman bergayut di pohon mertuanya.

Hinggalah lahir anak sulongnya Si D...Cu Som tidak dapat melunaskan keinginan makan Limau Kedaksa.Sejak itu ia berjanji pada diri sendiri bahawa dia tidak akan mengidam lagi dan tidak akan pernah lagi ada keinginan untuk  makan  Limau Kedaksa..
Cu Som kotakan janjinya sendiri.Lebih setengah abad Cu Som tidak menyentuh Limau Kedaksa.Bukan kerana dendam tapi kerana berjauh hati dan  kesedihan yang dipendam

Lama betul Cu Som menyimpan rasa terkilan dalam hatinya.Pokok Limau Kedaksa itu juga sudah hilang jejak kerana tapaknya sudah berganti tanaman getah.Tok E' dan Tok Alus juga sudah lama meninggal kerana usia Cu Som sendiri juga sudah lanjut.
Tok Kassim juga sudah meninggal beberapa tahun lepas.Hanya selepas Tok Kassim meninggal barulah Cu Som melanggar janjinya dan  menjamah Limau Kedaksa yang pernah diidamnya hampir 60  tahun yang lalu.

Kata Cu Som..tiada siapa yang tahu kisah Limau Kedaksa itu waima ibu bapa dan anaknya sendiri iaitu Si D...
Kata Cu Som dia tidak menceritakan kisah itu anaknya Si D kerana tidak mahu Si D berdendam dengan neneknya sendiri.Paling dirakuti,kalau-kalau anaknya sendiri Si D itu tidak percaya kerana ketika itu  Si D masih dalam kandungan.
Kepada ibu bapanya kerana menjaga hubungan.Kalaulah diceritakan peristiwa itu kepada ibu bapanya pasti boleh sahaja ibu bapanya mencari Limau Kedaksa namun pasti mereka juga akan berkecil hati jika tahu besannya tergamak tidak memberi Limau Kedaksa kepada anak mereka yang mengandung sulong.Maka atas sebab menjaga hubungan.Lagi pula kata  Cu Som mereka kan tinggal berjiran..sejak itu,walau Limau Kedaksa ada depan mata...dia sudah tidak mampu menjamah kerana peristiwa itu masih segar dalam ingatannya.
Kini ...Cu Som melanggar janjinya sendiri iaitu  makan Limau Kedaksa adalah  bagi membuang dan melupakan segala rasa bersarang dan memamafkan mereka .Dia ingin menjalani hidup yang tenang.....
Adakah Cu Som benar-benar melupakan semua peristiwa itu..???
Hanya Cu Som dan Allah saja yang tahu...Sekian

12 comments:

  1. Sedihnya cerita cu som tu.. sampai hati mak mertuanya.. tp sy suka limau balinyg merah tu.. sbb rasanya lg manis dpd yg biasa tu kdg2 masam je xde manis langsung

    ReplyDelete
  2. orang mengidam ni kalau tak dapat memang boleh bawa hati menangis kan..tapi ada juga yang kata jangan dilayan mengada-ngada.Hanya hati ibu2 yang pernah mengidam je tau mcm mana rasanya...
    Moga kita dan dia diampunkan segala dosa yang tersimpan dalam hati,risaunya kalau yg ada simpan rasa kecil hati dengan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      rasa mengidam bukan dibuat2..cuma kalau mengidam makanan yang tak sepatutnya kita kena la lawan perasaan tu kan..
      Semoga semua saling memaafi

      Delete
  3. ada jenis2 la pulak yer, baru tau pasal limau kedaksa tu. ingat semua limau bali jer...
    alahai..sedih kisah tu. tapi bab ngidam2 ni memang yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini berdasarkan info yang saya tau la .mungkin ada lagi spesis limau ni yang kita belum exppore .

      Delete
  4. Ending kisahnya ini kiranya Cu Som sudah memaafkan mentuanya. Memang tak rasa gembira kalau simpan lama-lama rasa terkilan itu. Harapnya Cu Som sudah tenang hatinya, itu sebabnya Cu Som sudah boleh makan limau kedaksa walaupun telah melupakannya lebih 60 tahun lamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      Semoga dengan memaafkan akan membuat semuanya tenang..

      Delete
  5. Kesian cu som mengidam tak dapat makan limau kedaksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wak....
      Wak ada tanam tak limau bali dan kedaksašŸ¤­

      Delete
  6. Walaupun Cu Som memaafkan mertuanya, namun dia tak pernah melupakan. Sebagai manusia, pasti ada rasa membezakan walau di sana menantu, di sini menantu. Kalau anak 5 orang, tentu ada yang lebih disayang.

    Sy tak pernah jumpa Limau Kedaksa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar...
      Boleh memaafkan..tapi pasti sukar mengikis dalam ingatan...
      Tapi kalau macam tu nak kira maaf ke takšŸ¤­

      Delete