Friday 15 April 2022

MIHUN GORENG vs TEH HIJAU -IFTAR RAMDHAN 12

Semalam punya iftar ..Ramdhan 12 hari Khamis...
Masa mihun goreng saja sama secawan teh hijau.
Masa ala kadar sahaja sebab nak iftar pun sengsorang saja.Tekak orang tua pula kan ..makan sahaja apa yang ada..hihihi...
Alhamdulillah,kita masih dikirimkan rezeki dari Allah s.w.t.

Seperti biasa kalau masak mihun goreng,saya suka makan dengan telur rebus.

Guna rencah sikit isi ayam,sikit sosej dan cendawan apa tu yang besar-besar tu...


Harum betul bau cendawan sama isi ayam bila ditumis..


Bila masuk cili kisar sama bawang kisar dah boleh jadi lauk sambal tumis dah ni...tapi kita nak tambah mihun kan....

Sayur pun ada kobis,tomato dan daun sup sahaja 

Kelentang kelentung dalam 10 minit dah siap.

Ini lah juadah iftar saya semalam 13 Ramadhan ..



 

9 comments:

  1. Nampak sedap, penuh rencah! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      Saya memang penggemar mihun berbanding mee...

      Delete
  2. Nampak sedappp, macam boleh dibawa ke sahur sekali tu 😍😍😍.

    Tetiber terindu mihun goreng arwah mak mertua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tau ja..mihun tu membawa ke sahur🤭

      Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman🤲

      Delete
  3. Masak sendiri, puashati boleh letak macam2 rencah kan...sedap pun sedap nampaknya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..
      Kadang main campak ja apa yang ada...
      Kadang hanya telur semata pun jadi kerana saya memang suka mihun

      Delete
  4. Selalu makan bihun goreng waktu sarapan pagi. Bila bulan puasa memang sedap dibuat juadah berbuka.

    ReplyDelete
  5. Betul mak cella.. rencah mihun mmg bole jd 1 dish..
    Kita geng.. kak lin pun suka mihun.. 🤩

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak makan bihun goreng ni. Rasa kena makan hari ini pula rasanya

    ReplyDelete