Wednesday 24 November 2021

SEKOLAH BERATAP RUMBIA DAN BERDINDING BULUH

 Saja nak simpan gambar kenangan masa lalu di sini..

Saya anak kelahiran tahun tujuh puluhan.Lahir dan membesar di kampung yang agak jauh dari pekan dan bandar.


Ini gambar saya masa darjah 2. Saya yang paling kiri memakai sepasang baju kurung pink corak bulu ayam.Paling hujung kanan itu rakan sekelas saya Rosmini.Dia darjah 1 tapi kami sekelas kerana pada masa ni sekolah kami hanya ada 14 orabg murid.7 orang darjah 1 dan 7 lagi darjah 2.Kami dikumpul dalam 1 kelas sahaja kerana hanya ada seorang guru yang mengajar iaitu Cikgu Mad.Semua matapelajaran diajar oleh Cikgu Mad..

Berbaju maxi hijau muda sebelah saya tu namanya Rogayah,paling tinggi ditengah-,tengah tu Faridah dan yang sebelah Rosmini tu Noraini..Mereka bertiga tu sebaya abang saya iaitu senior 5 tahun dari saya.Mereka hanya bersekolah hingga darjah 6 sahaja di sekolah  induk.

Kami ke sekolah tetap kena pakai uniform sekolah macam orang lain juga Pakai pinafore la,masa tu belum ada yang pakai baju kurung.Tapi gambar ni diambil masa hari cuti.Semua pakat bermaian di padang sekolah.

Di belakang kami itulah,sekolah saya.Sekolah cawangan.Dibina secara gotong royong oleh orang kampung ketika saya berumur 5 tahun.Atapnya daripada daun rumbia dijahit beramai-ramai oleh kaum ibu.Tiangnya bulat memang batang pokok yang ditebang dan di tarah kulitnya.Dindingnya pula daripada buluh yang dianyam rapat dan bahagian atas nya anyaman  kasar supaya berlubang berfungsi sebagai tingkap untuk pengedaran udara.Mejanya panjang boleh letak buku dalamnya.Bangku pula panjang boleh muat 5 orang duduk.Lantainya tanah merah.Kalau datang sekolah waktu pagi banyak lubang undur-undur terutama bahagian tepi dinding.Tapi masa saya darjah 2 lantainya sudah disimen.Tidaklah berdebu lagi.

Saya batch ke 3 bersekolah di sekolah cawangan tersebut. Batch pertama  dan pelajarnya ramai kerana termasuk pengambilan remaja yang tercicir sekolah.Dalam kelas darjah 1 ada yang berumur belasan tahun.Mereka adalah remaja yang tak berpeluang bersekolah kerana pelbagai faktor.Saya masih ingat-ingat lupa beberapa orang pelajar datang dari kampung lain bersebelahan kampung kami.Kebanyakan remaja perempuan yang sebaya abang saya.Antara yang masih saya ingat ialah Mahatun dan Kri dari Kubang Badak.Faridah,Sabariah dan Kamariah dari Lubok Getah.Remaja kampung saya pula Ton,Che Nah,Shom,Mek Sakdiah.Mereka semua tu sekarang ada yang dah bercucu.Itulah antara peluang yang disediakan kerajaan untuk membasmi buta huruf.Hanya setahun itu sahaja.Tahun berikutnya hanya murid berumur 7 tahun untuk darjah 1.Tapi masa saya umur 6 tahun,saya pernah ikut bersama masuk sekolah kerana emak dan ayah saya tersilap mengira umur.Saya masih ingat,hari pertama masuk kelas,saya jatuh kerusi.Maklumlah kat rumah tiada kerusi.Kerusi sekolah pula,merupakan bangku panjang tanpa penyandar.Bila cikgu cakap saya belum cukup umur,esoknya saya dah tak pergi sekolah.Tahun berikutnya baru pergi sekolah semula.Masa tahun pertama dan kedua tu ada 3 orang guru.Cikgu Mad mengajar darjah 2 dan Cikgu Azizan mengajar darjah 1.Ustaz Jalil mengajar Agama Islam.

Masa saya darjah satu dalam kelas ada 12 orang.7 orang dari kampung saya dan 5 lagi dari kampung sebelah,Lubok Rambutan.Mereka ialah Fauzi(dah arwah) Lutfi Hafidzudin,Hafizah dan Masri.

Masih saya ingat,masa peperiksaan akhir tahun,Cikgu Azizan bagi hadiah duit untuk pelajar yang dapat nombor 1,2 dan 3. Hafizah nombor 1 dapat $3..Saya nombor 2 dapat $2 dan Lutfi nombor 3 dapat $1.Dengan duit hadiah tu saya ikut mak saudara dan sepupu saya ke bandar.Saya beli selipar Jepun  warna merah berharga $1.20 dan 4 keping apam balik berharga 40 sen.Baki $1.40 bawa balik sebab sayang takut habis duit.


Bila masuk darjah 2, lima orang classmate dari kampung sebelah sudah bertukar ke sekolah induk kerana jalan tanah merah dari kampung mereka ke sekolah induk sudah siap.Tinggallah kami baki 7 orang.Maka disatukan bersama darjah 1 yang juga 7 orang.Belajarlah kami dalam 1 kelas 14 orang diajar oleh Cikgu Mad.Cikgu Azizan sudah kembali ke sekolah induk.Tapi setiap hari Khamis akan ada seorang ustaz dari sekolah induk datang mengajar Agama.Ustaz Hassan namanya.Bila hari Khamis jadual kami berubah.Kelas darjah 1 akan masuk kelas sebelah.Waktu pagi,murid  darjah 1 akan diajar subjek Agama Islam sampai waktu rehat.Lepas rehat ustaz akan masuk kelas kami darjah 2 pula dan darjah 1 tadi diajar oleh Cikgu Mad.Hanya hari Khamis kami berpecah.Hari Ahad hingga Rabu kami satu kelas.Kantin pun memang tiada.Waktu rehat kami cari buah gemia,buah keriang  dan tanah liat untuk main.Cikgu pula biasanya akan melelapkan mata di kerusi panjang dalam kelas.Bila cikgu dah terjaga baru kami masuk semula ke kelas.Masa darjah 2 ni lah semua murid dapat RMT.Setiap pagi Cikgu Mad akan ke sekolah induk ambil makanan sebelum ke sekolah cawangan dikampung kami.Jarak kampung kami ke sekolah induk 5 batu (8km).Jalan nak ke sekolah induk pula hanya denai laluain sikal dan pejalan kaki sahaja.Kiri kanan hutan tiada rumah orang.Kalau musim hujan memang jalan lecak yang amat dan siap ada mata air mengalir.Agaknya sebab tu didirikan altenatif sekolah cawangan.Tapi sekolah cawangan ni hanya ada dua bilik iaitu darjah 1 dan darjah 2 sahaja.Bila naik darjah 3 kena ke sekolah induk juga.


Rasanya hanya saya seorang yang ada gambar kenangan sekolah cawangan ni.Itupun kebetulan ada sepupu saya dari kampung lain yang sedang belajar di UM dalam bidang kewartawanan.Sebab tu beliau ada camera.Mungkin gambar ini untuk assignment beliau ke apa ke tak tahulah.Tapi yang pasti ada beberapa keping yang ada gambar saya,sepupu tu bagi pada mak dan mak simpan elok-elok dalam laci almari pakaian.


Ini gambar pada hari yang sama.Baju kurung tu baju raya,maknjahir sendiri.Gambar dalam kad 001 saya masa darjah 1,memang pakai baju ni.Gambar ni kat belakang sekolah Di belakang sekolah Tepi tunggul kayu tulah tempat kami beain gelungsur waktu rehat kerana sedikit berbukit.Habis la tanah merah lekat pada baju sekolah.Hanya 2 ini sahaja gambar kenangan saya  di sekolah cawangan tersebut.
Ketika cuti sekolah panjang bulan Disember selepas saya habis darjah 2,sekolah ini telah runtuh.Tak ingat sama ada dipukul angin kuat atau sebab kayu-kayunya sudah reput.Achik pun tak sempat merasa pengalaman bersekolah cawangan ni.Maka siapa yang nak sekolah terpaksa ke sekolah induk semula.(to be continued @ sekolah induk dalam next entri🤭)

20 tahun yang lalu masa Achik kemas rumah mak,banyak gambar kenangan dah rosak terkena air Hanya sebahagian Achik dapat selamatkan.Antaranya gambar kenangan ni dan Achik beli album untuk asingkan gambarnya dan gambar saya.Terima kasih mak dan Achik kerana selamatkan gambar kenangan yang amat berharga ini.

20 comments:

  1. Terkenang semasa dulu
    Hatiku merasa rindu
    Mungkinkah dapat bertemu
    Padamu cahya mataku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...kalau dengar lagu tu versi Allahyarham Sudirman..Rasa nak nangis

      Delete
  2. Kenangan jaman sekolah rendah memang tak dapat dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan Wak...Kenangan yang baru berlalu boleh takningat..tapi zaman sekolah rendah kita boleh ingat sampai bil2

      Delete
  3. Dulu dulu tak kira umur, masuk kelas sama sama asalkan dapat belajar. Tenaga pengajar pun tak ramai. Banyak kenangannya tu. Masih segar dalam ingatan walaupun dah berpuluh puluh tahun berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Mak saya kata mak saya juga belajar membaca dan menulis kat sekolah dewasa macam dalam filem P Ramlee ..Pendekar Bujang Lapok

      Delete
  4. Kenangan berharga mengusik jiwa ni mak cella.. xsemua dpt merasa pengalaman mcm ni..
    Time kak lin sek, kami semua ada uniform.. kecuali time sek tadika je.. seronok ingt zaman kck2.. berlari sini sana.. 🏃‍♀️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tempat saya memang tak ada tadika la...sekolah pun cawangan.Rindu sangat kenangan zaman kanak-kanak kan

      Delete
  5. Mahal gambar ni MC.
    Dulu rumah PH bahagian depannya begini juga: atap rumbia, lantai batang pinang & dindingnya buluh. Bila Maghrib, bakar sabut di bawah rumah nak halau nyamuk. Nostalgia sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...dulu2 wajib la rumah kampung ada serambi tempat berbual...jemuran tempat basuh pinggan mangkuk dan beranda untuk rumah yang mewah sikit

      Delete
  6. Ramai dikalangan kita sempat merasa duduk rumah beratap rumbia berdinding kulit kayu berlantai buluh.tak merasa hina sbb semua taraf hidup sama. Pegi sekolah menapak berbatu2 kalu hujan jinjing kasut smpi sklh baru pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman tu walau susah dari segi kemudahan tapi kaya dengan semangat kejirana...sahsiah...nilai murni dan kenangan berharga

      Delete
  7. waaaa bagus betul ingatan akak ingat semua nama kawan sekolah rendah akak hehehhe...
    memang lagend betul sekolah akak tu, tapi mujur jugak ada sekolah cawangan tu di kampung akak kan, supaya murid tetap dapat belajar jugak ... best bila di kenangkan zaman sekolah rendah dulu, happy je tanpa ada fikir sebarang masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Dalam susah Allah selitkan kemewahan dari segi pengalaman hidup

      Delete
  8. Bwstnya throwback zaman sekolah dan paling best ada gambar lagi...SA xde dh gambar sekolah...dh pindah randah banyak kali semua dh hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA pun mesti banyak pengalaman berpindah randah ikut Pak Zain & Mak Pah kan...Kenangan lalu memang seronok untuk dikenang

      Delete
  9. Saya hanya gambar kenangan sewaktu darjah 4. Cerita di sekolah rendah memang sangat indah untuk dikenang. Tak ramai murid ye Mama Cella. Sekolah saya waktu tu lebih 1,000 orang murid. Ramaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow..ramainya murid sekolah cikgu..Sekolah besar tu..
      Dulu kan bukan ramai sangat yang ada camera kan cikgu..nak kena beli filem lagi..kos tinggi dan terhad kan

      Delete
  10. Gigih ammi baca nama kawan2 mamacella tau. Kalau mamacella di bandar mungkin tka rasa kot pengalaman mcm ni yek. No money can buy the memories and experience

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Semua nama-nama tu nama orang dulu2 kan Ammi...
      Betul kenangan tak dapat dibeli.Setiap orang ada pengalaman berwarna warni...

      Delete