Wednesday 14 April 2021

BUAH MELAKA vs BUAH ANGGUR

Rindunya puasa dalam PKP 1 tahun lepas.Nikmat kelapangan masa.Cuma surau & masjid kesunyian kerana hanya beberapa orang AJK yang dibenarkan.


Buah Melaka vs Buah Anggur.Kedua- duanya buah,satu buah local & 1 lagi buah import


Buah Melaka.Local fruit..Hihihi..fruit ke?

Buah yang paling popular di bulan Ramadhan..Tapi itu dulu la..Kalau kat rumah saya,dulu,- dulu memang macam tu.Bulan Ramadhan akan ada buah Melaka.Buah Melaka akan ada hanya pada bulan puasa.Mak tak pernah buat buah Melaka kalau bukan Ramadhan.Kalau Ramadhan pula ,tak pernah mak tak buat buah Melaka.Hampir setiap petang mak akan buat buah Melaka @ mak akan suruh buat buah Melaka ni.Kalau zaman kanak- kanak,saya paling tak suka kalau bulan puasa ada buah Melaka.Manusia bersifat baharu ,berubah dengan waktu.Kini buah Melaka manjadi antara yang dirindui.


Buah anggur juga ada nostalgianya.Jika dulu buha anggur dikira sebagai buah have- have yang kami hanya akan dapat dinikmati jika sakit atau demam.Jika kebiasaan memang emak tak akan beli la...Kalailu teringin sangat,makan la buah kerekup & bayangkan la tu anggur....Tak pun jambu batu,buah kemuyu,buah keriang @ buah kekkek menjadi habuan..Hihihihi.
Sekarang anggur tidak lagi exclusive  macam dulu.Boleh dinikmati sepanjang masa.Sayangnya buah keriang & kemuyu sudah menjadi buah nadir.

Bukan juadah 1 Ramadhan hari ini.Ini pemanis iftar minggu lepas ketika Adah puasa penghujung Sya'ban minggu lepas.
Patutnya posting malam tadi..Tapi terlena.Dah jafi posting waktu sahur pulak....hihihi




8 comments:

  1. Teringat PKP 1.0, hampir hari2 ada buah melaka atas meja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai terkenang PKp 1 yang penuh hikmah dalam musibah

      Delete
  2. Arwah mak saya pun cuma akan buat buah melaka bila bulan puasa, tapi tidak lah hari2.Saya suka sangat2, laju aje saya menolong mak.Buat banyak pulak tu utk di beri pada jiran2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu seronok kan..Berhantar hantar juadah ke rumah jiran.Seronok nak tunggu balasan jiran..hihihi.
      Pernah beberapa kali mak suruh hantar kuih,dapat balasan kuih sama juga..Rupanya tersama masak kuih..hihihi

      Delete
  3. sedapnya buah melaka... kuih ni sy x try lg buat.. insya allah 1 day nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Sarawak mesti lagi banyak jenis kuih yang kami di Semenanjung jarang jumpa kan Mim

      Delete
  4. Alamak, apa tu buah keriang dengan buah kemuyu heheeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Buahbnadir kat tempat saya .boleh google kalau nak tengok gambar buah tu..tak la ada tak dalam google

      Delete