Friday 23 April 2021

IFTAR 10 RAMADHAN 1442 & RENTAS NEGERI

 Iftar 10 Ramadhan 1442

Mula dengan ulam..Hihihi
Bayam Brazil gemuks- gemuks

Sambal terung pipit & bilis


Samosa frozen 

Sepaket samosa frozen.Dekat nak iftar baru goreng

Asam rebus ikan pari + terung Siam


Sambal Ikan jenahak.


Sambal Daging


Ayam  untuk Aqil

Ikan goreng & tamban bilis goreng untuk mak yang wajib ada ikan masin tiap kali makan nasi



Iftar 10 Ramadhan @ Kedah.Merentas negeri dalam PKP 2.0.Bukan mudah nak mohon permit rentas negeri,lebih-lebih lagi setelah viral bermacam kes rentas negeri yang  mengundang geram & marah serta kecaman warga netizen.Bahananya habis orang lain yang kecemasan pun menanggung akibat.Jenuh nak mengadap beberapa tapisan walau  disertakan dokumen & lampiran lengkap.Setelah dapat  kebenaran rentas negeri,baru maklumkan kepada big bos untuk cuti.Alhamdulillah selamat sampai Kedah.Dapat merentas negeri ini bagi saya bukan satu keseronokkan kerana ada ujiannya yang tidak terkongsi disebalik rentas negeri ini.Semoga Allah menggantikan dengan takdir yang lebih baik

2 comments:

  1. Patut banyak lauknya lain macam, rupanya iftar di Kedai ya. Apa2 pun sy dimakan semua ujian akan dapat dilalui dgn tabah dan semuanya akan kembali apt sediakala, Aamiiinnn.

    ReplyDelete
  2. Banyak dugaan Ramadan kali ini. Saya pun resah dalam suasana PKPD. Moga terus tabah, dan moga kita tidak lupa banyak perkara lain patut sentiasa disyukuri.

    ReplyDelete