Friday 2 April 2021

BUAT JEM MANGGA

 Belum habis cerita mangga

Buat jem mangga pulak..


Makan dengan roti


Acah- acah makan healty bread.Roti bijirin yang keras liat tapi sangat sedap pada lidah saya

Roti sourdough yang keras liat ,bila kena dengan butter & jem memang sedap

Ceritanya pasal beli pelam yang dapat buah dah dah lembik tu la

Kan hanya 5 biji sahaja elok  & 8 biji lagi bonyok 

Nak makan tak gamak,nak buang sayang sebab dia bukan busuk tapi  lembik wek!

2 malam yang lepas,saya kupas kulit 8 biji tu & blend pure tanpa air.Melimpah blender jar tu sebab isinyanya banyak.Dekat 2 kg isinya

Puree mangga tu masukkan dalam kuali besar & saya masak hingga mendidih.Jenuh juga nak kering.Meletup- letup dalam kualai macam kacau dodol.Biar mendidih dalam 1/2 jam & saya matikan apinya sebab tiba- tiba rasa malas nak teruskan..Hihihi.
Terus tutup dengan bekas jarang dalam kuali tu & saya tidur..Hihihi
Esok paginya bangun,panaskan lagi biar mendidih hingga nampak sedikit susut baru saya tambah gula pasir anggaran 1/2 kg  (tapi gula macam lebih 1/2 kg jer ..hihihi)
Bila masuk gula ,dia jadi semakin cair sebab gula mencair.Biar mendidih dalam 15 minit & saya matikan api & biar jer dalam kuali.

JEM MANGGA
2kg mangga masak
700gm gula pasir ( agak-agak 1/2 kg & lebih sikit)
1 biji limau nipis

1. Kupas mangga & blend isinya tanpa air 
2. Masak dalak kuali hingga mendidih & agak susut jusnya.
3.Tambah gula & masak hingga mendidih .Ketika ini adunan akan cairkerana gula mencair.
4.Masukkan jus limau nipis & kacau hingga  mengental 
5. Jem akan semakin berat bila sudah mengentak kerana kandungan gula dalamnya
6.Biar sejuk sebelum dimasukkan dala botol.

Jenuh jugak la nak bagi kering  kental macam ni.
Lama juga meletup- letup sebelum kering.Kena tutup dengan penutup kuali supaya tidak terpercik.


Dah macam kacau lempuk durian pun ada.

Hasil setelah kacau berhenti & kacau bila rajin..berhenti bila tiba- tiba malas.2 hari w malam baru siap.Hihihihi
Macam halua maskat pun ada.Warnanya jernih keemasan.Kental berkilat
 
Hidang dengan roti

Ratah pun sedap ,tapi jangan la buat sebab manis..Hihihi

Biar betul- betul sejuk baru simpan dalam botol.Masa untuk sejuk memang agak lama sebab kandungan gula yang tinggi.Saya sejukkan semalaman.

2kg mangga & 700 gm gula (anggaran) dapat banyak ni


1 comment: