Monday 26 April 2021

SUP TULANG SAMBAL KICAP- 13 RAMADHAN 1442

 

Sup tulang sambal kicap.Lauk iftar semalam,Ahad,13 Ramadhan 1442


Seperiuk sup tulang.Pagi bertolak dari Kedah.Sepanjang jalan panasnya.Adah drive sambil saya tersengguk- sengguk disebelah.Mengantuk yang amat,tapi nak tidur betul- betul risau takut Adah drive laju sangat.Orang muda kan...Kita pun pernah muda,dari KL ke Kedah pernah sahaja 4 ½ jam dah sampai kampung.Tapi tu zaman 3siries ketika anak-anak masih kecil.Ni dah remaja purba( pinjam ayat SK)nak nyampai ke Kedah jejak 7 jam kalau saya  drive.Semua R&R nak singgah.hihihi

Semalam Adah drive dari Tol Jitra ke Tol Duta 5 jam.Kalau saya jejak jugak la kot 8 jam kalau dari Jitra..hihihi

Cuaca panas hingga ke petang Ketika azan maghrib kaki  langit masih terang 



Sup tulang menggunakan tulang qurban tahun lepas yang berfosil dalam peti ais mak.Korek bawa balik KL.Mak saya dah tak boleh makan daging,jadi tulang qurban tu tiada siapa makan.Saya bawa balik KL terus rebus jadikan sup.Resipi c&p dari old post


SUP TULANG..
1kg tulang
2 biji kentang
1 batang Carrot
1 batang serai
1 ketul lengkuas
1 ketul halia
1 bawang besar
10 cili padi
5 bawang putih
2 sup bunjut untuk sup tulang
(bersama rempah tumis)
garam secukup
1 sudu teh lada hitam biji ditumbuk
1pokok daun sup daun bawang

1.Rebus tulang berasa serai lengkuas..halia..sup bunjut dan bahan tumis (kayu manis,buah pelaga,cengkih,bunga lawang dan buah pala)hingga nampak dagingnya lekang dari tulang .
2. Sentiasa tambah air mendidih jika airnya susut hingga daging empuk..
3. Bila daging empuk baru masukkan kentang dan carrot yang dipotong besar..masuk juga cili padi
4 Masukkan garam dan lada hitam  setelah kentang empuk
5. Tutup api dan tabur daun supcdaun bawang serta bawang goreng(xde stok)
6. Jika suka boleh lenyekkan cili padi dan perahkan limau nipis..



Adah tak nak makan sup.Nasib baik ada baki udang dalam peti ais.Goreng untuk dia sorang upah drive ...hihihi


Saya hirup semangkuk sup.Dagingnya cicah kicap yang ditambah bawang,cili & limau.Saya tak reti makan nasi bercampur kuah sup.Saya makan nasi bersulam hirupan kuah sup..


Lemon panas.Sudahnya minum ½ sahaja sebab baju sudah basah berpeluh kepanasan.Cari air kosong sejuk juga akhirnya..hihihi

10 comments:

  1. Samalah dengan saya walaupun suami bukan orang muda. Saya tak boleh tidur kalau dia sedang drive jalan jauh. Rela tersengguk2 sampailah ke rumah.
    Sup tulang dengan sambal kicap berpisah tiada. Barulah puas sampai kuar peluh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang pompuan memang macam ni agaknya kan cikgu..hihihiSanggup tersengguk dari tertidur

      Delete
  2. Wak sekeluarga pun berbuka nasi dengan sup tulang tadi.
    Tulang lembu tempatan pun dah RM30 sekg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak,daging tempatan pun katanya nak naik cecah rm50 sekilo...huhuhu

      Delete
  3. Sedang elok la tu tulang yang dah jadi fossil terus dimasak sebaik sampai KL. Sy bulan puasa ni belum dapat sup tulang lagi, lepas raya nt bolehlah, buat soto tulang, hihi.

    Tapi.. dah remaja purba ni sakit plak rahang hogak tulang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....tu la bila dah remaja purba susah pula nak kunyah daging.nyer lekat kat gigi..ke gigi dah jarang๐Ÿคญ

      Delete
  4. Bulan puasa ni belum ada selera nak mengesup.cuaca panas membahang mengurang selera makan lebih nak minum je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sekarang panas...haus jer lebih kan

      Delete
  5. Sedapnya sup tulang, nanti kita masak sup ayam ajelah.

    ReplyDelete