Monday 26 April 2021

BUAH GAJUS MASAK LEMAK PUTIH CAMPUR SOTONG

Kalau tuan pergi membajak,

Jangan lupa pakai seluar,

Kalau tuan orang yang bijak,

Buah apakah bijinya di luar?


3 hari dapat merentas negeri balik Kedah
Dapat buah gajus.
Orang kampung panggil cashew nut fruits....hihihi
Actually kat kampung saya buah gajus ni dipanggil buah janggus.Kalau Kedah pekat sebut jangguih.Kalau orang tua- tua dikampung saya sebutannya pelat Patani mengguna sebutan janggus sebagai buah
 " janguih"

Sudah lebih 20 tahun agaknya saya tidak menikmati buah janggus ni.Dulu keliling rumah,arwah ayah jadikan pokok janggus sebagai tiang pagar rumah.Maka keliling rumah penuh pokok janggus.Sekarang hanya ada sepokok sahaja yang masih hidup.Itupun setiao kali balik kampung tidak kena musimnya.

Nak jadi rezeki,masa balik kampung 3 hari lepas,rezeki dapat buah janggus ni dari pokok Lang Doh.Buah janggus merah & janggus kuning.Lang Doh tu nenek kepada Mayah yang selalu Cella ceritakan dulu.

Sukanya hati saya bila dapat buah janggus.Dan- dan tu juga terbayang kenangan zaman kanak- kanak.Kalau musim buah janggus,kami sangat mengharapkan hujan turun waktu malam.Kalau hujan malam nanti esok pagi buah jamggus akan kembang besar serta berjus.Paling nostalgia ialah kenangan mengait buah janggus yang berderetan pokoknya di surau tempat belajar fardhu ain.Oleh kerana buahnya sangat berjus & mudah benyek kalau terhempas ke tanah,maka kreatifnya kami tajamkan hujung galah.Bila mengait,kami akan jolok dengan cara menikam supaya buah janggus tu tertusuk pada hujung galah .Perlahan- lahan galah di turunkan supaya buah tidak jatuh ke tanah.
Nak makan buah gajus k na hati- hati kerana jika jusnya terkena baju memang akan meninggalkan tanda ungu gelap macam peta kat baju.Lagi satu kalau makan juga awas,jangan sampai tersedak.Kalau tersedak,memang payah nak stop & perit tekak berhari- hari.
 
Dapat buah janggus kali ni saya buat masak lemak putih + sotong.Masakan ni rasanya terkenal di Pantai Timur.Tapi buah janggus ni di sana dikenali sebagai jambu golok.Kalau di Indonesia rasanya dorang panggil jambu monyet sebab pernah baca kata-kata pujangga Indonesia "Jangan Jadi Seperti Jambu Monyet,Menunjuk-nunjuk Bijinya Nan Satu.Sebaliknya,Jadilah Seperti Jagung,Menyorokkan Bijinya Yang Banyak"
Kalau dikampung saya,buah janggus ni selain dimakan segar,ada yang masak pajeri, gulai kuning + ikan kering.Kalau mak saya selalu buat kerabu dengam cara mencincang buah gajus & campur hirisan bawang,cili padi,garam & kelapa parut putih.

BUAH GAJUS MASAK LEMAK PUTIH + SOTONG
10 biji buah gajus masak
1/4 kg sotong
1 bawang merah besar
1 cili merah - hiris
1 kotak santan 
(jika guna santan segar anggaran 2 cawan)
garam secukupnya

1. Buang biji gajus & belah- belahkan buah gajus.Kemudian perah buangkan jus gajus.

2. Masukkan gajus yang sudah diperah ke dalam periuk bersama bawang,cili hiris & 1/2 cawan air.Masak gingga mendidih

3. Bila mendidih masukkan sotong & garam & biar sotong masak.

4. Tambah santan pekat & kacau selalu supaya tidak pecah minyak.Bila m ndidih,sesuaikan rasa



Buah gajus banyak jusnya.Perah jusnya supaya nanti kuah tidaklah terlalu manis & berair.

Siap Sayur Lemak Putih Gajus + Sotong

Tidak sabar menanti waktu berbuka

Ni kat rumah Achik.3hari beriftar jemaah di rumah Achik.


7 comments:

  1. Rumah mak mertua sy ada pokok janggus ni yang pucuknya menjadi kegilaan Pak Inche cicah sambal belacan atau masuk dalam laksa. Terfikir jugak kenapa mak atau kak tak pernah masak lemak putih dengan sotong, rupanya ini lauk pantai timur ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Kedah lebih kepada masak gulai dgn ikan masin,pajeri & kerabu.Pucuk dia buat kerabu dgn sardin sedap tau.Cuba la SK

      Delete
  2. tak pernah makan lagi juadah ni.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pepatah pujangga mengibaratkan buah jambu gajus dengan monyet. Kan dah kena seketul hihihiii.
    Uniknya masakan buah gajus ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...tersentap dengan kita sekali...hihihi

      Delete
  4. Kalau tak pakai seluar,kena ngap dengan lintah la..hahaha

    betul3..Kelantan sebut buah terrreh...Budu cap ketereh..hihihi

    ReplyDelete