Sunday 18 April 2021

TERINGIN NAK MAKAN BUBUR LAMBUK KG BARU

 Setiap kali Ramadhan ( kecuali tahun 2020) pastinya bubur lambuk Kg Baru mendapat liputan media.Hari Selasa  baca surat khabar ( saya masih baca surat khabar kertas,bukan online) tentang persediaan peralatan untuk masak bubur lambuk hari pertama puasa.Beberapa malam lepas tengok kat TV agihan bubur lambuk Kg Baru diagihkan kepada orang ramai.Teringinnya nak makan bubur lambuk Kg Baru.Walaupun Kg Baru bukan jauh sangat tapi saya belum pernah merasa bubur lambuk masjid Kg Baru tu.20 tahun yang lalu,masa mengandungkan Cella, saya pernah mengidamkan bubur lambuk Kg Baru,tapi sampai hari ini belum dapat merasa.Dah menunggu sahaja,tidak berusaha pergi beratur di sana,memang tak dapat la..hihihi

Makanya,hingga hari ini memang tak dapat la merasa bubur lambuk Kg Baru tu.


Semalam lepas Zohor ,ada pengumuman di surau sebelah ni,ada agihan bubur lambuk untuk perumahan kami & perumahan kejiranan kami.


Saya berbelah bahagi nak pergi ambil.Malu,sebab sesuatu yang saya tak pernah pergi beratur & ambil bubur lambuk.Dulu zaman anak bujang saya masih sekolah,memang setiap weekend dia akan   sertai membantu jemaah surau masak bubur lambuk.Memang dia akan bawa balik buburnya.Tapi semalam,hanya saya & Adah yang ada dirumah.Takkan saya nak suruh Adah pergi beratur,macam tak sesuai anak dara nak gi beratur.Lagipun,takkan nak perginya dia waima diupah sekalipun.Hihihi

Maka,dengan bismillah,saya tukar baju,capai tudung & menuju ke surau.Alhamdulillah,tidak beratur pun,terus sahaja dihulurkan 2 bekas bubur lambuk ni.Kalau di Kedah,bubur lambuk dipanggil "Kanji".Rasa & bahannya lebih kurang bubur lambuk KL juga,cuma kanji biasanya ditambah kucai.Aroma kucai tu yang membuatkan rasanya unik & sedap.Kebanyakan masjid memang menyediakan setiap kali Ramadhan untuk agihan.

Boleh tahan sedapnya.
Tapi,seperti juga sebelum ini,bubur lambuk puasa hanya saya seorang yang makan.Anak- anak tak pernah nak menjamah sejak dulu.

Buburnya cukup rasa.Tapi dalam hati masih tertanya,bagaimanalah rasa bubur lambuk Kg Baru yang tersohor tu......


5 comments:

  1. Sy pun teringin sangat nak merasa bubur lambuk kg baru.. Pak Inche pulak memang tak makan bubur lambuk

    ReplyDelete
  2. Huhuhu,bila kita nak pi beratur kat Kg Baru ni Sk?Hihihi
    Orang lelaki memang kebanyakan tak suka bubur- bubur ni kan..

    ReplyDelete
  3. Arwah ayah lahir di Kampung Baru Kuala Lumpur. Tak sah rasanya kalau tak pernah makan bubur lambuk Kampung Baru. Saya pernah makan bubur lambuk di sini zaman saya remaja, zaman belajar di KL. Waktu tu nak jimat belanja. Ambil saja di masjid waktu petang.

    ReplyDelete
  4. Klu ada bubur lambuk, bubur yg saya makan dulu.

    ReplyDelete
  5. Cikbunga tahun nie belum rasa lagi bubur lambuk👆

    ReplyDelete