Tuesday 20 April 2021

IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA - IFRAT RAMADHAN KE-7 ( 1442)

 

Juadah iftar semalam,Isnin.
Nasi putih
Ikan Cencaru sumbat
Sayur pedas bendi + tempe
Buah limau & anggur

Ni pinggan Adah.
Dia dah pesan jangan kopek limau dia


Masak ikan sahaja sebab anak bujang iftar kat tempat kerja.Dia cakap dah beli nasi kukus ayam berempah.Anak dara bongsu pula katanya iftar makan nasi goreng patayya & chorrus.Dulu dia selalu merungut abang & kakaknya ada pengalaman berpuasa kat asrama.Tahun ni ,Allah kurniakanlah rezeki dia berpuasa kat asrama.


Saya beli 2 ekor sahaja ikan cencaru.Saya jarang membeli ikan cencaru sebab saya lebih gemarkan ikan kembong.Minggu lepas sudah beli 2 ekor ikan cencaru ,saya plan nak masak sambal.Saya dah siang belah perut ikan tu .Tapi Adah kata dia nak makan ikan bakar sumbat kelapa.Tu yang beli lagi sekali ikan cencaru untuk disiang dengan cara belah belakang.


Inti kelapa sumbat tu saya recycle daripada serondeng NASI AMBENG SAMBUT RAMADHAN ...kat sini.Dah genap seminggu la serondeng kelapa ni.Alhamdulillah masih elok tanpa berubah rasa walaupun disimpan dalam tippuware  suhu bilik sahaja.Asalnya saya memang masak lebih sebab plan nak masak nasi ambeng lagi sekali dalam puasa ni.Tapi ni kali saya guna sebagai inti ikan sumbat
Tanpa dimasak semula.Saya hanya tungkan sikit santan kotak kedalam serondeng tu ntuk basahkan inti..Ini sahaja pun dah sedap.Kalau ada daun kunyit ke dapat hiris halus-halus campur sekali mesti lagi sedap ni.

Sumbat dalam belahan belakang ikan tu & tak perlu ikat benang dah sebab nak panggang  sahaja.Kalau nak goreng mungkin kena ikan dengan benang supaya inti tidak terkeluar dalsm minyak goreng



Tambah bendi goreng pedas bersama tempe.
Saya tumbuk cili padi merah,bawang putih,bawang merah & ikan bilis sebagai rencah.
Goreng tempe hingga garing & kacang bendi tu potong kasar-kasar.Tumis bahan rencah dalam sikit minyak & terus campakkan tempe goreng & bendi.Balik-balikkan sekejap sahaja & matikan api.


Buah pun ulang- ulang yang sama.


Inilah iftar kami dua beranak semalam...

Alhamdulillah sedap.Adah kata inti kelapa tu sedap.
Ikan sumbat kelapa macam ni kalau di Kedah dipanggil "bantut"
Paling popular guna ikan haruan yang bersaiz besar & disepit dengan pemanggang & bakar atas bara api.Selain ikan haruan,ikan laut juga digunakan,seperti ikan cencaru ni.Selain itu ikan terubuk juga sangat sesuai dijadikan bantut ni termasuklah ikan tongkol.



14 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Waaa sedapnya cencaru sumbat kelapa. dulu2 arwah Tok selalu buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat dengan ikaj terubuk @ ikan haruan lagi feel kan

      Delete
  2. Oh, baru tau namanya 'Bantut'. Rasanya ada sekali dua , kak ipaq masak ikan caru sumbat kelapa ni. Ni kat rumah ada dua ekor caru jugak, plan nak sumbat sambal aje, ntah jadi ke tak? Kalau malas, buat bakar cicah air asam aje la nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakar cicah air adam pun sedap SK.Cicah kicap cili bawang pun ngam jugak kan

      Delete
  3. Bagusnya ada nama khas 'bantut' untuk gambarkan ikan sumbat kelapa. Selain ikan cencaru dan kembung bantut, saya pernah makan ikan tuna bantut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Kedah bantut tubikan sumbat kelapa.Kalau bahasa standard pulak bantut tu maknanya terhenti membesar kot kalau tak salah

      Delete
  4. Mak saya buat bantut dulu2 dia suka hiris daun kunyit halus2...bila bakaq ha semerbak Naik bau....

    ReplyDelete
  5. Selamat bersahur dan berbuka puasa

    ReplyDelete
  6. Seronok masak remeh remeh ni kalu ada saing nak mkn. Anak2 ku cuma suka ikan sumbat sambal lada je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,kalau masak makan sorang,kurang feel kan...kena ada gu kata orangšŸ¤­

      Delete
  7. Saya pun kurang meminanti ikan cencaru.klu beli untuk masak kerutup atau di sumbat macam mak cella buat tu."Bantut" tu klu orang sini maksudnya pendek/tidak tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..betul
      Kalau bahasa standard bantut tu macam tidak membesar la...hihihi

      Delete