Monday 4 June 2018

KUEY TEOW KUNGFU

Kuayteow Kungfu...
Juadah Iftar hari Sabtu
Mak aku cakap kena masak simple jer sebab tengah fokus buat Biskut Raya
Kalau tengah buat biskut raya mana boleh masak yang complicated
Mak aku cakap  kalau buat Biskut Raya...x boleh la nam menyambil untuk masak
Sebab kang tangan dah ada bau ikan bagai....mana boleh campur-campur bau  nanti lekat kat biskut kan hang...
Yark....!!
Selalu kalau bukan bualn puasa...nak makan special kena weekend
Tapi kalau bulan puasa terbalik plak
Weekend & cuti Wesak memang hari mak aku Marathon buat Biskut Raya untuk tempahan kawan-kawan mak aku & kawan2 aku juga
Haaaa.....jangan x tahu...
Tahun ni aku still amik order kuih raya dari kawan-kawan aku...
Ingatkan sebab dah ramai juga reglar customer aku dah pindah sekolah  aku akan kekurangan customer
Tapi kalau dah rezeki dari Allah..
Rupanya tahun ni aku dapat ramai customer baru..
1 balang aku akan dapat komisyen RM2 dari mak aku
Mmm..kumpul-kumpul ...dapat juga la dekat RM50 komisyen
Heee...
Ada lagi yang nak order last minutes dalam minggu ni
Tapi mak aku cakap dah x sempat nak siapkan..
Tapi tahun lepas dapat upah lagi banyak...RM100
Sebab tahun lepas cuti seminggu...so setiap hari tolong  mak aku leakkan ceri..coklat chip dan nestum atas biskut...dapat la rm100
Tahun ni xde cuti...
Nuzul Qur'an jatuh pada hari Sabtu...xde makna sangatlah
Sib baik last week ada cuti Wesak




Dua pinggan Kuat Teow Kunfu
Untuk aku ngan mak aku iftar
Berpeluh makan
Sebab panas kuah dan pedas dari lada sulah


Dua pinggan Kuay Teow Kungfu
Untuk iftar hari Sabtu
Mak aku cakap nak masak Kuay Teow Kungfu idea dari berbual dengan  achik cleaner
Mak aku cakap achik cleaner tu cakap dorang masak Kuay Teow Kungfu
Sebab tu dapat idea nak masak yang simple ni
Habis buat Biskut raya dah pukul 6.30 baru mak aku masak
Mak aku cakap sempat siap sbelum azan maghrib
Mmm...aku kemaskan tempat  buat biskut
Angkat semua barang masuk kotak
Mak aku masak Kuay Teow Kungfu ni

+ plak ngan cili kicap
Memang beerapi
Tapi sedapppp

1 paket kuay teow dah dibasuh dan tapiskan
Pastu gaul ngn kicap



Panaskan 1 sudu minyak dan ketuk 1 bawang putih dan masukkan kuay teow yang dah gaul kicap
Masak sekejap sahaja hingga kuay teow lembut


Kay teow kicap goreng kosong masukkan dalam pinggan

KUAH
1 dada ayam-potong
1 batang carrot- potong6 batang babby corn
1 cawan  broccoli ptong
2 cendawan kering - rendam & hiris nipis
5 cili padi
1/2 kiub bilis
2 bawang putih
2 pokok sawi hijau
2 sudu minyak
1 sudu teh lada sulah
1 biji telur
1 sudu teh tepungbjagung + 1/4 cawan air

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih ketuk
2.Masukkan ayam dan goreng sampai nampak putih
3. masukkan 4 cawan air
4. Masukkan sayur carrot dan babby coer
5. Masukkan kiub bilis dan sayur sayuran lain
6. Masukkan tepung jagung
7. Masukkan telur kacau dan matikan api
8. Masukkna kuay teow kicap  goreg kosong dalam pinggan dan curahkan kuah
9. Hidangkan dengan cili potong + kicap

ISi ayam nak buat kuah


Sayur-sayuran untuk campur dalam kuah
Walaupun masakan ni simple
Mak akucakap ppenuh ngan khasiat sebab banyak sayur dan ada ayam


Tepung jagung dah bancuh dengan 1/4 cawan air untuk pekatkan kuah



Masukkan tepung jagung tadi dan kacau hinngga nampak sikit pekat kuahnya
Pastu pecahkan sebiji telur  dalam mangkuk dan kacau
Tuangkan telur tadi dala kuah mendidih dan matikan api dan cepat2 kacau supaya dapat juraian telur yang cantik dna pekat
Sendukkan kuah kedalam pinggan berisi kuay teow kicap kosomg tadi..

2 comments:

  1. salam,

    sedapnya...

    gigih kan mak mak ni... sanggup tidur beberapa jam aja untuk cari rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Mmm...mak kiter cakap sementara Allah buka pintu rezeki..kena ambil

      Delete