Friday 1 June 2018

KARI IKAN TUNA + KELADI CINA

Kari Iakn Tuna dengan Keladi Cina
Lauk iftar hari apa dah x ingat sebab banyak lagi pic dalam draff  menu sepanjang ramadhan 1439 ni
Tapi dalam minggu ni la
Rasanya hari Isnin
Guna ikan tuna putih
Ikan tuna tu mak aku cakap macam ikan tongkol juga
Tapi isinya lebih lembut dan isinya banyak yang warna putih dari hitam



Kari kari ni mak aku la suka sangat
Sebab mak aku kan orang utara
Oghang utagha x panggil kari
Mak aku kata depa panggil GULAI
Kiranya ni Gulai Ikan Tuna la
Keladi tu pun mak aku cakap panggil Ubi Keladi
Kalau keladi sahaj mak aku cakap maksudnya batang kelad tu


KARI IKAN CAMPUR KELADI CINA

5 biji keladi Cina
2 keping ikan tuna
2 asam keping
10 cili padi
3cawan santan cair
4 sudu minyak
2 sudu rempah kari ikan
garam secukupnya

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar cincang
2 bawang putih cincang
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis hingga harum dan bawang keemasan.
2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air .
3. Masukkan garam dan masak hingga naik minyak
4.Bila rempah naik minyak baru masukkan ikan dan balik- balikkan hingga ikan 1/2 masak.
5. Masukkan keladi Cina yang sudah dikupas kulit, santan dan masak hingga mendidih
6.Setelah kuah menggelegak dan keladi empuk baru masukkan asam keping
7.Sesuaikan rasanya
8. Perlahannkan api paling kecik dan biar beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik

Haaa...ni la Kelad Cina yang mak aku buat masak kari ngan ikan tuna tu



Pasal Keladi Cina ni dah pernah cerita  KAT SINI....
Resipi un aku C&P dari situ sebab  tunggu mak aku lambat snagat


Selain kari..
Tuna juga mak aku cakap sedap kalau buat masak sambal
Tapi yang ni mak aku hanya goreng jer
Pun Sodapppp

4 comments:

  1. ubi tu ada dijual di kedai Jepun juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh,yer ker...
      Sis...orang Jepun masak apa guna keladi ni..mesti dorang x masak kari kan...hahahaha

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. jepun suka kari tau.. kari mereka lain sikit makan nanti badan bau ketiak busuk banyak animal fat.

    sejarah kari di Negara mereka sejak mereka trade dengan portugis yang dating ke Negara mereka.

    so bila beri kari msia.. lagi gila suka mereka...
    hahahahaha

    ReplyDelete