Wednesday 22 November 2017

SAMBAL KERING IKAN BILIS DAN TEMPE

Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe
Mak aku yang cakap nama masakan ni camtu
Bapak panjang nama diye...
Hahaha...
Ni kalau kakak tengok mau nagis nih
Lauk favourite kakak nih
Asal ada tempe jer..
Semua kakak suka..
Tapi yang ni akupun suka..
Ratah camtu jer..
Sedapppp...
Mak aku cakap Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe ni tahan lama...
Sebab ia kering dan xmudah basi
Betul lah...
Mak aku masak sejak hari Ahad lagu..
Stil elok....
Rangup...
Mak aku cakap masakan ni sesuai kalau nak bawa bekal atau untuk stok nak makan bila2 masa...
Ni kalau kakak tahu mesti nak bawa gi kolej ni..
Mak aku cakap beli tpe bagai sebab nak buat untuk kakak
Tapi kakak x balik minggu ni
Buat stok aku ngan mak aku la
Abang bukannya suka ikan bilis...kacang bagai ni..
Aku ngan mak aku buat makan sambil tengok TV jer...
Tengok Gegar Vaganza..
Tapi baru 2 orang peserra mak aku dah blah masuk tidur..
Mak aku cakap x best..
Tinggal la aku sengsorang layan Gegar Vaganza..
Sambil eatah sambal ni
Aku kena tengok juga..
Sebab compom esok pagi mak aku mesti tanyabaku siapa yang tersingkir..
So..kalau aku x tengok..siapa nak jawab..
Kui..kui..kui.....





SAMBAL KERING IKAN BILIS  DAN TEMPE
2 cawan ikan bilis
2 keping  besar tempe
2 ketul keledek oren
2 cawan kacang tanah
1 cawan minyak
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula melaka
1 sudu besar air asam jawa
1 biji bawang besar
1/2 cawan cili kisar

1. Potong tempe nipis2 dan goreng garing
2. Ikan bilis juga digoreng garing
3. Keledek dihiris dengam peeler supaya nipis dan goreng rangup
4. Akhir sekali baru goreng kacang tanah..
    ( kacang tanah kena goreng last sebab nanti
       lepas goreng kacang minyak akan hitam)
5. Panaskan anggaran 2 sudu minyak dan tumis bawang
6. Masukkan cili kisar dan tambah air asam, garam dan gula melaka
7. Masak hingga warna jadi agak gelap dan naik minyak..( warna akan gelap kerana gula sudah jadi caremel)
8. Sesuaikan rasanya dahulu sebelum dimasukkan semua bahan2 yang sudah digoreng rangup tadi..
( Sambal ninkering sebab tu kena sesuailan rasa terlebih dahulu sebelum gaul dengan semua bahan lain)
9. Kacau rata dan matikan api
10. Biar sejuk dahulu baru simpan dalam bekas kedap udara..



Tempe yang sudah dihiris nipis dan digoreng garing..
*** Pesan mak aku...gunakan tempe yang baru menjadi supaya lebih rangup. Jika tempe lama..kurang rangup)



Keledek dipotong menggunakan peeler supaya nipis dan garing bila digoreng macam kerepek keledek.



Kacang tanah kena goreng last sebab lepas goreng kavang minyak akan hitam



Ikan bilis ni goreng sebelu. goreng kacang tanah..
Sejer malas nak ubahnpic ni letak atas sebelum kacang...hahaha



Kerepek Keledek..
Mak aku terpaksa tambah keledek sebab banyak yang aku dah makan dulu sebelum sempat jadi sambal
Sedapppp.....
Lebih sedap dari Potato Chip
Sweet Potato Chips
Yummy...



Bahan goreng rangupbsebelum di gaul dengam sambal..
Semua sedap diratah begitu sahaja..
Keledeknya...
Bilis rangup...
Tempe garing...
Kacang tanah tu aku x makan
Sebab takut JERAWATTTTTTT
hanya mak aku yang suka Kacang Tanah..




Siap 2 balang  kecil Sambal Kering Ikan Bilis dan Tempe..dan Kacang..dan Keledek..
Sedapnyaaaa...
Ok...bye...

2 comments:

  1. Saya dah buat. Menjadi dan sedap. Saya bawa pergi bercuti ke Itali baru- baru ni. Orrang Malaysia mesti nak makan nasi juga. Tak sedar cepat habis. Kawan pun suka. Terima kasih kongsikan resipi ni ya. Moga dimurahkan rezeki Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Semoga jadi perkongsian berguna..
      Waaa.... bercuti kat Italy... 😍😍😍.. Bestnya....

      Delete