Wednesday 11 October 2017

SAMBAL PETAI...LAUK IFTAR MAK AKU

Sambal Petai
Lauk untuk iftar mak aku hari Isnin
Mak aku yang puasa
Aku x puasa pun....


Cam biasa la
Lauk express..
Mak aku cakap nak masak Sambal Bilis Tin ni campur petai



Makanya  iftar lah mak aku ngan Sambal Petai ni
Aku yang x puasa pun sama la
Cuma aku makan bilis dan kuahnya jer
Petai tu akan x makan pun sebab weekday



Selain Sambal Petai ada Telur Dadar Garing ni
Antara lauk yang familiar jugak la kat umah aku
Hahaha..


xde sayur
Hanya daun salad


Inilah Dinner Set aku ngan  mak aku
Sambal Petai
Telur Dadar Garing
Daun Salad



 SAMBAL PETAI BILIS TIN
1 tin bilis dalam sos cili (brand REX)
3 papan petai- ambil isinya dan buang kulit dan rendam sekejap
1 asam keping yang kecil
1/2 sudu teh garam
10 cili padi hijau
2 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Isis petai dibuang kulit putinya dan direndam anggaran 10 minit supaya isi petai jadi segar
2. Panaskan 2 sudu minyak  dan  tumis bahan blend hingg naik minyak
3. Masukkan asam keping dan garam
4. Tambah bilis tin dan kacau rata
5. Tambah petai
6. Bila nampak pekat tambahkan cili padi yang dipatah-patahkan
5. Sesuaikan rasa sebelum diangkat

Resipi ni C&P jer dari
SAMBAL PETAI DENGAN BILIS TIN kat sini
Cuma yang hari tu sambal tu guna petai berkulit
Mak aku cakap sebab petai yang hari tu masig fresh
Kulitnya masih hijau dan rangup.maka sesuailah buat sambal bersama kulitnya
Petai yang hari ni nyer kulitnya dah kecut
X sesuai nak buat sambal bersama kulitnya
Isinya pun dah kecut
So,mak aku suruh aku kopek kulit petai tu dan buang kulit nipis tu..
kulit nipis tu mak aku cakap namanya kulit selaput biji petai.
Pastu rendam dalam air supaya isinya kembali fresh...Pastu masak la...

No comments:

Post a Comment