Buah cempedak dalam perahu...
Bersama galah diikat tali..
Emakku masak Cekodok tauhu..
Sedapnya cicah dengan sos cili...
Hehehe...dah lama x cipta pantun..
Kali terakhir cipta pantun 9 Oktober hari tu..
Masa buat Ulasan "Kepentingan Buah- buahan Tempatan.."
Condifent aku ..
Ops...confident...
Siap 2 rangkap pantun pasal buah- buahan..
Heheee...harap2 cikgu sudi bagi markah banyak2...
Kikikiki....
Cekodok Tauhu
Dengan Kopi O Panas...
Versi mak aku makan ngan abang...
xde cucuk- cucuk ngan lidi pun..
Mak aku cakap kalau buat untuk parti ker...
Elok cucuk ngan lidi cunglil gigi tu
Pastu serve ngan cheese sauce & chilly sauce
Baru nampak vogue...
Versi untuk aku..
Haaaa...versi kanak- kanak Ribena..
Kena cucuk macam sate baru aku feel nak makan....
Selalu kalau cucuk camni untuk aku bawa bekal...
CEKODOK TAUHU
2 paket tauhu lembut/ 4 ketul tauhu biasa
1 kuning telur
4 sudu tepung gandum
1/2 sudu lada sulah
1/2 sudu teh garam
1 pokok daun bawang
Minyak
Sos Cili
1. Lenyek tauhu
2. Campur daun bawang,garam,lada putih,telur dan tepung gandum
3. Kacau rata
4. Panaskan minyak
5. Jemput adunan dengan tangan agak- agak 1 sudu dan masukkan dalam minyam panas.
6. Goreng hingga garing..
7. Hidang dengan sos cili
Tauhu lembut..
Asal nj guna 1 jer..
Pastu tambah lagi 1
Lenyek tauhu dan campur tepung,lada,garam,daun bawang dan telur..
Kacau rata
Sesuaikan rasa
Panas minyak dan jemput- jemputkan adunan seperti cekodok dan goreng garing
Toskan minyak
Hidang panas- panas
Sedap makan ngan sos cili
Yang ni sos cicah keropok lekor..
Yang mak Arif kirim dari Trengganu hari tu
Sedappp...
Kopi O tu my mom punya..
Aku just minum air kosong
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
- namakucella
- Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.











No comments:
Post a Comment