Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Monday, 22 February 2021
NASI ALA AYAM PENYET
Sunday, 21 February 2021
UNGKEP AYAM PENCEN
Eh, dah hari Ahad dah. Rasa macam baru lagi hari Ahad, dah Ahad semula dah. Minggu depan dah minggu akhir bulan Februari.
Hari ni cuba masak ungkep. Jujurnya saya rasa macam tak pernah masak sebelum ni. Tapi masak ungkep ubi kayu pernah la. Sedap. Hari ni try ungkepkan ayam pencen pula. Sekali jumpa pula rempah ketumbar biji yang masih belum buka. Tengok rmtarikh packaging 20Disember 2020.Mmm baru beli sangat la ni. Terus gantikan serbuk ketumbar tu kepada ketumbar biji. Saya suka bau & rasa ketumbar. Kalau beki serondeng dari Kelantan saya akan pilih yang ada dicampur ketumbar biji yang disangai & dibiar sebiji-sebiji dalam serondeng tu. Sedap
Dah siap masuk ayam ni. Tak lama pastu mak call.. Eloklah berbual sambil menunggu ayam empuk. Namapun ayam pencen, memang lama la nak empukkan. Tapi saya kurang gemar guna presure cooker(ayat sebenar malas nak keluarkan dan paling malas nak cuci & nak simpan balik) Hihihi
KURNIAAN YANG ALLAH REDHAI & TIDAK REDHA
✅ Sesungguhnya Allah mengurniakan harta kepada orang yang diredhaiNya dan juga kepada orang yang tidak diredhaiNya.
✅ Allah telah mengurniakan harta kepada orang yang tidak diredhaiNya iaitu Qarun dan DIA telah mengurniakan harta kepada orang yang diredhaiNya iaitu sayyiduna Uthman bin Affan r.a .
✅ Allah telah mengurniakan kerajaan kepada orang yang diredhaiNya iaitu Nabi Sulaiman a.s dan kepada orang yang tidak diredhaiNya iaitu Firaun .
✅ Tetapi ilmu dan al-hikmah , Allah tidak mengurniakan kedua duanya kecuali kepada orang yang diredhaiNya sahaja.
(Dr Muhammad Ratib An-Nabulsi).

















