Saturday, 25 December 2021

MAKAN @PAK DIN IKAN BAKAR TANGLIN

Semalam pukul 10 dah makan.Tak tau la nak kata lunch @ breakfast..Kira brunch la kot kan...hihihi


Seawal pagi dah torcongok kat UTC Pudu Sentral.Ada urusan nak diselesaikan.


Sekejapa. sahaja sudah siap kerana datang awal pagi memang tak ramai orang.Kemudian terus pula ke Pusat Belia Kampung Pandan.Pun tak lama selesailah urusan.Alhamdulillah baru pukul 9.30 dah selesai 2 urusan penting.


 

Pastu patah balik KL,pi makan @ Ikan Bakar Pak Din kat foodcourt  depan Pusat Kesihatan Tang Lin.Walaupun tempat ni famous tapi ni 1st time saya makan sini...hihihi
Saya memang jarang sangat makan kat luar.Pi kerja memang bawa bekal walau hanya roti dan telur.Tapi bukan la tak makan kat luar langsung.Cuma jarang sangat la...


2 hidangan nasi + tempe goreng.2 ekor ikan kembong bakar + air asamnya serta 2 gelas air kosong =RM31
Ikannya dibakar guna arang dan air asamnya disiram penuh atas ikan.
Masa nak masuk kat foodcourt ada busker oku penglihatan sedang busking depan foodcourt tu.Busker tu nampak separuh baya dengan baju melayu hijau muda nampak bersih berseri wajahnya di pagi Jumaat.Suaranya lemak merdu seperti suara alayarham Ahmad Jais.Tak jemu mendengar dendangan lagu- lagu lama era 80/90an sambil menyuap cebisan ikan bakar dicelur air asam.Alunan lagu Sekuntum Mawar Merah dan Semut Merah macam terngiang-ngiang di cuping telinga saya sepanjang perjalanan lepas makan ikan bakar tu....!!


Friday, 24 December 2021

MAKAN KENDURI KAHWIN ANAK SEPUPU

 Weekend lepas sempat memenuhi jemputan walimatulurus rumah sepupu @ Sik,Kedah.Tu yang balik KLnya hari Isnin walaupun plan asal hari Ahad nak balik KL.Sanggup melewatkan sehari kerana nak ambil peluang hadiri kenduri + nak jumpa sedara mara.Maklumlah dan 2 tahun tak dapat berjumpa di hari raya..



Pelaminan....

Kami sampai lebih kurang pukul 12 tengahari.Sedang elok,tak awal sangat.Tak lambat sangat.
Asalnya Achik suruh gi dengan mak saja guna Myvi Achik.Balik naik bas ja kan..Achik wakafkan Myvi dia untuk kegunaan.Tapi gi kenduri pakcik drive hantar ke Sik tu.Hanya saya,mak & Aqil sahaja turun kenduri tu.Achik temankan Pakcik dalam kereta sebab Pakcik masih gayat nak jalan tempat ramai-ramai kerana masih dalam rawatan dan fisio.Tapi nak drive pakcik masih tangkas..Semoga Pakcik terus positif & kembali sihat sepenuhnya...Amiinnn

Beberapa tahun dulu selalu ikut Pakcik dan Achik makan kenduri rumah kawan-kawan depa  area Sik.Saya suka sangat kalau diajak makan kenduri kat Sik.Selain kebaikan budi bahasa,masyarakat Sik memang jenis sangat meraikan tetamu.Faktor lain yang paling melekat dihati ialah masakan  atau menu kenduri mereka sangat nostalgik...! 
Antaranya kerabu umbut bayas!


Kenduri kahwin @ Kedah tidak sah tanpa gulai daging fresh + umbut pisang. Selain tu ada kurma kambing + kentang ( kambing sembelih sendiri pulak tu).Acar buah..ulam..sambal belacan dan ikan masin.
Paling win...kerabu ubi keladi.Dah lama tak jumpa kerabu ubi keladi yang sangat sedap ni.Jangan pelik,kalau kat Kedah kerabu adalah antara appetizer yang popular kat Kedah.Antaranya kerabu taugeh dan perut,kerabu pucuk paku,kerabu nangka,kerabu rebung dan kerabu Ubi Keladi.Ubi Keladi mentah tau..!Ubi Keladi fresh disagat kasar dan dijadikan kerabu bersantan & kerisik.Memang rasanya sedap rangup  tidak gatal.Tapi bukan sebarang ubi keladi yang boleh buat kerabu mentaj ni.Ada jenis keladi khas.Saya pun tak pasti apa nama keladi tu.Cuma saya tahu ubi keladi tu jenis besar dan panjang.Malah ada yang sebesar peha orang dewasa.


Pengantin....
Yang lelaki tu anak kepada sepupu saya.Dilahirkan di Sabah kerana mereka pernah bermastautin di Sabah.Jodohnya pun Allah dah aturkan,juga dari Sabah...masya Allah..!
Kedua-duanya bertugas sebagai guru sekolah.Semoga mereka berdua dikirniakan keluarga yang Sakinah,Mawaddah  wa Rahmah hingga ke Jannah...🤲🤲


Mak sempat merakamkan kenangan bersama cucu saudaranya...
Semua pic by Aqil..!


Menjengah ke luar rumah.Anak-anak muda yang ringan tulang sedang membasuh pinggan mangkuk.Kemas bersih tersusun peralatan memasak dan pinggan mangkuk.Hebatnya mereka...masak sendiri dan mengemas dengan kemas sekali.Tak nampak sisa sisa makanan atau sisa bahan masakan bersepah.


Balik kenduri,Pakcik bawa ronda-ronda Sik.

Tempat anak bujang belajar dulu..Saban minggu Pakcik dan Achik  berulang alik jemput dan hantar anak bujang tu di asrama ni dan menanggung pengajian anak bujang tu hingga selesai...


Rezeki anak bujang tu dapat juga KONVO PADA 2019 SEBELUM COVID MENLANDA...
Banyak jasa  Pakcik dan Acik kepada kami...!
Semoga Allah gantikan dengan pahala melimpah untuk mereka..

Melintasi Empangan Beris...Terbayang lebih 20 tahun dulu pernah berulang alik melalui laluan ini.Kini sebahagian kampungnya telah bersemadi di dasar empangan ni..!






SUAMI ISTERI SALING MELINDUNGI


 Larangan Mendedahkan Keaiban Pasangan

========

1. Perselisihan dalam rumah tangga pasti akan berlaku. Namun, setiap pasangan hendaklah menjaga hubungan baik sesama mereka. Rasulullah mencela pasangan yang mendedahkan keaiban pasangannya. 


2. Namun, sekiranya pasangan telah melakukan kesalahan, dosa dan maksiat, maka sekiranya boleh diselesaikan dengan baik, selesaikan dengan cara yang baik. Sekiranya tidak, mahkamah adalah tempat penyelesaian terbaik. Pendedahan di media sosial bukanlah jalannya.

 

3. Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka,  dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:


هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ


“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)


4. Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:


جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء


“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”


5. Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:


إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا 


“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)


6. Dalam sebuah insiden yang lain, seorang wanita pernah datang dan mendedahkan kepada Rasulullah bahawa dia telah berzina. Rasulullah meminta wanita tersebut pulang dan memikirkan kembali pendedahan tersebut. Ini kerana, Allah masih membuka ruang taubat untuk kembali kepadaNya. 


7. Namun sekiranya kesalahan tersebut telah sabit, maka selesaikanlah dengan pihak berautoriti seperti mana yang digariskan dalam syariat Islam. Janganlah dijadikan budaya bahawa setiap kesalahan atau kesilapan suami atau isteri itu dipamerkan dalam media sosial. 


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#SetujuAtauTidakMemangItuHukumnya