Thursday, 6 December 2018

BAKSO & CARA BUAT SAMBAL BAKSO SEDAP

Bakso
Mak aku masak minggu lepas
Kakak suka makan Bakso kat Taman Warisaan Putrajaya
Hari tu 2inggu berturut2 gi makan Bakso kat Taman Warisan Purtajaya
Mula gi makan masa RONDA-RONDA CUTI HARI MERDEKA kat sini....
Pastu minggu lepas tu gi lagi JALAN-JALAN CARI AKAN @ TAMAN WARISAN kat sini...
Sebelum-sebelum tu pun kakak selalu akan order Bakso kalau gi makan kat situ
Last week kakak ajak gi makan Bakso kat situ
Tapi mak aku cakap minggu lepas hari Rabu 28 November tu maka ku bawa mak Zamir & Mak Ismail nak makan Bakso kat situ
Tapi ditutup sementara untuk kawalan serangga..
Kwalan Serangga tu mak aku kata Pest Control
Hahaha...memang la...tapi apa tujuannya?
Ntah...mak aku soh cari info
Malas la plak...

Makanya sebab kakak x dapat makan Bakso Taman Warisan
Mak aku cakap nanti mak aku masakkan
Meatball pun dah ada
Tulang lembu ada
Mihun jer xde
Ala...takat mihun gi jer lah beli kat kedai mamak tu


Makanya  mak aku masak lah Bakso
Abang bawa bekal Bakso
Sarapan kat umah pun Bakso
Lunch pun bakso
Malam makan Nasi goreng
Hahaha

Bakso ni juga fav abang
Dolu abang selalu beli Bakso kat gerai depan gate kuaters tu
Sedap
Tapi sejak jalan-jalan dah di up gred semua gerai dah pindah gi Foodcout BTS dah
Taman warisan pun dah kena tutup seantara
So...sementara nak tunggu Food Court Taman Warisan buka semula
Mak aku kata kena la masak kalau nak makan


Resipi just C&P dari older post BAKSO....kat sini....

BAKSO.. cara mak aku

Kuah:
1/2 kg tulang lembu
30 biji meatball 
10 bawang putih
1 ketul halia
1 bungkus rempah bunjut sup tulang
2 camt serbuk lada sulah
Garam,gula
 Mee /meehun/kuey teow


Bahan Sayur Tabur
kobis hiris halus2
taugeh
limau nipis
daun sup+ daun bawang

1. Buat kuah..Rebus tulang2 dengan semua bahan kuah sampai empuk.
2. Kalau meatball tu buat sendiri @ yang mentah...masukkan skali
3. Biar sampai meatball tu masak & timbul.Bubuh garam &gula & rasa...
4. Meehun tu rendam & celur sekejap...
5. Bubuh meehun sikit je dalam mangkuk..tambah sayur2 mentah  tu & tuang kuah yang panas...
6. Hidangkan bersama Sambal Bakso







Sup Bakso
Sedapppp

Semua pun suka Bakso
Lagi-lagi sekarang musim hujan
Makan bakso panas2..
Aummm...
Ala kalau bukan Musim Hujan pun
Area rumah kitorang memang kawasan paling banyak hujan pun kat Klang Velly ni


Nak lagi Aummm
Kena letak Sambal Bakso ni..
Aumm......

SAMBAL BAKSO
1 cawan cili padi merah Bangladesh
1 bawang besar holland
2 bawang putih
1/4 cawan cuka
1/4 cawan gula
2 sudu teh garam halus
1/2 cawan air

1. Rebus cili,bawang besar dan bawang putih dengan 1/2 cawan air hingga mendidih dan bawag nampak jernih
2. Biar sejuk dan bllend  semua bahan rebus bersama airnya serta cuka,garam dan gula
3. Simpan dalam botol bertutup[.
4. Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais.Lebih lama lebih sdap kerana semua bahan menjadi sebati
5. Bila jhendak makan perahkan limau nilis atau limau kasturi

Buat banayak-banyak simpan dalam botol
Lagi lama mak aku kata lagi sedap
Makan ngan Mihun Sup pun sedap
Makan nga Mee Goreng pun sedap


Ni Bahan Mentah
Haaaa...mentah mean belum direbus


Ni bahan untuk sambal dah direbus


Nampak xde beza
Tapi mak aku cakap meang dah rebus


Pastu kena la blend


Sambal Bakso ni mak aku kata memang kena buat ngan cili api merah Bangladesh tu
Baru sedap
Kaalu cili padi hijau baunya maung
Maung tu apa..??
Ok...bye

KARI TULANG CAMPUR KELEDEK

Kari Tulang Campur Keledek
Lauk untuk lunch hari Selasa..
Hari Selasa nak habiskan post about MAHA 2018
Hari ni baru sampai Q Kari Tulang ni


Kari Tulang Campur Keledek
Selalu orang masak Kari Tulang @ Daginv dicampur Kentang
Tapi mak aku cakap dolu2 nenek suka guna keledek menggantikan kentang.
Rasa keledek lebih sedap dari kentang
Bila dimasukkan dalam Kari atau Sup
Mak aku cakap rasa kuah akan lebih sedap kerana ada sedikit rasa manis semulajadi

Kari Tulang Dengan Keledek ni mak aku cakap salah satu makanan nostalgia mak aku...
Mmmmm....mak aku kan banyak makanan  nostalgia..
Kari Tulang Dan Keledek ni salah satu Comfort Food mak aku..
Mak aku cakap kalau dolu2 jika ada kenduri  kat kampung nenek terutama kenduri perkahwinan memang akan dimasak Kari Daging Dicampur Dengan Keledek..
Jarang jumpa Kari Daging dicampur Kentang
Mak aku kata sebab keledek lebih mudah dapat dan murah harganya pada masa itu kerana ramai orang tanam keledek dikebun dan huma.
Huma tu apa..?
Huma tu mak aku cakap tanah yang baru dibersihkan dari hutan untuk ditanam getah atau tanaman lain..
Selepas pokok2 hutan ditebang dan dilonggokkan ..kemudian dibakar
Tanah tempat longgokan kayu dan sisa bakar menjadikan tanah itu subur dan pekebun akan menanam pelbagai jenis tanaman makanan seperti cili,terung,keladi dan juga keledek.
Mak aku kata ada juga yang memang menanam keledek penuh kebun dicelah2 pokok getah yang baru ditanam sebagai pendapatan sampingan sementara menanti getah dapat ditoreh.
Kata mak aku pada masa dulu selepas hasil keledek yang berkualiti dituai..
Biasanya pekebun akan memberi kebenaran untuk orang2 kampung datang dan mengambil sisa2 keledek yang bersaiz kecil yang masih banyak dibatas2 keledek.
Begitu juga jika ada yang menanam Kacang Tanah.
Kacang Tanah pun ditanam ke..?
Haaa..mak aku cakap dolu2 kat kampung nenek ramai orang tanam kacang tanah sementara menanti getah dapat ditoreh..
Lepas tu kalau musim cuti sekolah ramai kanak2 mengambil upah mencabut Kacang Tanah,menggali keledek dan memetik cili.
Mak aku pernah ker buat macam tu..
Mmm..mak aku citer masa sekolah menengah mak aku juga pernah ramai2 dengan kawan2 ambil upah memetik cili..
Banyak ke dapat upah..?
Mak aku cakap biasanya dapat rm2- rm5 jer..
Laaa...sikitnya  !
Mak aku cakap masa tu tahun 80-an nilai ringgit masih tinggi..
Rm2 sudah boleh bebeli beberapa jenis barang .
Contoh..
Contohnya hanga sekati ikan kembung baru 80 sen..Sekati gula harganya 60 sen dan dengan 10 sen sudah dapat 5 pcs gula- gula
Huh....bapak murah...
Tapi sekati tu banyak ker..?
Mak aku cakap kati tu ukuran timbangan lama tahun 80-an dan sebelumnya..
Sekati bersamaan 600gm...lebih sikit dari 1/2 kg
Ooo....
Ops..keledek..keledek mahal x..?
Haaa..mak aku kata keledek biasanya dijual secara longgok sahaja
Kentang..?
Mmm...mak aku cakap tiada orang kampung yang tanam kentang..
Kenapa..?
Mungkin kentang x sesuai ditanam di Malaysia..
Mungkin juga kos lebih tinggi atau lain2 sebab.


Kari Tulang dan Keledek
Memang sedap
Sebab daging pada tulang tu lembut
Rasa kuah dia sedap
Rasa keledek pun bila campur kuah kari makan ngan daging dia aku rasa sedap...
Mak aku kata kalau untuk masak kari masa kenduri biasanya orang kampung nenek akan potong keledek tu saiz besar dan direndam dalam air kapur sirih sebelum digunakan untuk masak kari..
Kenapa kena buat macam tu..?
Mak aku cakap untuk mengelakkan keledek hancur
Sebab keledek mudah empuk dan kalau dimasak dalam kawah memang akan selalu dikacau.
So...sebab tu keledek yang nak masak kari kenduri perlu dipotong besar2 dan direndam air kapur sirih.
Air kapur sirih tu mak aku kata akan membentuk lapisan nipis pada keledek dan mencegah keledek pecah.
Mak aku kata petua tu juga digunakan ketika nak masak SIRA LABU macam kat sini.....
Tetapi untuk masakan yang sedikit boleh sahaja memilih untuk rendam dengan air kapur atau tidak keranan masakan yang sedikit mudah dikawal



KARI TULANG DAN KELEDEK
1 kg tulang lembu+ dagingnya
2 ketul keledek oren
2 paket kecik rempah kari daging
( = 3 sudu)
1/2 kotak kecil santan
3 sudu minyak
garam

Bahan Tumis:
3 bawang merah
3 bawang putih
1 tangkai daun kari
1 batang kecil.kulitbkayu manis
2 bunga lawang
5 cengkih
5 buah pelaga
( rempah tumis boleh beli remoah sup tulang kerana dalam pack rempah sup tulang sudah ada serba sedikit whole rempah ratus untuk tumis)


1. Bersihkan tulang dan rebus hingga daging pada tulang nampak lembut dan boleh ditanggalkan dari tulang
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
3. Masukkan remoah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air.
4. Masak hingga naik minyak dan masukkan tulangw bersama air rebusannya. Jika air rebusan sedikit tambah sikit air supaya mendapat jumlah kuah yang diingin.
5. Tambah keledek yang sudah dipotong dan masak hingga mendidih dan kelwdek empuk
6. Tambah garam dan santan pekat
7.Perlahankan api dan biar mendidih perlahan beberapa minig supaya kuah naik minyak dan cantik
8. Sesuaikan rasanya

 Rulang sedang direbus..
Mak aku cakap ni tulanv yang tak tahu bila nyer stok
Ssbab tengah beku keras dalam freezer..
Haaaaa...kalau bukan tulang yang Pakcik beli mesti ni tulang lembu qurban..
Tapi tak tahu qurban tahun ni atau tahun lepas..
Hahahaha...


Tulang dan daginga yang dah siap rebus
Rebus dalam multy cooker..
Hahahaha...rice cooker lah..
Kalau rabus....semua mak aku gunakan rice cooker..
Rebus tulang,daging,kacang bubur, ketupat,keledek, sup semua dalam rice cooker..


Kari Tulang dan Keledek ni lah jadi bekal aku hari Selasa..
Heee ...dah citer pasal bekal ni dalam post  sebelum ni...BEKAL MANGKUK TINGKAT 2 ....kat sini....
Sedap tau Kari Tulang ngan Keledek ni..
Keledek ni swlain masak Kari ngan Tulang...
Mak aku pernah masak...
 KARI KELEDEK DENGAN SALMON  kat sini...
SUP AYAM + KELEDEK kat sini...
Semua sedap...
I like sweet potato....!


Wednesday, 5 December 2018

BEKAL MANGKUK TINGKAT 2

Mangkuk Tingkat Bekal 2
Bukan Bekal tu yang 2
Tapi 2 tu ialah Mangkuk Tingkat yang ke-2
Ni bekal aku semalam
Ikut mak aku
So,bawa bekal dari rumah


 Minggu lepas lepas bawa Mangkuk Tingkat Aluminium ni
Tapi Mangkuk Tingkat ni dah bubuh bekal kakak bawa balik kkolej hari Isnin
Banyak bekas makanan kakak tinggal kat kolej x bawa balik
Dah kena gna Mangkuk Tingkat Kesayangan aku..!
Heeee


Sib baik ada lagi 1 Mangkuk Tingkat
Tapi ni Achik nyer
Manguk Tingkat ni setiap kali balik Kedah mak aku akan bawa balik
Tapi setiap kali nak balik KL
Achik akan isi semula makanan untuk kitorang
Mangkuk Tingkat ni balik Kedah kejap jer
Hahahaha.....


Ni Bekal semalam
Bawa makan kat bilik mak aku
Mak aku siapkan kerja
Aku siapkan perut
Hahahaha
Feel Ooooo makan beralih tempat
Makan kat umah lain rasa dia
Makan kat meja kerja mak aku lain feel dia


NAsi Goreng Keladi pun bawa untuk Sarapan


NAsi Putih ngan Telur Dadar plak untuk Lunch
Ngan Kari tu sekali



Aku pun acah-acah macam dah kerja ar
Lunch hour kena makan
Hahaha



Makan kat Meja Kerja mak aku



Sedappppp
Tengah sedap makan..
Chik Ruby & Chik Yati Cleaner masuk
Alamak...malunya aku tengah makan
Ajak dorang makan dorang xnak
Hahahaha....xkan dorang nak makan kan
Tapi kena la pelawa
Sebagai berbudi bahasa..
Haaaa......jangan tak athu ada juga jenis manusia yang akan makan dengan selamber tanpa pelawa

Jom makan....


Aku makan
Mak aku smbil berbual dengan acik2 tu...
Tak sedar habis aku makan..
Brrrrr...
Alhamdillah