Masih cerita balik Kedah minggu lepas.Menjadi "wajib" bagi mak saya kalau dah nak dekat puasa dia akan ajak Achik pi Padang Besar,Perlis untuk beli stok pulut nak puasa & nak raya..Terlanjur ada kat Kedah..Saya dan Cella join sekalk mak & Achik..Hanya kami berempat...Pakcik & Aqil tak ikut.
Mak,Achik,saya dan Cella.Cella jadi supir.Kami gerak seawal 7.30 pagi dari Penda g melalui hiway PLUS.Achik bagi cadangan untuk sarapan @ Warung Tepi Sawah di Kangar.Tengok waze,lebih kurang 1 jam jugak ladari Pendang.
Sarapan yang memenuhi citarasa dan harga yang sangat sangat berbaloi..
Depan nampak biasa biasa macam lengang kerana kemeriahan sebenarnya ada di belakang..Macam backyard rumah rumah mat saleh kan depa lebih meriah belakang rumah.
Nama warung tapi macam restoran Bangunan 2 tingkat dengan konsep terbuka..Atasnya juga luas tidak berdinding agar dapat nelihat view sawah padi.
Deretan kenderaan pelanggan sepanjang jalan.Mulanya kami ingatkan nak kena parkir jauh dan kena manapak la sabab deretan kenderaan diparkir teoi jalan tu memang panjang.Rupanya ada ja parkir berbayar dalam pagar belah kiri tu.Kalau tak salah saya RM3/ entry.Baiklah bayar daripada nak kena menapak..
View dari tapak parkir...Bukit batu kapur....sawah padi & Warung Tepi Sawah...
Konsep dia layan diri.Pilih menu- menu yang dah siap diletakkan dalam bekas,bayar dan pi la makan kat mana mana meja kosong.
Kalau ramai orang opkos la kena beratur..
Tapi sebab kami berempat..So,Achik & mak pilih makanan & saya dan Cella cari meja kosong.Kami memilih tingkat atas..kena naik tangga kayu...nostalgia.
Cuma kalau pilih tempat makan kat atas,kena la angkut sendiri makanan dan minuman tu naik atas.
Ramai pelanggan ...
Tapi serius service dia sangat cepat dan mesra pelanggan.
Ada stesen stesen untuk setiap menunya.Agaknya itu yang membuatkan servicenya cepat.
Ada menu yang dah siap disusun kemas atas meja tingggal kita pilih sahaja contohnya capati gulai ikan,pulut mangga,pulut ikan masin,pulut ayam,set ketupat palas dan beberapa lagi yang saya tak ingat.Ada menu yang kita kena pesan macam roti bakar,nasi lemak berlauk dan beberapa jenis lagi.Namun semuanya pantas kerana ada stesen masing masing.Bagus la pengurusannya..
Menu pilihan kami berempat..
Mak & Achik makan Nasi Lemak Pandan.
Untuk saya Achik amik Capati Gulai Ikan dan Pulut Ayam..
hehehe..perut belon ke apa..
Untuk Cella Achik amik Pulut Mangga
Minuman tu saya dan Cella pi order.Mak nak teh O ais.Achik nak nescafe ais.Saya dan Cella pilih Teh Ais buih melimpah tu.Teringat Teh Ais Madu kat Nasi Dagang Atas Tol la pulak...hihihi
Cella pi tambah pulak nak Roti Telur Goyang..RM6
Pulut Ayam & Pulut Mangga pun kalau tak salah RM6/portion
Nasi Lemak ikut jenis lauk.
Set Ketupat Palas la saya rasa sangat murah RM6/set.Mengandungi beberapa biji ketupat & rendang/kari.
Memang plan nak beli masa nak balik tapi sayangnya ..kelupaan...hihihi
Harga minuaman standard.Teh Ais Buih tu RM4...Memang pekat lemak manisssss..Patutnya saya & Cella kongsi ja segelas.1 lagi patutnya order air mineral buat bilas mulut..hihihi
Padahal Achik dah order banyak dah makanan kan...
Ikut jugalah tekak dia...Supir kan...kita jaga la perut dia...hihihi
Sudahnya Pulut Mangga tu bawa balik.Pulut Ayam tu minta pelayan tu bungkus.
Konsep kat kebanyakan tempat makan di KL ni depa sediakan food container(tippuware) kat kaunter.Kalau makan tak habis dan nak bungkus, kena bungkus sendiri.Ambil tippuware tu kat kaunter dan bungkus sendiri.1 pc tippuware tu di charge RM1-RM3 bergantung saiz.
Tapi kat sini walau ramai orang tapi dia layan dengan manis muka ambil pulut ayam tu pi bungkus.Padahal kami hanya minta bekas,kami boleh bungkus sendiri.
Ala,takda pula video view dari tempat makan atas ni..Cella ada ja amik video tapi saya cari tak jumpa
Turun ke bawah...memang meriah di belakang tu..
Banyak port & photobooth untuk yang suka bergambar .
Port paling laku...beratur nak bergambar.
Cella dari WPKL...
Anda dari mana?
TTK menahan panas...jenuh jeggey mata nak lawan panas matahari..Kat belakang ramai dok rakam video..Yang berpayung tu menarik..depa semua pakai pakaian tradisional bawa payung kertas/ payung cina..menarik
Ramai yang dok amik gambar dan video..Sesuaila lighting musim panas.Langit biru terang tanpa awan...tanah sawah kering merekah sesuai la nak explore
Tapi panas wei...amik gambar semua takleh nak celik mata...silauuu
Kami nak meneruskan perjalanan ke Padang Besar pulak..
Jom....