Tuesday, 19 September 2023

RENDANG HIJAU AYAM + PUCUK UBI

Semalam ada kerajinan.Balik kerja singgah beli ayam,cili padi & serai.Dalam kepala dah set nak masak Rendang Hijau Ayam + Pucuk Ubi..

Alhamdulillah....jadi masaknya

Jemput makan nasi ketupat nasi vs rendang hijau


Kali ini saya masak Rendang Hijau Ayam + Pucuk Ubi


Dah dekat sebulan dok terbayang Rendang Ayam + Pucuk Ubi ni.Masa balik Kedah selalu kesuntukan perut nak makan dan masak lauk macam ni.Kalau balik sana,pucuk ubi tepi runah saja tak payah beli.Tapi tu la,kalau dah balik memacam nak dibeli dan dimakan.Belum lagi yang Achik masak memacam dan Pakcik beli macam-macam bila tau kami nak balik.

Minggu lepas plan nask masak rendang ni..cari pucuk ubi pulak takda.Ni dua hari lepas,hari Ahad tu jumpa orang jual pucuk ubi dan pucuk paku tepi jalan depan kuaters tu..Apa lagi,grab la seberkas.Dah berangan nak masak rendang dengan ayam.Nak masak hari Ahad tu macam malas sebab sengsorang kat rumah.Cella outing dengan kawan-kawan.Anak jantan tu pulak pi kenduri kahwin kawannya.Dah sengsorang malas nak masak beria.
Eh,semalam kerajinan itu datang...hihihi
Sampai jer rumah,tak buka tudung tak tukar baju terus rebus nasi impit dulu...kemudian terus merendang sebab nak bagi dan dengan waktu buka posa..Kalau guna santan fresh tak payah tumis..Lebur ja semua nanti masak sampai kering keluar la minyaknya Tapi sebab saya masak rendang ni guna santan kotak,maka saya tumis la dulu.
Ayam pun saya goreng sebab taknak ayamnya benyek.Kalau ayam pencen atau ayam kampung,saya tak goreng la.

RENDANG HIJAU AYAM+PUCUK UBI
1 ekor ayam- potong 12
2 cekak pucuk ubi(+-30 tangkai)
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan kara( 250ml)
3 asam keping
1 helai daun kunyit
½ ketul gula melaka
minyak,garam

Bahan Blend:
(blend jangan halus sangat)
2 cawan cili padi hijau
5 batang serai
5 hiris lengkuas
1 bawang Holland
1 ketul kunyit

1. Garam kunyitkan ayam dan goreng sekadar masak tapi bukan garing 

2. Dalam minyak goreng ayam tu
( lebih kurang 1 cawan minyak) tumis bahan blend.Masak hingga naik minyak

3. Masukkan ayam goreng,santan+1 cawan air,asam keping,gula melaka dan kerisik.

4. Masak hingga pekat dan naik mendidih.

5. Masukkan daun pucuk ubi dan masak lagi hingga mendidih semula.Perlahanlan api dan masak hingga daun ubi lembut dan kuah pekat.

6. Tabur daun kunyit dan sesuaikan rasa

Ayam dah siap goreng.


Tumis bahan blend


Hijau betul bahan blend dah macam letak pewarna mungkin sebab cilinya segar.



Masukkan ayam.


Gaul sebati.


Tambah santan + air


Masak hingga mendidih


Tambah asam,garam,gula melaka dan kerisik


Bila masuk santan ...kuah dah tak la sehijau tadi.


Masukkan daun ubi.
Saya sebut daun ubi sebab pucuknya secoet ja..Selebihnya memang saya masukkan "daun" ubi.Sehelai pun saya tak buang.Semua daunnya saya ambil walau daun keras ..hihihi
Kalau mak saya yang tengok...mau dia jerit tengok saya ambil daun yang dah tua...hihihi


Kalau tekak saya daun ubi lagi sedap dimasak rendang ni.Kalau pucuk ubi yang lembut dimasak lelama macam ni dia dah takda tekstur.
Kalau daun ubi,lagi lama masak,lagi sedap.

Jangan lupa rebus nasi impit.
Saya makan takdan nak sejuk nasinya.Rasa macam awal lagi..tetiba dah dengar azan


Rendang ayam pucuk ubi vs ketupat nasi...


12 comments:

  1. Macam raya dah ni, Mak Ngah. Kalau dah time teringin, kepenatan balik kerja dan puasa pun tak dapat menghalangnya, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...hihihi...
      Kalau bab makan sanggup aja...hihihi

      Delete
  2. baca tajuk pucuk ubu..wah ada sayur baru ke, sekali baca oo.. typo.. faham2..no hal.. but tgk pic..alahai.. sedapppnya la hai.. makan plak ngan nasi impit...dapnyee...

    ReplyDelete
  3. Hahaha....habis type terus post tak semak gitu la jadinya ..
    Dah betulkan..TQ MA

    ReplyDelete
  4. Macam style rendang daun maman, nampak sedap pulak, lama tak masak rendang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aaa kan Lin...
      Ish kalau ada maman ..nak juga saya mencuba ni...mud tengah rajin ni

      Delete
  5. Bonda saya suka goreng ayam terlebih dahulu sebelum direndang, atau dikari atau disemur @ kicap. Katanya, goreng setengah masak. Masing-masing ada citarasa tersendiri kan Mama Cella. Betul tu, rendang ayam kalau benyek lain dah rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...lebih sedap bila ayamnya digoreng dulu kan cikgu...

      Delete
  6. rajinnya akak...saya kalau balik kerja nak angkat kaki masuk dapur pun dah tak bermaya hahaha
    Ahad haritu ada juga beli pucuk ubi sebab teringin nak makan masak tempoyak daun kayu sempat la juga buat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kerajinan dah kembali..
      sebelum kenduri hari tu kan 4 bulan makan luar & tapaw ja...hihihi

      Delete
  7. Semalam Pak Zain masak ayam kampung mcm.ni..cumanya xnletak pucuk ubi tapi letak oucuk pegaga..ayam kampung tu dikerat 6 je..bayangkan besar macam mana dan habis seekor..SA x dan amik gambar..ni ada balance tapi tinggal bahagian dada je...dh dikeringkan..SA x berapa enjoy makan sebab xde langsung cili...cuma kunit hidup ngan santan, serai dan pucuk pegaga je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh...saya tak terfikir pula nak guna pegaga..Lain kali boleh la try...
      Tapi kena pedas la kan baru kick..
      Pak Zain tu sayang Mak Pah ..tak kasi makan pedas..hihihi

      Delete