Kuih Tarajju vs Teh 0 Panas.
KUIH TARAJJU
500 gm keledek oren
( saya guna 3 ketul)
3 sudu gula kabung
2 sudu gula pasir ( jika suka lebih manis)
1 sudu teh garam halus
½ cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk goreng
Telung Celup:
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
¹ sudu teh garam halus
Sikit air kapur( opsyen)
air secukupnya
1. Kupas keledek dan hiris kepingan.Kukus hingga masak.
2. Masa panas,-panas lagi,lenyek keledek kukus hingga lumat dan tambah garam serta gula kabung.Gaul rata
3. Biar sejuk baru tambah tepung dan uli hingga boleh dibentuk.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan bebola sebesar bola ping pong dan leperkan.
5. Bancuh tepung celup seperti batter pisang goreng.
6. Panaskan minyak yang banyak.Celupkan kepingan adunan keledek dan goreng hingga garing sambil dibalik-balikkan.Toskan.
Saya buat guna sekilo ubi keledek oren
Kuih tarajju ni rasanya asal dari masyarakat Bugis.
ReplyDeleteOh,kuih masyarakat Bugis ye ..Terima kasih infonya cikgu
Deletesaya berapa hari lepas beli keledek kononnya nak ulang buat kuih teraju nak masuk blog last sekali jadi keledek goreng je kak
ReplyDeleteHahaa...goreng pun sedap bagi peminat keledek..
Delete