Salam Jumaat penuh barokah.Semoga semuanya dalam limpahan kasih sayang Allah s.w.t
Bekal Cella hari ni
Nasi Putih renjis kicap lemak manis.Lauknya Udang Goreng Kunyit+ Buncis.
+ 10 batang kacang buncis,bawang dan cili padi merah untuk kasi pedas sikit.
Semua tu terus tuang dalam tupperware bekal dia.Anak jantan tu tak makan udang.Saya pula tak minat sangat dengan udang-udangan ni.Saya lebih suka ikan goreng.
Spaghetti Bolognese
Semalam..Hari Khamis punya bekal dia ....Anak jantan tu pun sama makan ni jugak.Ni pun bukan kesukaan saya juga.Masak hanya untuk depa dua beradik..Saya tak bawa bekal semalam.Sahur ja makan roti .
Sup Pedas Ayam
Telur Dadar..
Bekal Cella hari Rabu..
Isnin punya bekal takda pic.Lupa nak snap.
Dua bulan ni sepanjang sepanjang Ogos dan September ni memang setiap hari kerja bawa bekal.Salah satu sebab dia kata dia ambil break yang pendek.Sepatutnya lunch break 1 jam.Tapi dia minta break dua kali.Alhamdulillah,walaupun bos Cina tapi dia benarkan bila bagitau nak break 2x untuk solat.Setengah jam untuk lunch dan setengah jam lagi break petang sikit untuk solat sekali harung.
Setengah jam sahaja takdan nak beli makanan.Walaupun depan tempat kerja tu banyak gerai dan food truck tapi lunch hour ramai orang & nak kena beratur.
Sebab tu nak bawa bekal katanya..
TAPI....macam la kita tak tau..sebab UTAMA dia bawa bekal sebab boleh jimat duit dia🤭
Kalau tak bawa bekal kena keluar modal sendiri beli makanan.Kalau bawa bekal..modal bekal dari mak...🤣
Berbaki lagi seminggu dia kerja..
1 Oktober dah masuk sem baru..
kalau beli lauk macam bekal ni time lunch mau belas2 ringgit juga tu..
ReplyDeletenasi renjis kicap sebijik dakPia punya bekal,dia geng makngah suka ikan goreng
Hehehe...Kita geng la Pia..
Deletesuka ikan goreng
lagi sedap & jimat banyak bila bawak bekal.. tapi kena gigihkan diri la bab masak tu kan
ReplyDeleteMak la gigih...depa takda la nak bangun awal-awal buta semata nak siap bekal...🤭
DeleteHahahahah.. kannnn.. kita mak² faham sangat dah teknik jimatkan duit.
ReplyDeleteKannnn....hihihihi
DeleteTakpelah Mak Cella, asalkan jimat...w/pun yg jimat tu duit Cella :D
ReplyDeleteSy nak tiru la menu² ni tau 🤗
Kan PH...jimat depa jimat la kita..
DeleteMenu bodo bodo ja PH...hihihi
aduh sedapnya menu dia, lapar terus rasa
ReplyDeleteDana pun apa kurang..kalau up masakan semua terliur
DeleteUntung la cella.. dr kck sampai skrg, umi masih siapkan bekal.. tp, tu la, mak2 ni mmg fhm sgt teknik ank2 ni, tp, masih lg sanggup buat utk ank.. namanya pun ank.. 😚
ReplyDeleteTu abang & kakaknya selalu cakap..huntong la anak bongsu...kitorang dulu bla..bla..bla.bla...
DeleteSebenarnya depa dulu pun sama ja....hihihi
Bagus kalau anak-anak rajin bawa bekal dari rumah. Dijamin bersih dan sedap hasil air tangan ibu penuh kasih sayang.
ReplyDeleteIn shaa Allah...
DeleteTapi tu la...dah tua-tua ni masak pun dah turun naik rajin dan malas tu..hihihi