Kawan-kawan pernah ke makan Pulut Cempedak?
Kalau tak pernah,try la sekali...hihihi
Pulut Cempedak ni....pulutnya kena pulut lemak iaitu pulut yang dikukus dan di aron dengan santan bercampur sikit garam dan sejemput gula.
Cempedaknya pula kena cempedak yang masak ranum barulah manis melekat dan berjus.
Makan pulut cempedak sambil mengadap kehijauan sawah padi kat open kitchen di rumah Kedah...hihihu..
Bunyinya open kitchen macam gah tapi open kitchen cara kita la...open sungguh.
In shaa Allah hajat hati,kalau dah balik dok sana nanti,saya nak wujudkan open kitchen ikut citarasa saya..Nak ada table bar & edible garden..Berangan bukan kena bayar kan...hihihi
Ni kat Kedah hari tu...beberapa hari selepas kenduri Adah.
Mak la dok sebut nak makan pulut cempedak sesambil dok kemas periuk belanga kat belakang dapur ni.Walau guna caterer tapi periuk besar kuah laksa.kuali besar masak wajik dan sambal tempoyak bagai penuh juga kat belakang.Dah bersih kering semua terus sumbat dalam bonet balik hantar kat rumag kampung.Periuk belanga besar gedabak tu mana nak simpan kalau kat rumah ni,bukan ada setor.So,hantarlah balik. kampung.Itu semua periuk belanga memang mak punya.Ada beberapa periuk besar bertangkai,kuali besar,rice cooker kormesial,tray dan flask besar memang mak beli dulu-dulu.Peralatan tu semua dah lebih suku abad mak beli.Ada yang dah 30 tahun umurnya.Ingat lagi masa mak beli periuk belanga besar tu dulu,siap lori datang hantar sebab besar dan banyak.Mak beli dengan duit titik peluh mak ambil upah menanam padi.Kata mak... senang kalau kenduri kendara tak payah pinjam orang.Standard mak-mak kita memang macam tu kan..
Tapi rice cooker besar tu mak memang wakaf kat surau dan mak kata kalau sesapa orang kampung nak buat kenduri guna la rice cooker.Biar rosak digunakan daripada rosak tersimpan.Alhamdulillah sampai sekarang elok lagi.Hari tu pun pi amik disurau dan lepas guna pi letak semula kat surau kampung.
Heeee...bukan saya la kalau sembang tak merata perginya...🤣🤣🤣
Antara stok cempedak hari tu..
Baki yang goreng buat hidangan kenduri tu ada la beberapa biji yang masak ranum.Tu yang mak dok sebut nak makan pulut cempedak
Mak tengah kait cempedak yang pokok dekat rumah mak tu la buat goreng masa kenduri tu.Kata mak,semoga pahala mengalir untuk tokwan iaitu bapa mak.
Pulut lemak untuk makan dengan cempedak.
Pulut ni sekilo direndam semalaman.Esok pagi tu dikukus hingga masak.Pastu aron( gaul) dengan 2 cawan santan pekat yang dah dicampur sikit garam dan sejemput gula.Gaul rata dan biarkan 10 minit sebelum dimakan supaya santannya mesra dan sedap.Kalau cara mak saya,lepas dah aron santan memang tak kukus semula supaya santan tak pecah minyak lebih berlemak.Boleh bertahan 5-6 jam.Tapi kalau masak banyak @ nak tahan lama,lepas aron dengan santan kukus semula hingga naik wap tanpa menutup pengukus.Boleh tahan seharian tidak basi.
1kg beras pulut- rendam semalaman
3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar gula
1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak
2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.
3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.
****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan
Hidang la pulutnya bersama cempedak masak ranum
Buah cempedak yang sudah ranum lebih manis dan bersari.
Goreng juga ikan pekasam untuk makan dengan pulut.Kadang dah makan manis,rasa nak makan masin pulak kan...gitulah kita manusia...hihihi
Pinggan saya....memula makan pulut ikan pekasam...Pastu sambung pula pulut Cempedak.
Kiranya tak ada sos santan macam pulut mangga la ya. Makan gitu aje? Sy tak pernah makan pulut cempedak atau pulut pisang. Kalau ada kesempatan, boleh dicuba ni.
ReplyDeleteTakda sos santan.hanya oulut lemak.
DeleteKat Kedah ..kebanyakan makan pulut pelam pun dengan pulut lemak bukan sos santan.Sos santan tu lately ni ja pengaruh Thailand.
Kalau pulut durian memang dari dulu la makan ngam santan + garam..
saya pernah makan pulut cempedak masa kecik2 dulu..rumah kuarters polis ramai jiran asal Kedah,time tu memang rasa pelik juga la ada pulut cempedak,sekarang ni dah mula rindu dengan kenangan pulut cempedak
ReplyDeleteKira makanan nostalgia Afzan la ni kan..
Deletehehehe
Ada sesetengah makanan yang akan mengingatkan kita dengan sesuatu kan
Aduhaiii..masih terasa² sedapnya cempedak yang achik goreng aritu.
ReplyDeleteTerima kasih makngah, bekalkan kami cempedak goreng dan cempedak mentah. Tak puas makan rasanyaaa 😂
Alhamdulillah..walau tidak seberapa tapi jadi ingatan..
DeleteTapi tak boleh tanding la kek buah yang sedap dan siap hantar sampai betul-betul depan pintu😍
x pernah but mcm sedap je tu.. plus the view..lagi extra sedap tu
ReplyDeleteBagi peminat pulut macam saya...semua sedap asal kata pulut...hihihi
DeleteTapi MA kena try untuk tau rasa dia..hihihi
Uish...rare ni....x pernah SA tau...selalu nampak org share durian je..cempedak pun SA x leh makan sangat..dia punya angin tu jahat
ReplyDeleteKan....jarang orang biasa makan pulut cempedak ni...tapi kat Thailand ada pulut nagka .
DeleteWoooooo..... memang mengancam sungguh ni Mama Cella!
ReplyDeleteSaya tak pernah makan gini. Teringin pula nak cuba.
Jom cikgu...cuba try test makan pulut cempedak .hihihi
DeleteTak pernah lagi
ReplyDeleteBolehlah cuba try nanti
Try la wak sementara masih musim cempedak ni ..hihihi
DeleteXprnh mkn gini.. tp kak lin pun peminat pulut.. pulut kuning, pulut lemak, pulut panggang, serimuka.. apa je la, asalkan ada pulut.. 😉
ReplyDeleteKalau ads pulut lemaknya dan cempedaknya try la Kak Lin kot kena dengan selera
Delete