Thursday, 21 September 2023

JOM,KENALI BUAH BEKA & CARA BUAT KERABU BUAH BEKA

 

Kerabu Buah Beka...
Ni antara makanan nostalgia bagi saya.Sejak kecik dah kenal kerabu beka kerana pokoknya tumbuh meliar diserata pelosok kampung terutama tepi bendang.


Ini yang panjang dan macam papan ni la Buah Beka...
Yang lain tu ads buah cempedak,pucuk daun palas,rambutan dan sebelah buah rambutan tu sireh buat makan dengan pinang..Ambil kat kampung beberapa minggu lepas
Rasanya tak semua kenal buah yang satu ini.Tetapi bagi kebanyakan negeri di utara seperti Kedah dan Perlis memang ada buah beka ni.Begitu juga dengan  Kelantan dan Trengganu kerana bila tanya rakan-rakan orang sana depa kenal buah beka tapi disebut Buah Beko.
Di Thailand juga ada buah beka ni.Saya pernah nampak dalam youtube

Ni la pokok beka di kampung saya dekat dengan rumah mak kat kampung.Pokoknya tinggi kerana tidak dipangkas.
Kalau rajin pangkas,pokoknya boleh merendang dan tidaklah tinggi.Cuma kalau selalu dipangkas,buahnya akan sedikit pendek dan tidaklah sepanjang buah beka liar yang pokoknya dibiar tinggi.Pokok beka ni selain dimakan buahnya,pucuknya juga sedap dijadikan ulam mentah,ulam rebus dan dijadikan kerabu.Tapi kali ni nak share pasal buah beka sahaja.

Hanya buah beka yang masih muda boleh dimakan kerana kalau dah tua ianya keras dan berserat.Cara nak tengok masih muda ialah dengan mematahkan kepala atau ekor atau mana mana bahagian buah beka.Jika mudah patah maknanya masih muda.Jika liat tak boleh patahkan,tandanya buah beka dah tua dan tak sesuai lagi nak makan.
Pucuk muda dan buah muda dijadikan ulam dan kerabu.


                    pic google
Jika buahnya dibiarkan tidak dipetik,buahnya akan keras dan seterusnya bertukar dari warna hijau menjadi warna hitam.Buah beka yang dah hitam lama-kelamaan akan terbelah dua dan keluarkah biji benihnya yang bewarna putih,nipis dan ringan selebar 2 jari berterbangan di tiup angin.Kalau musim kemarau panas buah yang masak mudah pecah dan banyaklah biji benih beka berterbangan menjadi acara kejar-kejar biji benih yang terbang di tiup angin tu.Kulit buahnya yang panjang tu akan gugur kebumi dan kami kutip pula jadi mainan pedang-pedang.Itulah secebis kenangan dengan buah beka ni zaman kanak-kanak.

Jom tengok cara masak buah beka ni pulak..

Sebelum buat kerabu,kena bakar dulu buah beka ni..
Saya patahkan menjadi beberapa bahagian agar mudah nak kendalaikan.


Kalau nak sedap lagi kena bakar guna dapur kayu .Tapi la ni payah la nak jumpa dapur kayu.Maka dapur gas la jadi altenatif.



Selain dibakar,buah beka juga boleh direbus hingga empuk.Tapi saya tak pernah lagi cuba versi rebus.Dah terbiasa versi bakar sebab kata mak saya kalau rebus ianya tidak selembut dibakar.Bila dibakar,kulitnya mudah ditanggal,sebaliknya kalau rebus kulit kekal tak longkah/lekang.Bakar juga menjadikan buah beka mengeluarkan aroma khas yang harum ( bukan wangi macam bau bunga tapi bau khas macam bau orang layur ayam tu)


Bakar hingga kulitnya bergelembong kecik kecik dan kulitnya sedikit hangus.


 Biar sejuk sekejap 


Kemudia dibasuh sambil gosok-gosok kulit yang terbakar tu.


Baginilah rupanya buah beka yang sudah dibakar dan dibasuh untuk tanggalkan sel-sel mati pada kukitnya🤭🤣


Kemudian hirislah buah beka tadi..


Ikut suka nak hiris tebal atau nipis.


Ni saya hiris tebal sebab nak jadikan ulam cicah sambal belacan.


Sebabnya tak menyabar nak makan buah beka ni..Takdan jadi kerabu,kita makan ja sebagai ulam.



Ni pula saya hiris lebih nipis.


Sebahagian  nak dijadikan kerabu.Manakala selebihnyanya nak difrozenkan.Maklumlah buah rare ni payah nak dapat.Bila dapat,kita proses dan frozenkan juga untuk stok tatkla craving..hihihi
Bila teringin,just reheatkan dan sedia dijadikan kerabu....


KERABU BUAH BEKA
1 keping buah beka
5 bawang merah- hiris nipis
1 sudu serbuk beras goreng
( sangai beras dan blend kasar)
1 cawan santan pekat
2 sudu kerisik 
gula,garam,limau nipis.

Bahan Tumbuk:
2 batang serai
3 hiris lengkuas.

Bahan Sambal Belacan:
10 cili padi merah + hijau
1 cili merah
1 ketul belacan besar ibu jari.

1. Bakar dan bersihkan buah beka serta hiris nipis.

2. Campurkan bahan tumbuk dengan bawang hiris,sambal belacan dan santan pekat.

3. Campur juga kerisik dan serbuk beras serta perisakan dengan garam dan sikit gula.Perah limau nipis dan sesuaikan rasa masam,masin dan secubit manisnya.

4. Masukkan hirisan buah beka dan gaul rata.Sedia dihidangkan.

** Kalau di kampung saya,kerabu beka ini jiga dicampur tauge celur.Ada masa dicampur perut lembu yang sudah direbus terutama masa raya qurban.


Rasa kerabu  buah beka ni seakan  rasa kerabu perut lembu dan sedikit pahit-pahit lemak.Sedikit sahaja pahitnya.Bagi yang menggemari,pastilah menyukai dan merindui kerana sbb susah juga nak dapat.
Buat kerabu ni ada banyak versi..Selain buat kerabu guna serai lengkuas macam ni...Saya juga pernah share buat BUAT KERABU BUAH BEKA ( versi guna isi ikan rebus)

Selain buahnya,pucuk beka sedap dijadikan kerabu.
Saya juga pernah olahkan pucuk beka menjadi PUCUK BEKA REBUS TUMIS PEDAS..kat sini

Buah beka pun rupanya ada di Thailand & depa orang Melayu Patani pun panggil Buah Beka juga.
Cara depa buat kerabu pun lebih kurang sama.Saya share link youtube Salee Style - CARA BUAT KERABU BUAH BEKA..Saya suka tengok chanel mek Pattani ni kerana persekitaran dan masakannya ada banyak persamaan dengan kampung saya dulu-dulu tahun 80-an.Dialek pertuturannya juga walau bercampur dialek Kelantan,namun lebih 70% dialek tu sama dengan dialek pertuturan generasi tua kampung saya.Malah mak mak saudara saya dulu banyak menggunakan dialek sama iaitu dialek Pattani.....

10 comments:

  1. 1st time dengar.. bila tgk pic bawah tu ingat sama ngan murungai..yg sedap masak gulai tu tapi bila MA google (gigih kan) lain plak.. x sama rasanya.... ekkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lain dari murunggai MA .
      ada tempat depa panggil buah Buli ke apa ke

      Delete
  2. pernah nampak orang share tapi tak pernah jumpa buah beka ni, tak dpat nak bayangkan camne rasa buah nya tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah liar dan biasa dijual kat pasar-pasar tempat yang pokok ni ja kot.
      Tapi pucuk beka ni saya pernah nampak menjuadi salah satu ulam kat Restoran D Limau Nipis Bangi

      Delete
  3. sedap kak pahit2 makan sekali nak lagi dan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afzan pernah makan yer...
      Kan...sedap kan macam kerabu perut lembu

      Delete
  4. Bsr & pjg buahnya.. xprnh tgk.. sdp agaknya jd kan kerabu.. tp gigih la nk kena layur ats stove..😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Lin..buahnya lebar dan panjang tapi tebalnya dalam 1 cm gitu

      Delete
  5. Minggu lepas tertonton perempuan Melayu Siam buat kerabu beka. Saya tak pernah makan sebab tak pernah jumpa buah beka. Pernah nampak sama dalam gambar tapi tak yakin itu buah beka. Buah lain kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kat Thailand pun ada buah beka ni..Mungkin kat tempat lain pun ada tapi tak ada yang makan kerana kalau buahnya yang mentah bau dia agak macau bau pahit macam ala-ala bau daun mengkudu tu

      Delete