Semalam punya semalam..
Hari Khamis,kami berempatbelas(14) bersama lunch @ Rumah Makan Nasi Kampung.
1st time saya makan kat sini.Sebelum ni tak tau pun tempat makan ni.
Kak Mel sudah bersara wajib pada bulan Mei
lalu..Masa bulan April geng ni juga yang bersama lunch bersama KAK MEL AKAN BERSARA..kat sini...
Lihatlah...
lalu..Masa bulan April geng ni juga yang bersama lunch bersama KAK MEL AKAN BERSARA..kat sini...
Kak Mel memang suka belanja kawan-kawan makan...
Agaknya itulah sebab rezekinya juga diraikan dengan meriah di
Kek Mel sampai ja...siap berbondong dibawanya buah tangan untuk kami semua.
Setiap orang dapat sorang sebuntel berupa Puding Zebra dan Puding Koktel.
Puding Zebra memang trademark Kak Mel yang sedap dan cantik.
Tempat makan ni cantik..Kerusi meja bersih,background ala Bali siap berlangsir putih.
Tak pasti owner dia orang seberang atau local kerana namanya pun "Rumah Makan".
Biasanya kat seberang nama rumah makan membawa maksud kedai makan.Tapi pekerja semua berbual dialek KL ja..hihihi
Susunan makanan kemas dan mengikut jenis.Senang nak pilih.
Pekerja pun cekap dan mesra.
Lagi lauk pauknya..
Seksyen lauk panggang, Sayuran dan aneka ulaman serta sambal pilihan.
Seksyen Kuih Muih,Jeruk-jerukan,Kudapan dan Pencuci Mulut.
Setelah tawaf 7x akhirnya ini pilihan saya..hihihiMasa ni semua pun hanya duduk menunggu ketibaan Kak Mel sambil memesan minuman sahaja dulu kerana kehauasan.
Kebanyakan pesan Jus Apple Hijau Asam Boi & Jus Carrot Susu.Besar gelasnya..
Jom kita tengok menu lunch kat sini.
Gulai Kawah..Gulai Ayam Kampung(kalau tak salah)
Lagi lauk pauknya..
Takda rezeki mak nak makan kat sini kerana saya pun baru tau tempat ni..Padahal hanya sekitar 20 minit dari tempat kerja saya..
Seksyen lauk panggang, Sayuran dan aneka ulaman serta sambal pilihan.
Sambal Tempoyak..Budu semua ada
Seksyen Kuih Muih,Jeruk-jerukan,Kudapan dan Pencuci Mulut.
Kalau datang awal mungkin lagi banyak pilihan..
Lain kali kalau cuti mungkin boleh plan datang sekitar pukul 11 @ 12 pasti makanan penuh agaknya.
Nasi separuh.
Kerabu Mangga Ala Siam
Kuah Lemah bersama Cili Api( saya memang kuat pedas)
Ayam Bakar
Sedikit Sambal Belacan
Jus Apple Kosong.
Maaf la saya tak pasti harga makanan kat sini kerana ni semua Kak Mel belanja.
Sebenarnya saya tak tau pun Kak Mel nak belanja.Saya ingatkan depa nak tong-tong duit belanja Kak Mel.Patut la masa tanya Shifa,nak bayar duit kat sapa..Shifa kata nanti kat sana..
Jelas tu suara Kak Mel kata "kira sekali harung ye..!"
Laaa....Kak Mel ke yang belanja.Dah la bawa buah tangan bagai.Kami ni datang berlenggang tak bawa apapun kat Kak Mel..
Kenyang perut senang hati..
Selesai makan,riuh rendah bergambar dan bersalaman dengan Kak Mel bagai YB melawat kawasan...Kak Mel memang YB pun..(YB=Yang Bersara)
hihihi
Terima kasih tidak terhingga kepada Kak Mel yang belanja kami.Semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang halal lagi barokah.
Dimakbulkan segala hajat yang baik dan dirahmati hidup didunia dan akhirat🤲🤲🤲
Rupanya juga tempat makan ni Kak Mel yang pilih.Kata Kak Mel dia call tanya kalau ramai kena booked tempat ke.Pekarja jawab tak perlu..just walk in..in shaa Allah ada tempat..Tapi untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka lebih awal..
Saya kongsikan lokasi tempat makan best ni..
Kalau datang KL @ sekitar sini..cubalah berkunjung ke sini..Kalau menginap di tengah Ba daraya KL pun memang tak jauh sangat pun...
Kami tanya juga pekerjanya restoran ni buka setiap hari kah?
Katanya buka setiap hari KECUALI AHAD*
Agaknya mungkin sasaran mereka adalah warga kerja.Maka hari minggu mereka tutup.
Apapun boleh hubungi nombor tertera agar tidak kecewa..
YB ni kalau masuk bertanding confirm menang dah la baik hati pemurah ramai yg sayang ni
ReplyDeleteHahaha...kan...
DeleteSaya pun nak undi juga
murah hati & baik hati kongsi rezeki mmg jd kesayangan ramai hehehe
ReplyDeleteBenarlah janji Allah..
DeleteSetiap kebaikan walau sebesar zarah ada balasannya.
Begitu juga sebaliknya...
Selamat bersara Kak Mel. Moga sentiasa sihat menjalani hari-hari persaraan.. Alhamdulillah, dapat jamu kawan-kawan makan tengah hari. Mudah-mudahan tambah rezeki Kak Mel.
ReplyDeleteAmiinn...
DeleteSeronok tengok orang dah bersara menikmati ketenangan...
Semoga kita juga akan sampai ke garisan penamat sebagai pemenang yang cemerlang
Lain kali datang KL boleh singgah sini, tapi masalahnya hari ahad dia tutup pulak ya.
ReplyDeleteMasa tulis ni memang kita ingat SK tau..
DeleteSebab tau SK & PI suka JJCM.
Cikwa dok Pantai Dalam kan..
Memang tak jauh sangat pun walaupun tak dekat sangat..Jalan tak banyak simpang ikut Federal hiway street ja hingga Connough.Masuk Grand Saga ..Susur PGA..Belakang tu ja..
Ajak tau🤣🤣🤣
Luas dan cantik dekorasi rumah makan ni. Memang murah rezeki mereka yang suka belanja orang. Semoga bertambah tambah rezekinya. Saya nampak donut red velvet di situ. Ke silap?
ReplyDelete