Saturday, 5 November 2022

KONVOKESYEN CELLA @ UniSZA

Baru berkesempatan nak update pasal Majlis Konvokesyen anakanda Cella yang telah disempurnakan pada hari Selasa bersamaa tanggal 1 November 2022.Sehari dua ni belum sempat nak berkunjung ziarah/ blog walking.....

Simple sungguh la ni..
Jemputan pun online ja.Zaman kita siap kad macam kad jemputan kahwin🤭🤣


Kami berempat bertolak dar Arena Hotel dalam pukul 12.00 tghri..Cella dengan rakan-rakan,selepas bergambar sekitar KT..mereka terus ke sana kerana perlu ada di sana sebelum pukul 1 tengahari


Ketika kami bergerak masuk gate UniSZA...panjang kereta menuju ke luar.Pastinya mereka sesi pagi yang baru berakhir..

Nasib baik anak bujang tu terus juga drive masuk ke arah dewan walaupun kebanyakan menuju tempat letak kereta arah padang.

Rezeki dapat parking dekat dewan.Mak dah bagitau awal-awal dia takmau masuk dewan sebab dah tahu pastinya lama.Mak kata hanya nak pakai seluar dan blouse saja sebab nak tengok kat screen luar dewan saja.Lagipun mak dah pernah masuk dewan konvo masa Achik,saya,anak bujang tu dan Adah konvo dulu.
So,kami deside saya dan Adah saja yang masuk.Anak bujang tu temankan nenek kat luar.


Nasib baik jugak la mak tak mau masuk...Lama juga beratur tengah  panas kat pintu masuk sebelum pintu dibuka.

Dapat ja aircond....huh legaaa...


Saya dah Adah dapat tempat duduk sebelah kanan pentas..

Perarakan masuk graduan....Rakam secara rawak sahaja ..Sebenarnya kebetulan rakam awal..Rupanya group Cella la yang berarak masuk awal tu...
Dah balik hotel..pakat belek gambar dan video baru perasan yang mana satu Cella...Tu pun sebab tengok kasut👠👠..Dari dulu dia dok cakap nanti konvo nak pakai heels🤣.
Tapi warna hitam la sebab tema hitam kan...


Perarakan masuk...


Antara rakan-rakan Cella yang sempat saya rakam..nampak seimbang jumlah lelaki dan perempuan..


Tibalah giliran Cella....
Nasib baik  kami  dapat seat belah kanan pentas..Dapat pula tempat duduk barisan bawah..
Jadi,bila depa turun akan lalu depan kami..

Tapi tu laaa...
Si Cella ni menonong ja lalu depan kami..
Puas dok psttt..!psttt!psstt!!  kat dia..
Dia boleh tak perasan..
Sampaikan jurugambar depan tu bgtau dia kami tengah rakam ..baru dia perasan dan menoleh ...
hihihihi...

Ni pula dua orang rakan yang sama sambung degree dengan Cella @ UPM...Jadi depa 3 orang dari UniSZA sambung kat sini..Yang lain ada yang ke USM dan paling ramai feeder kat UniSZA....kata Cella.... rakan-rakan yang feeder kat UniSZA..habis majlis konvo ni pakat tanggal jubah...pi sambung kuliah...hihihi

Paling meruntun jiwa seluruh warga dalam dewan ialah apabila ibu dan bapa ALLAHYARHAM AHMAD  DANIEL AIMAN... naik ke pentas bagi mewakili arwah anakanda mereka yang terkorban dalam kemalangan jalanraya genap sebulan yang lalu..


Seluruh dewan sepi seketika ketika pengacara majlis berbelasungkawa tentang arwah..
Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan juga seluruh saudara mara kita yang telah pergi mengadap Ilahi..


Setelah beberapa jam..selesailah sudah majlis untuk sidang ke-6 sebelum disambung lagi esok untuk sidang berikutnya..


Rezeki kami lagi dapat keluar ikut pintu kiri pentas pula...Melintas pula depan Cella dapatlah merakam lagi video ...hihihi..


Sampai di luar jenuh pulak la menunggu Cella tak keluar-keluar..Rupanya seusai majlis depa tak teres keluar...tapi depa dok bergambar dulu dalam dewan..
Dekat setengah jam kemudian baru nampak kelibatnya..


Neneknya la yang dulu menerpa menghulur jambangan bunga sambil memeluk cucunya serta mengucapkan syukur dan tahniah....
Nenek tidak pernah putus mendoakan kebaikan untuk semua anak cucunya..


Pastu baru berpeluk cium dengan maknya...hihihi..

Kakak....
Adah ni payah nak tunjukkan  bermanja-manja dengan adiknya..
Tapi dia dan abangnya la yang paling awal tempah bouquet untuk adiknya...
Nanti kita buat entri lain pasal bouquet sebab panjang sangat nak tepek sini...hihihi

Kalau dulu masa yang lain...neneknya akan masuk dewan..kali ni sampai tern Cella..nenek dah taknak masuk dewan sebab dah tak larat nak berlama dalam dewan..
Kita tunggu konvo Haikal & Aqil pulak..tengok nenek nak masuk ke nak tunggu kat luar..🤭

Acara wajib ...bergambar...hihihi
Adah tukang snap...
Takda la pic Adah..

Adah tak mo bergambar..Dia mana suka bergambar ..dia suka tangkap gambar ja...

Alhamdulillah...
Allah kurniakan kesihatan untuk mak bersama meraikan ketiga-tiga orang anakanda saya  berkonvokesyen...
Bermula dengan 
bila baca balik catatan  dalam entri tu..rupanya Cella ada berdoa untuk dapat bergradusi macam kakaknya .
Benarlah kata-kata menjadi sebuah doa..

Masa habis degree..Covid 19 melanda..maka
(eh,baru perasan.. yang ni mak tak dapat ikut sebab SOP Covid 19! )

Sebelum tu ..tengah-tengahnya sebelum Covid melanda sempat pada 2019



Alhamdulillah...selesai sudah peringkat diploma..Doakan agar Allah mudahkan pula urusan pengajian  Cella diperingkat Sarjana Muda dan seterusnya...  Semoga Allah kurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.Bukan sahaja kepada Cella ..tetapi juga kepada sepupunya Afif Haikal..Aqil Harith...
Juga kepada  Nur Iman Fatiha
Tidak lupa juga kepada seluruh anak-anak bangsa harta intelek negara yang sedang bertungkus lumus menimba ilmu dan mencari rezeki.....walau di mana juga berada...
Rezeki mungkin tak sama tetapi semua ada rezeki masing-masing  yang telah  Allah tentukan dan kurniakan dalam pelbagai bentuk.. 
Yang pasti semua Allah sayang... Semoga kalian semua dimudahkan urusan dan  dikurniakan  kejayaan cemerlang ...rezeki  halal yang melimpah ruah serta dalam rahmat Allah sentiasa...Amiinnnn....
🤲🤲🤲

17 comments:

  1. Tahniah Cella. Tahniah Mama Cella.
    Moga terus berjaya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya.
    Al-Fatihah dibacakan untuk Allahyarham Ahmad Daniel Aiman. Moga keluarganya terus tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Cella. Sebak tengok Cella konvo sebab kita baca kebanyakan celoteh dia dari zaman sekolah rendah. Sy percaya rezeki setiap manusia walaupun berbeza tetapi tentu di sebaliknya terselit ganjaran kebaikan yang pernah dilakukan sesama makhluk dan tentunya dari usaha & doa yg tidak pernah putus. Semoga Cella akan terus maju jaya, begitu juga Abang & Adah, serta Haikal & Akil, berjaya dalam karier masing2. Terima kasih, Mak Ngah selit doa utk Nur Iman Fatiha juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn....
      Semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa kita yang baik serta menggantikan takdir yang tidak baik kepada takdir yang lebih baik..🤲

      Delete
  3. Alhamdulillah tahniah Cella & mamanya juga 💐
    Moga terus cemerlang hendaknya aamin 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Begitu juga doanya untuk PH dan semua permata hati..🤲

      Delete
  4. Tahniah cella!semoga sentiasa berjaya dunia akhirat,rasa cepatnya cella besar duk terbayang2 lagi penulisan dia waktu darjah 5,dari tulisannya dapat bayang Cella ni budak yang cerdik pandai matang lebih dari usianya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Terima kasih atas ucapan dan sokongan serta doa...
      Dulu masa sekolah menengah memang jadi kesayangan Cikgu BM nya la..
      Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgunya dan pengalaman hidup yang banyak mematangkan fikirannya

      Delete
  5. tahniah Cella & mamanya juga....
    sedih nya, x leh bayangkan yg part ibu & ayah arwah naik pentas amik on behalf arwah anaknya tu.. kalu MA tu ..mau ujan dah kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MA..
      Satu dewan sebak..
      Ada ja saya rakam video suasana dewan dan wajah ibu bapanya tapi tak sampai hati nak share

      Delete
  6. Tahniah Cella, tahniah buat mamanya jugak...eh tahniah semua laaaa....seronok pi convo cuma sedikit letih kan...ingat dulu SA bawak mak abah dan Dania pi convo adik bongsu kat Unimas...dh la jauh..penat giler plak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA .
      in shaa Allah nanti sampai masa Dania bergradusi...masa tu SA tak akan terasa dah penatnya..
      melainkan rasa syukur dan terharu

      Delete
  7. Alhamdulillah tahniah Cella! Seronok convo ada nenek sekali. Untung masa konvo ni dapat parkir dekat dewan. Syok kalau convo di T'ganu ni dapat photoshoot di Muzium yang cantik ni.

    mama cella, typo deside, decide :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimah kasih Fiza..
      Eh..Fiza cam Muzium Negeri ye..👍

      Oh..Terima kasih betulkan spelling saya😘...tulis asal bunyi saja..silap2 boleh bawa maksud lain pula hihihi🤭

      Delete
    2. Sama-sama mama cella. Cam Muzium tu sebab pernah sampai sana pertama kali :)

      Delete